Sejarah IKBNSI...

Penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mula dirancang pada awal tahun 1996 di atas sebidang tanah seluas 50 ekar di Bandar Seri Iskandar dalam daerah Perak Tengah. Lokasinya terletak di KM 36 dari bandaraya Ipoh berhampiran laluan utama Ipoh/ Lumut. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 30 Jun 1996, siap dibina pada 15 September 1998 dan diserahkan milik oleh pihak JKR pada November 1998.

seterusnya...


IKBNSI mula beroperasi pada 25 Januari 1999 dan telah sempurna dirasmikan oleh Y.B Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Zabri Bin Min, ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada 11 November 1999 mewakili Y.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin B. Haji Yasin Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Institut ini merupakan salah sebuah institut latihan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dalam bidang Mekanikal Teknologi Elektronik pada peringkat awal operasinya. Mengikut perancangan dan seiring dengan perkembangan dunia semasa, Institut ini memperluaskan latihannya dalam bidang Mekanikal Teknologi Elektrikal dan Mekanikal Teknologi Maklumat (IT). Semua bidang latihan yang disediakan adalah pada tahap 1 hingga 4 (Diploma) mengikut piawaian kemahiran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kebangsaan. Institut ini memberi latihan kemahiran, kemudahan tempat tinggal , makan, minum, pakaian seragam, pakaian sukan dan kasut k secara percuma kepada semua pelajar. Institut ini telah dianugerahkan sijil ISO MS 9002:1994 pada 18 Jun 2002 oleh pihak MAMPU.

13 Disember 2009

AWAL MUHARAM

DARIPADA KAMI WARGA IKBNSI

03 Disember 2009

KURSUS PEMBUAT PAKAIAN WANITA(PPW)

CEPAT!!! (Hanya 5 kekosongan lagi)

Kepada belia dan beliawanis yang berminat untuk mengikuti kursus Pembuat Pakaian Wanita (PPW) di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSI), sila hubungi Pegawai di Bahagian Hal Ehwal Pelajar ditalian 05-3711300 pada waktu pejabat atau anda juga boleh terus datang ke IKBNSI untuk membuat permohonan. Permohonan ini dibuka mulai 7/12/2009 hingga 18/12/2009.

Syarat-syarat permohonan:

* Wanita diutamakan.

* Berumur 18 - 30 tahun (belum berkahwin)

* Lepasan SPM

* Sihat tubuh badan

04 November 2009

PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK (2Y)

Kursus Basic Hydraulic System yang dikendalikan En. Bala yang akan diadakan pada 05 dan 06 Disember akan ditangguhkan sehingga tahun depan. Kami memohon maaf atas sebarang kesilapan yang berlaku.


03 November 2009

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

Perlawanan bola sepak persahabatan di antara IKBN Seri Iskandar dengan Institut Pertanian Bota telah dilangsungkan pada 22 Oktober yang lalu. Perlawanan bola ini bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim antara kedua-dua institut. Perlawanan ini telah di adakan di padang IKBN Seri Iskandar. IKBN Seri Iskandar yang menyarung jersey kuning segak beraksi di padang. Pihak lawan menyarung jersey hitam telah memberi asakan bertubi-tubi pada IKBN Seri Iskandar. Setelah beraksi selama 90 minit tuah menyebelahi Tuan Rumah dengan mata 1 - 0. Tahniah kepada pemain kita. Diharap dengan adanya aktiviti seumpama ini akan mengeratkan lagi hubungan kedua-dua pihak.


20 Oktober 2009

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DAN PERPISAHAN PENGARAH

17 Oktober yang lalu Penghuni kuarters IKBN Seri Iskandar telah menganjurkan satu Majlis Jamuan Raya dan Perpisahan Pengarah. Majlis ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan diantara kakitangan dan keluarga kakitangan. Majlis ini juga untuk meraikan pertukaran Pengarah Tn. Haji Borhan yang bertukar ke IKBN Dusun Tua. Majlis ini dimuatkan dengan pelbagai aktiviti seperti sesi berkaraoke, tayangan filem Upin dan Ipin dan sebagainya. Diucapkan terima kasih kepada En.Mohd Fazle, En. Faizal, En.Mohd Haniff, En. Mohd Nazri, En.Ramli dan En.Jamaluddin yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Kita hayati renungan ini:
"Sebelas bulan kita kejar dunia, kita tabur nafsu angkara, Sebulan kita gelar puasa, kita bakar segala dosa, Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka, sebulan penuh kita tevbar kasih sayang sesama, Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf, Di hari suci dan fitri ini, kita cuci hati, kita buka pintu kemaafan"





Menjamu Selera

Duit Raya Untuk Anak-anak Staff

06 Oktober 2009

EKSPLORASI APRESIASI ALAM

Pada 2 hingga 4 Oktober 2009 Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Seri Iskandar dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak dan Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Seri Iskandar telah menganjurkan Kem Rekreasi Rimba Rakan Muda di Tasik Banding, Gerik Perak.
Kem ini bertujuan bertujuan memberi peluang pelajar untuk menghayati dan memahami konsep cintakan alam semula jadi, memupuk semangat dan minat untuk menghargai alam sekitar. Selain itu,pelajar juga diterapkan nilai murni dalam membentuk sahsiah diri yang positif.
Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini memuatkan pelbagai aktiviti untuk pelajar.Antaranya adalah Eksplorasi Alam, Treasure Hunt, Berakit dan banyak lagi. Diharapkan Program ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim, timbulnya rasa cinta pada alam sekitar.







28 September 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

16 September- Satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Surau Ibnu Sina IKBN Seri Iskandar. Majlis ini turut menjemput penduduk Kampung Suak Padi bagi memeriahkan Majlis. Majlis berbuka turut sama diadakan selepas Majlis Khatam Al-Quran





Saguhati untuk penduduk Kampung Suak Padi


Majlis berbuka puasa dan beramah mesra...

GOTONG -ROYONG MEMBUAT BUBUR LAMBOK

Pada 16 September - IKBNSI telah sama-sama berkerjasama membuat bubur lambok bersama pelajar-pelajar. Acara ini dimulakan awal pagi. Bubur lambok ini di agih-agihkan kepada setiap staff.



Kakitangan dan pelajar saling bantu membantu...






Inilah hasilnya.....

09 September 2009

Lawatan YB Menteri ke petak IKBN SI


Pada 13 jun 2008 IKBN Seri Iskandar telah mengadakan pamiran di perkarangan JBS Perak, Ipoh, yang telah dirasmikan oleh YB Menteri. Petak pamiran IKBNSI juga telah dilawati oleh YB Menteri. Sila lihat video lawatan YB Menteri ke petak IKBNSI di http://www.youtube.com/watch?v=qoXTSaR4-ZQ

Majlis berbuka puasa Warga IKBNSI

4 Jun - warga IKBNSI telah mengadakan Majlis Berbuka puasa bersama kakitangan dan keluarga masing-masing. Selain itu anak-anak kakitangan yang berumur bawah 12 tahun turut menerima duit raya sumbangan IKBNSI. Dengan adanya majlis sebegini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan diantara kita.



Hidangan pembuka selera.... Warna-Warni kan??




Tuan Pengarah sedang menjamu selera dengan kakitangan IKBNSI.



Berselera makan bersila..



Dapat duit raya!!!!!!

Lawatan Pelupusan Aset oleh Pn. Azizah dari KBS

Pada 8 Sept 2009 baru-baru ini Pn Azizah bersama Pn Norhashekin dari bahagian Pembangunan Kemahiran , Kementerian Belia & Sukan telah hadir ke IKBN Seri Iskandar untuk membuat pelupusan aset dan seterusnya meninjau aktiviti-aktiviti IKBNSI. Terima kasih diucapkan kepada mereka berdua, semoga aset berkenaan dapat di lupuskan segera dan menjimatkan ruang penempatan barangan. Aset yang terlibat adalah meja, kerusi, tilam, bantal, peralatan IT dan lain-lain.

Sila 'click' pada gambar untuk dibesarkan.


Katil , tilam dan bantal di asrama lelaki.
Peti sejuk di dewan makan pelajar.

19 Ogos 2009

Ambang Merdeka IKBNSI

Sempena menyambut Hari kemerdekaaan tidak lama lagi IKBNSI tidak ketinggalan mengibarkan jalur gemilang. Semoga semangat "merdeka" akan tersemat dalam setiap jiwa warga IKBNSI. Syabas dan terima kasih kepada Ust. Radi and the gang...

Sila "click" pada gambar untuk di besarkan.............






17 Ogos 2009

Kedai Koperasi IKBNSI

Sila 'click' pada gambar tersebut untuk dibesarkan.
Pelajar membeli-belah di koperasi IKBNSI.
Perkhidmatan fotocopy juga disediakan.
Kaunter pembayaran.


Burger panas segera mendapat sambutan hangat...
Ketua Bahagian Kewangan memantau.....




Pandangan luar kedai koperasi....

13 Ogos 2009

Kursus Jahitan pakaian wanita

Sila 'click' pada gambar tersebut untuk dibesarkan.
Kursus Jahitan Pakaian wanita ini baru bermula sessi Julai 2009.Peralatan dan pengajar akan ditambah dari masa kesemasa. Buat masa ini masih ada kekosongan dan kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Bahagian Hal ehwal Pelajar untuk proses kemasukkan. Apa yang menarik terdapat seorang pelajar lelaki yang mengikuti kursus ini.
Lawatan turun padang melihat makmal jahitan bersama Ketua bahagian Kemahiran dan ketua Bahagian Kewangan. Sila 'clik ' untuk membesarkan gambar. Selamat memantau....


Ketua Kemahiran memantau...nak tempah baju baby ke ?