Tazkirah

HTML Tag Reference

Tuesday, June 17, 2008

Mutiara karya Syeikh Abdul Qadir Jailani

Ikutilah (Sunnah Rasul) dengan penuh keimanan, jangan membuat bid'ah,
patuhilah selalu kepada Allah dan Rasul-Nya, jangan melanggar; junjung
tinggilah tauhid dan jangan menyekutukan Dia; sucikanlah Dia
senantiasa dan jangan menisbahkan sesuatu keburukan pun kepada-Nya.
Pertahankan Kebenaran-Nya dan jangan ragu sedikit pun. Bersabarlah
selalu dan jangan menunjukkan ketidaksabaran. Beristiqomahlah;
berharaplah kepada-Nya, jangan kesal, tetapi bersabarlah.
Bekerjasamalah dalam ketaatan dan jangan berpecah-belah. Saling
mencintailah dan jangan saling mendendam. Jauhilah kejahatan dan
jangan ternoda olehnya. Percantiklah dirimu dengan ketaatan kepada
Tuhanmu; jangan menjauh dari pintu-pintu Tuhanmu; jangan berpaling
dari-Nya.
Segeralah bertaubat dan kembali kepada-Nya. Jangan merasa jemu dalam
memohon ampunan kepada Khaliqmu, baik siang mahupun malam; (jika kamu
berlaku begini) niscaya rahmat dinampakkan kepadamu, maka kamu
bahagia, terjauhkan dari api neraka dan hidup bahagia di syurga,
bertemu Allah, menikmati rahmat-Nya, bersama-sama bidadari di syurga
dan tinggal di dalamnya untuk selamanya; mengendarai kuda-kuda putih,
bersuka ria dengan hurhur bermata putih dan aneka aroma, dan
melodi-melodi hamba-hamba sahaya wanita, dengan kurnia-kurnia lainnya;
termuliakan bersama para nabi, para shiddiq, para syahid, dan para
shaleh di syurga yang tinggi.

HADITH TENTANG AKHIR ZAMAN

1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Ertinya:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati
kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati
kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami
berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir
sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda,
"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan
mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu
itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya
daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka
hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa
Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran
dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah
itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru
(bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu
adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada
Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan
zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti
zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu
selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan
oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa
jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala
laranganNya.
Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum
muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba,
selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan
sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang
mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi
saw.
Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa
Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang
mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah
berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana
hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat
daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari
kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua
fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini,
pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya
ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu
dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah)
tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa
sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).