MAJLIS TAHLIL & BBQ FAMILY HAJAH NAPSIAH

Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari je lagi umat islam nak sambut bulan puasa atau Bulan Ramadan Al Mubarak. Hilmi Rasa macam dah tak sabar nak sambut bulan penuh keberkatan kemuliaan itu. Paling tak syabar Solat Terawih & juadah berbuka itu sudah tentu. hahaha. Okey Selamat Menyambut Bulan Ramadan gais

Lupakan seketika, Baru-baru ni (Tak adalah baru sangat), sabtu lepas 6 June 2015 berlangsungnya satu majlis keluarga yang penuh sederhana tetapi meriah iaitu Majlis Tahlil & BBQ. Majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga sahaja, tak ada nak jemput jiran satu jalan. jiran tetangga pun jemput yang dekat sahaja selang sebuah dua rumah. Alhamdulillah bila kumpul ramai-ramai rasanya lebih meriah kot sebab sepupu hilmi pun semua nya perangai  baik & suka selfie. Bukan selalu jumpa diorang, sebulan balik jumpa kadang tak jumpa lama pun ada. masa nilah nak saling bersama & together. ewahhh !!

Ermm Walau pun tengah dalam mood sedih baru kehilangan sepupu kesayangan 3 minggu lepas, tapi kami tetap happy. Nanti hilmi tunjukkan gambar itu. oKEY, cerita pula perjalanan majlis, start lepas asar dalam pukul 5.30 petang mula bakar ayam. Antara individu penting dalam BBQ itu tak lain tak bukan C.eja (Orang yang menganjurkan acara ini)  dibantu pula chef suruhan yang tak berapa nak  chef sangat seperti Chef Adzri, Chef Nisa, Chef Dayana & aku ni tukang ambik gambar je :), walau dalam hujan turun lebat petang tu, kami tetap teruskan program sampai habis.


Tiba Waktu Maghrib majlis tahlil pun bermula. Actually tahlil ni untuk sambut ramadan sekali. selesai tahlil terus menikmati juadah yang telah disediakan. Antara menunya ialah Soto ayam, Nasi impit, Kuah lodeh, Ayam Bbq, Pulut Kuning, Sambal udang, Karipap & macam lagi. Lepastu sambung balik buat  BBQ. Kali ni buat Ikan & kerang  pula. Seronok jugakan. Ok itu shj saya nak share kat korang. Insyallah next topic pasal buka puasa pula 4 Julai nanti.hihi. Sedikit gambar time Majlis BBQ & Tahlil. Popular cousin ku semua masuk blog coz gambar diorang ada orang tengok *merapu* k bye wasalam.


Me, Dayana,danish,awa & adzri sedang posing

Popular masuk blog

Iman bambam

Pakcik ku,ayah n cousin

Kalau kumpul ramai macam ni lah jadinya

In memory


Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

ARWAH SI IBU SAAT DATANG MELAWAT JENAZAH ANAKNYA