Wednesday 2 December 2015

Autumn trip - Day 2

Salam to all my dear friends and family.

31st October 2015 - Dongdaemun, Nandaemun, Itaewon

Hari ni we alls semua bangun lambat..masing-masing ter-over tidur.. Maybe sebab terlebih coffee kat Hollys semalam tu kot..kekekeke.  Terus kami mandi..bersiap2..bfast kat guesthouse. Program kami sepatutnya ..Seoul city bus tour.  Atas sebab-sebab tak dapat dielakkan...program tersebut bertukar pada keesokkan harinya.  Hari ni just merawang area Dongdaemun, Nandaemun & Itaewon.  

Dongdaemun Guesthouse.  Di sinila kami menginap selama 7h6m. 

Belakang tu our guesthouse.  Tak jauh dari subway sangat convenient.

Excited nak jalan-jalan pagi ni.

Singseol-dong station yang sangat dekat dengan guesthouse kami.

While waiting for K Bisma beli T-Money...tertinggal tak tau kat mana..huhu.



Subway is our main public transport di Seoul.


Line 1 train
  1. Sinseoldong Station
    3min - every 10 minutes - line 1
    M$ 5 - M$ 6
  2. Dongdaemun Station
    491 Accommodations


Edisi menjelajah Dongdaemun..marila ramai-ramai kita pakat cari tempat yang mana 1 kita nak pergi dulu.

Tengah cari lokasi yang nk diterjah..hehehe.

Belakang kami tu is Dongdaemun Gate. 


Dongdaemun Gate..!! Aksi cucuk langit..:)


Cetokin mulaaahhh...!!

Kalau pergi Seoul..harus tau beli stokin. Tu semua tu harga 1,000Won = RM4.00.  Harus la borong stokin yang cecomel tu..bukannya ada kat Malaysia ni.  Nak buat as souvenir pun boleh..beli something different for your loved one.

Kali ni saya nak kongsi berkenaan Dongdaemun market buat mereka yang suka bershopping..!! Ia merupakan syurga membeli belah.  Nak la tengokkan..apa yang hebat sangat kat situ..sampai byk bloggers recommend gi sana.  Bila saya tengok, memang betul kata depa...memang boleh rambang mata.. Kat sini..kalau kita nak bargain memang depa xmo layan kita sangat.  Silap2..depa amek balik barang yang kita pegang tu dan letak balik kat tempat depa..Kita pun termanggu-manggu dibuatnya. Kalau nak beli tu..beli terus..bargain pun agak-agakla kan..rasa macam harga tu berpatutan..then beli jer.  Tapi, jangan convert.  Convert kalu..sure pengsan..!!  

Penuh dengan kasut..sampai tak tau nak pilih yang mana satu.  K Kay dah la kaki cinderella...size ala2 kecil gitu...huhu.  Yang bestnya kat sini, kalau cari kasut..memang kawasan ni jual kasut aje.

Shoes....Kalau nampak yang kita berkenan tu..terus je la beli..janganla duk pikir nak jalan dulu nanti boleh beli kemudian ke apa ke... sebab nak patah balik cari kedai tu  mmg tak jumpa dah laa..kekeke

More shoes...

More..more..moree shoes..!! Bak kata pepatah...kawasan sini memang terkenalla dgn kasut..  Sapa-sapa nak beli boots...bolehla datang sini..macam2 adaaa... Boots depa pun mmg comfort sgt..khas untuk cuaca sejuk.

 Manala tak terjebak...baju sejuk kat belakang saya tu 10,000Won = RM40.00.  Masing-masing borongla...murah benau tu...quality pun best sbb memang untuk keperluan musim sejuk.  Balik Malaysia kita boleh guna untuk g Fraser ke..Cameron ke...Genting ke...Kundasang ke... Malaysia pun ada tempat-tempat sejuk jugak perr...hehehe.

Sesi memilih serkup...nak masuk musim sejuk nih...memang lakula serkup a.k.a snow cap.

Serkup murah...1 = 2,000Won
3 = 5,000Won [RM20.00 untuk 3 serkup]

Depa di belakang masih memilih serkup murah-murah..kekeke.

That is Dongdaemun Design Plaza.  This is a very new designed building in Seoul.  Complete different from other kind of constructions.  Many kind of exhibitions happen there and it is located very close from Dongdaemun gate.

Part of the Oullim Square.

Dongdaemun Design Plaza or DDP.  DDP ni opposite shoppings malls. Very futuristic looking building, kalau malam kat sini memang lagi cantik amek gambar kat sini.  Yang tu saya akan cerita - Day 4.


Dongdaemun Design Plaza..the latest IT landmark in Seoul


Miglione ni ialah shopping centre yang paling famous kat Seoul.


Coffee Bean di Dotta Mall. 

Kepenatalan selepas memborong di Minglione.  Damages sudah untuk hari ke-2.  Rehat kejap kt Coffee Bean di Dotta Mall.

We've discussed.  Tak larat nak berjalan lagi dah...dengan damagess kami semua nih...apa kata kita balik guesthouse... Pukul 4pm kita keluar semula ke Nandaemun & Itaewon untuk makan malam.  Lama jugak kami lepak kt Coffee Bean di Dotta Mall ni..sambil kira-kira damaged kami kali ni..kekekeke.  Apa-apa pun..kami puas hati dengan hasil tangkapan kami pada hari tu...dengan harga yang sangat berpatutan.

Hasil dagangan kami di Dongdaemun..huhu. Ni on the way nak balik ke guesthouse.


Kami balik dulu hantar barang dagangan kami...rehat solat kejap...pukul 4pm kami keluar semula untuk makan malam.
Line 1 trainwalk
  1. Dongdaemun Station
    3min - every 10 minutes - line 1
    M$ 5 - M$ 6
  2. Sinseoldong Station
    2min - 209 meters
  3. Sinseol-dong
    489 Accommodations


 Kami rehat kejap kt guesthouse...pukul 4pm kami keluar semula to Nandaemun. Nandaemun ni tutup hari Ahad...kiranya kami bernasib baikla..kami pergi sana hari Sabtu..hehehe.  

 Dapat naik escalator rasa sangatla heavennya...hehehe

 Bole beli souvenirs kat sini.. Cheaper. Handicrafts banyak..segala macam jenis barang ada dijual kt sini. Memang murah. Jual baju pun longgok-longgok je. 

Nandaemun market ni sangatla besar..panjang..dan banyak lorong. T-Shirt yang tulis I Love Korea tu semua kt sini 3 pasang 10,000KRW untuk white shirt.  Kalau campur hitam or any other colours, harga dia lain sikit.  Souvenirs semua pakat beli kt sini je..tak payah pergi tempat lain sebab kat sini memang murah.

 Isi perut dengan pisang sambil tunggu K Kay and K Nora.  Ntah hilang mana pulak depa saya pun tak tahu... Syukur tak lama lepas tu muncul depa berdua..legaaaa.  Kami dah lapar sebenarnya...mohla kita g Itaewon cari makan halal kat sana.  Subway la apa laggii.....

Walkline 4 subwayline 6 train
  1. 21 Namdaemunsijang 4-gil
    1min - 88 meters
  2. Hoehyeon Station
    5min - every 10 minutes - line 4
    M$ 5 - M$ 7
  3. Samgakji Station
    5min - every 10 minutes - line 6
    M$ 1
  4. Itaewon Station
    499 Accommodations




Tunggu subway nk ke Itaewon.

Kami sampai saja di Itaewon punyala meriahhh..!! Rupanya hari ni ada keraian Halloween. Budak-budak muda Seoul penuh kt Itaewon dengan fesyen hantu..!! Depa dengan costume hantu/halloween bagai.. Memang havocla...

Kat Itaweon ni banyakkk halal food..tapi memandangkan ada halloween malam tu.... Malangnya most of the shop kat sana is full..penuh dgn manusia2 halloween ni..huhuhu. Usaha cari lagi...akhirnya jumpa Dubai Restaurant..kedai masakan arab.  Ala2 style Nasi Arabla kalau kat sini.


Happy face dapat makan arab..hehehe.




Jemput makan semua..!!

Lepas makan..memang kami tak larat dah nak explore Itaewon ni..sebabnya penuh dgn 'hantu halloween' tak sanggup kami dah..sesak dengan manusia...kat subway tu..tak tahula nak kata..padat sepadat padatnya.. Macam2 style pakaian halloween yang boleh kita tengok. Depa memang betul-betul meraikan halloween di Seoul.  Ni la pengalaman kami tengok secara live 'hantu halloween' selama ni duk tengok kt tv aje..kekeke.

Sekian sudah cerita kali ni... InsyaAllah saya akan sambung lagi dalam masa yang terdekat ni.  Cerita mengenai naik turun bas di Seoul town.  Macam Hop On Hop Off kt KL ni jugak..tapi ni kt Seoul Town.

No comments: