LAMAN MAYA
Di Laman Ini Laman Lain

Pengenalan


-->

-->

   Bandar Raya Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bandar raya ini terletak di antara Klang dan Petaling Jaya, kira-kira 25 km di barat bandar raya Kuala Lumpur. Jumlah penduduk Shah Alam sehingga Julai 2006 adalah seramai 584 360 orang. Bunga rasminya ialah bunga Anggerik Renan tanda Shah Alam' dan burung rasminya ialah burung undan. Bandar raya ini juga digelar 'Bandar Raya Anggerik'.

     Shah Alam diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ibu negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia ini mendapat kenaikan taraf bandar raya pada 10 Oktober 2000. Pengisytiharan ini menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya ke-7 di Malaysia. 

Shah Alam mempunyai sistem jalan raya dan pengangkutan yang terancang dan teratur. Shah Alam dihubungkan dengan lebuhraya-lebuhraya utama di Lembah Klang seperti Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Shah Alam dihubungkan dengan sistem rel keterapi melalui sistem KTM Komuter. Terdapat tiga stesen Komuter di Shah Alam, iaitu stesen Batu Tiga, Shah Alam (stesen utama, terletak di Seksyen 19) dan Padang Jawa. Sistem ini menghubungkan Shah Alam dengan hub pengangkutan utama di stesen KL Sentral di Kuala Lumpur.

Terdapat banyak perhentian bas dan teksi yang terletak di jalan-jalan utama di bandaraya Shah Alam. Perkhidmatan bas dikendalikan oleh syarikat RapidKL dan beroperasi di kawasan-kawasan di seluruh Lembah Klang. Shah Alam juga mempunyai teksi yang beridentitikan imej bandaraya itu sendiri, iaitu teksi Kenari yang berwarna biru. Perhentian bas yang utama ialah di Kompleks PKNS dan di Seksyen 17.


       Dan antara kawasan yang masih lagi mengekalkan identiti serta suasana kampung di tengah-tengah kesibukan Bandaraya Shah Alam ialah Kampung Bukit Naga. Bukit Naga sebuah Kampung kecil ditengah-tengah 3 bandar besar, Shah Alam, Kelang dan Kota Kemuning. Kampung yang sedang membangun secara tersendiri dan terpilih sebagai Desa Wawasan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini terdiri daripada penduduk yang kebanyakannya adalah kaum Melayu.




Banyak pembangunan  kawasan perumahan yang dibangunkan di Kampung Bukit Naga. Dan antaranya ialah Taman Impian Bukit Naga yang terletak di Jalan Rezab Buang.

Kemudahan yang disediakan di kawasan Kampung Bukit Naga juga cukup lengkap. Infrastruktur dan kemudahan awam yang telah disediakan dapat diberikan perhatian yang sewajarnya oleh JKKK dan penduduk amnya. Dan antara kemudahan infrastruktur yang terdapat di sini adalah seperta berikut :







Padang bola sepak di Jalan Bukit Naga
Masjid Al-Bakri di jalan Bukit Kemuning /Jalan Klinik









Gelanggang bola tampar di Dewan MBSA  di Jalan Bukit
Naga
Dewan MBSA untuk kegunaan penduduk

Gerai Makan, tempat bersantai
Kemudahan pasar Malam setiap hari Jumaat 






Pusat Komersial dan ruang perniagaan
Klinik Rakyat di Jalan Klinik





SR Agama di Jalan Bukit Naga
Tafis Al-Abim di Jalan Segambut
Kilang Roti Gardenia di Jalan Sri Segambut


Surau Sri Segambut

 

Info Pertubuhan Persatuan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau ROS adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan dan parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah pertubuhan adalah didefinisikan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain. .