Thursday, May 2, 2013

KEBAIKAN SUSU IBU
Sumber: Google
 
Untuk bayi :
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Mengandungi kolostrum , susu awal yang dapat menguatkan sistem imuniti bayi anda.
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah perbagai masalah alahan seperti asma, muntah, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic (DHA) dan Asid Arachidonic (AA) yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu meningkatkan kecerdasan anak anda dan membantu penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang minum susu lembu.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu:
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Jimat. Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.  
  •  Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak. 

No comments:

Post a Comment