Thursday, April 17, 2014

Pengalaman anak demam dan tekak sakit

Salam kengkawan semua.. apa khabar??? sok sek sok sek sok sek..nie nak kongsi perasaan  seorang ibu dengan kerisau bila anak sedang demam .. lagi-lagi budak yang bawa umur setahun... rasa macam nak tukar je demam anak yang sakit tue dengan kita betul tak?? semalam dua hari gak aku tak datang keja coz risau anak aku Izz Firash Amsyar xberapa sihat dengan umur yang tak sampai setahun dah demam dan tekak sakit (Tonsil). bila bawa ke Klinik ubat yang diberi hanya la ubat basic macam paracetamol dan ubat selsema dan dibekalkan sekali ubat demam masuk buntut tue.

Tapi xsampai hati bila tengok Firash makan minum pun tak nak.. bila check pampers masih lg kering kencing pun x.. kerisauan hati makin la bertambah-tambah.. lastly terbit gak dari otak yang kebuntuan ini nak google cara nak hilangkan bengkak tekak yang sakit... macma-macam petua dapat dikongsi tapi ada satu petua nie yang tak pernah dengar dan dicuba..iaitu KEMBANG SEMANGKUK saya pun minta la En Suami tolong carikan kembang semamgkuk nie dengan Ikhtihar dan mohon pada Allah semoga berkesan ubat nie. Bila dah dapat beli tue terus je buat seperti apa yang di Google tue. Nie la gambar Kembang semangkuk tue

Biji Kembang Semangkuk

Kembang Semangkuk bila rendam akan jadi kembang

Dah rendam tue airnya nie saya pun masukan la dalam botol susu kosong anak saya kiranya nie replace air suam la.. bagi la dalam setengah botol mcm tue.. Alhamdulillah dia pun minum gak air kembang semangkuk nie.. bila bagi air nie kuat je minum.. banyak gak dia minum.. pas berapa minit macam tue dia merengek mcm orang kelaparan saya pun bagi la dia bubur yang saya dah siap masak dan blend.. makan pun terus selera (Dalam hati Alhamdulillah anak aku dah ada selera nak makan) lepas je bagi bubur dan selang seli dengan air kembang semangkuk tue saya pun cuba lagi bagi dia, Air susu dalam botol.. Alhamdulillah akhirnya anak aku nak gak minum susu tue.. Tangis syukur rasanya bila anak dah bole makan dan minum semula. Panas badan dia pun kurang coz suhu badan dah normal 36.8. maknanya anak aku dah bertambah sihat walaupun sesekali dia merengek.. besa la kan badan baby tak berapa sihat. so aku nak share kat korang kat sini tentang khasiat Kembang semangkuk nie la baik tu bayi yang bawa umur setahun masa bagi tue selawat la dulu baru bagi dia minum. ok la kengkawan semua.. tue la pengalaman yang kena dihadap bila anak tengah sakit.

1 comment:

Unknown said...

Salam sis..kat mana sis beli kembang semangkuk tu?anak tgh demam pas tu tekak memang mcm sakit..suara dh jdk serak bila nangis..anak umur 9 bulan

Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!