Sunday, October 27, 2013

Hukum Sumber Pendapatan Penyanyi Dan Pemuzik

Soalan

apakah hukum sekiranya sumber pendapatan hasil daripada menyanyi dan bermain muzik
adakah terdapat khilaf dalam isu ini

Jawapan

Muzik adalah diharuskan dalam Islam kerana ia sebahagian daripada seni dalam Islam.  Cuma yang menjadi persoalan disini ialah penyalahgunaan muzik yang menjurus kepada kelalaian dan kemaksiatan.  Begitu juga dengan sumber hasil pendapatan ia bergantung kepada jenis muzik yang dipersembahkan dan kesan terhadap reka cipta tersebut.  Sebagai contoh jika muzik yang dilakukan itu boleh membawa  kepada kemaksiatan/kejahatan dan saumpamanya maka ia tidak dibenarkan dan begitulah sebaliknya.

No comments:

Post a Comment