WUDUK Wuduk
1.         Wuduk ialah perbuatan membasuh atau menyapu anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air mutlak yang dimulai dengan niat kerana Allah SWT.
2.         Hukum berwuduk adalah wajib bagi orang yang ingin melakukan solat, tawaf, menyentuh al Quran, sujud tilawah dan sebagainya. Tanpa Wuduk ibadat tersebut tidak sah.

3.         Rukun-rukun wuduk:
        (a)    niat;        (b)   membasuh muka, iaitu bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke dagu dan dari          anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri;        (c)    membasuh kedua-dua tangan iaitu bermula dari hujung jari hingga ke siku;        (d)   menyapu sebahagian kepala;        (e)    membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali;        (f)    tertib, iaitu melakukan semua rukun mengikut susunannya.

4.         Antara perkara sunat ketika berwuduk:
        (a)    memulakan berwuduk dengan membaca “Bismillahirahmanirahim”;&n bsp;       (b)   mendahulukan anggota kanan daripada yang kiri;        (c)    mengulangi sebanyak tiga kali pada setiap perbuatan;        (d)   berkumur-kumur.

5.         Antara perkara-perkara makruh ketika berwuduk:
        (a)    berbual-bual ketika berwuduk;        (b)   menggunakan air secara berlebihan;        (c)    mendahulukan anggota yang kiri daripada yang kanan.

6.         Antara perkara-perkara yang membatalkan wuduk:
        (a)    keluar sesuatu dari qubul dan dubur;        (b)   bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik;        (c)    menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan.

7.         Hikmat berwuduk:
        (a)    menghapuskan dosa-dosa kecil;        (b)   merupakan syarat sah bagi sesuatu ibadat;        (c)   memberi ketenangan jiwa dan perasaan.

Published: 2012-05-05 Hit: 50 Laman Asal
Adakah Wuduk anda betul? (untuk Muslimah)
Para muslimah sila ambil perhatian tentang perkara ini, kerana ramai yang masih tidak tahu.Rambut di tepi muka (@ sideburn) adalah termasuk dalam bahagian muka wuduk. Jadi ianya mesti dibasuh wa .. ..
Refresh Adakah Menyentuh tersentuh Wanita Membatalkan Wuduk
ORANG Islam la ni... Leka dgn kemewahan ..kuasa dan wanita...(tu pasal Rasulullah saw tolak) Ni shahih bkn palsu... Musuh Islam bca.. kaji.. dan gunakan senjata ni tuk musnahkan Islam...bila tig .. ..
Gambar Pembinaan Tangga Dan Paip Wuduk Tambahan
Assalammualaikum,Dikongsikan gambar pembinaan tangga di pos pengawal dan paip wuduk tambahan yang telah mendapat sumbangan daripada semua. Pihak PIBG SRA- BSP mengucapkan terima kas .. ..
Batasan Wuduk Diantara Keluarga Tiri
Soalan assalamualaikum.ustaz. bila mase nk niat wuduk.ade ke sh niat wuduk sebelum sentuh air Jawapan Waalaikumusalam, Niat itu tempatnya ialah di dalam hati.Semasa anda ingin ambil wuduk .. ..