Tuesday, March 3, 2015

KISAH TELADAN: SEDEKAH

Seorang gadis datang menemi Rasulullah SAW dgn tangan kanannya yg disorokkan ke dalam poket bajunya.
Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yg amat sangat.

Lalu Rasulullah SAW menegurnya:
"Wahai anakku, kenapa wajahmy menampakkan kesakitan dan apa yg kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis ini menceritakan hal yg berlaku kpdnya:
"Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadu aku telah bermimpi  dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini"

Rasulullah SAW mula tertarik dgn penjelasan gadis itu:
"Jika tidak keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."


"Aku bermimpi berjumpa dgn ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan dlm sekelip mata"
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.


"Kemudian ku lihat tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut utk menghalang api dari membakar tubuhnya, Lantas aku bertanya ibuku adalah seorang hamba yg patuh dgn ajaran Islam dan isteri yg taat kpd suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda tu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kpd fakir. Yang lainnya hanya utk bermuka-muka dan menunnjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dgn makanan yg lazat dan minuman dari telaga nabi.

Lalu aku bertanya kpd ayahku, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahku, "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kpd isterinya kerana itu adalah pembalasan utk kebakhilan yg dilakukan ketika di dunia."

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah"


Panjang lebar gadi itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar, maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kpd beliau dan semua umat Islam


Lalu berkat kebesaran Allah, tangan gadis itu sembuh.

Rasulullah SAW lantas berkata:
"Wahai anakku, pulanglah. Banyakkanlah bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kpd ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. Insyaallah"





"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
[Surah Al-Imran: ayat 92]











p/s : semakin kita bersedekah, semakin kita kaya. #JomBersedekah

2 comments:

شكران جزيلان
감사합니다..
Thank You..
ありがとう...

SUPPORTERS