BLacK@mARio freNDz foLLowEr

Rabu, 23 Februari 2011

Syurga Dibawah Telapak kaki Ibu.....

"Dan kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandung dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula, mengandung dan menyusuinya selama tiga puluh bulan" (Surah al-Ahqaf: 115)


Wajib menjaga hubungan baik dengan ibu bapa:

Bagaimana caranya untuk kita menjaga hubungan baik dengan ibu bapa?
Mesti anda tertanya-tanyakan?

1. Melebihkan layanan kepada ibu

Diriwayatkan ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya:

“Lelaki itu bertanya: Siapakah manusia yang lebih baik berhak saya layani dengan baik?
Jawab Rasulullah: Ibumu! Dia bertanya lagi: kemudian siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu! Kemudian siapa lagi? Ibumu! Kemudian siapa lagi? Ayahmu!”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Kewajipan anak terhadap orang tua adalah berbuat baik, taat & menghormati . Hal ini harus dipenuhi sebaik-baiknya. Tanggungjawab yang lebih utama ialah menunaikan hak Ibu kerana Ibulah yang paling berat menanggung penderitaan semasa mengandung, melahirkan, menyusui dan mengasuh kita. Rasulullah beranggapan derhaka kepada kedua ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Allah mewajibkan kita utk berbuat baik kepada kedua ibu bapa apalagi disaat mereka telah mencapai usia lanjut dan sangat memerlukan belaian kasih saying dari seorang anak.

2. Wajib menjalinkan keharmonian

Allah berfirman:
Ertinya:”Tuhanmu tlh memerintahkan hendaklah kamu beribadat kpd Allah & berbuat baik kpd kedua org tua, jika salah seorg mereka sudah mencapai @ kedua2 nya sdh smpai umur tua & berada dlm pemeliharaanmu, maka jgnlah kamu katakan kpd mereka itu kata2 ‘uff’(kalimat yang tdk menyenangkan hati) & jgn kamu herdik mereka, ttpi katakanlah kpd mereka berdua kata2 yg mulia. Dan rendahkanlah terhadap mereka berdua sayap kerendahan kerana kasih & doakanlah kpd Tuhanmu. Ya Tuhanku! Berilah rahmat kpd mereka, sebagaimana mereka tlh memeliharaku di waktu aku masih kecil” (Surah Al-Isara’: 23-24)

Okey setakat ni dulu la ye… tapi tunggu la sambungannya… ada byak lagi perkara yang ingin saya bincangkan… Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iLmuKu _iLmUMu Ju@

Antara ilmu dan harta… Manakah yang lebih baik??

Ilmu

Harta

Ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul

Harta warisan daripada Firaun, Qarun & Syaddad

Ilmu menjaga akan tuannya

Tuannya akan menjaga harta

Banyak ilmu akan banyak kawan

Banyak harta akan banyak musuh

Ilmu jika diamalkan akan bertambah

Harta digunakan akan berkurang

Orang yang banyak ilmu pemurah dan dihormati

Orang yang bayak harta kedekut dan tidak dihormati

Ilmu memberi syafaat di akhirat kepada pemiliknya

Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat

Ilmu menjadikan pemiliknya lembut hati dan terang hati

Harta menjadikan pemiliknya keras hati

Ilmu tidak usang dan tidak lapuk walaupun disimpan lama

Harta akan lapuk dan usang apabila semakin lama disimpan

Pemilik ilmu akan berkata “Ilmu itu milik Allah”

Pemilik harta itu berkata “Harta itu milik aku”

“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza” Saidina Ali a.r...

Masuk Jangan Tak Masuk yer....