Showing posts with label Wuduk. Show all posts
Showing posts with label Wuduk. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

Niat Ketika Hendak Mengambil Wuduk

Soalan

assalamualaikum.ustaz. bila mase nk niat wuduk.ade ke sh niat wuduk sebelum sentuh air

Jawapan

Waalaikumusalam,
Niat itu tempatnya ialah di dalam hati.Semasa anda ingin ambil wuduk sebaik-baik niat dijatuhkan ketika  air wuduk mengenai muka.Wallahu a'lam.

Tuesday, February 19, 2013

Wanita Haid Berniat Wudhuk

Soalan

Assalamualaikum, apakah hukumnya wanita yg didatangi haid mengambil wudhuk dgn niat sebagaimana dia mengambil wudhuk utk mngerjakan solat? ustazah saya berkata boleh membasuh anggota tubuh sebagaimana mengambil wudhuk TETAPI HARAM niat berwudhuk sebagaimana hendak mendirikan solat. Selain itu, saya harap panel boleh memberikan bukti dari sumber hadis @ lain2.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Wanita yang sedang haid tidak dilarang untuk berwudhu’. Akan tetapi ia hanyalah kerja yang sia-sia kerana wudhu’ tersebut tetap tidak membolehkannya untuk menyucikan dirinya daripada hadas besar tersebut.
Ringkasnya, wanita haid tidak salah untuk berwudhu’ tetapi ia hanyalah kerja yang sia-sia, dan melakukan kerja yang sia-sia adalah dilarang di dalam Islam. Wallahu 'alam.

Tuesday, January 29, 2013

Ada Krim Di Tempat Luka Sahkan Wudhu Saya

Soalan

adakah sah wudhu apabila ada krim di tempat luka tetapi saya lupa untuk membersihkannya

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, jika krim tersebut berada pada anggota wudhu’ yang wajib dibasuh, ia akan menyebabkan terhalangnya air daripada mengenai kulit/bahagian anggota di bawahnya.
Oleh yang demikian, jika krim tersebut berada pada anggota wudhu’ yang wajib dibasuh/disampaikan air padanya, hal ini akan menyebabkan wudhu’ tersebut menjadi tidak sah kerana terdapatnya bahagian anggota yang teidak dikenakan air dengan sempurna.
Ringkasnya, wudhu’ yang diambil adalah tidak sah. Oleh itu, Panel menasihatkan supaya anda lebih berhati-hati selepas ini. Sebelum berwudhu’, sila cek dan pastikan tiada sebarang benda yang boleh menghalang air daripada mengenai kulit anda khususnya pada anggota-anggota wajib wudhu’ anda. Wallahu 'alam.

Wednesday, January 2, 2013

Tidak Kusyuk Mengambil Wudhu

Soalan

Assalammualaikum panel. Saya pernah tertanya mcm mana kalau kita melakukan kerja tapi tidak kusyuk? Contoh amik wuduk.. basuh semua angota wuduk 3kali. Tetapi tak kusyuk, bila part yg basuh tangan kanan smpai siku terbasuh lebih 4kali atau terkurang 2kali.. Perlu ke angkat wuduk semula balik!! Mohon jawapan...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, wudhu’ tersebut tidak perlu untuk dibuat semula kerana khusyu' tidak menjadi syarat kepada sah atau tidaknya wudhu' tersebut.
Ringkasnya, anggota wudhu’ yang telah dikenakan air walaupun hanya satu kali basuhan sahaja adalah sudah mencukupi dan ia tidak perlu untuk diulang semula. Wallahu 'alam.

Thursday, December 27, 2012

Saya Menguna Kaki Palsu Apa Kah Perlu Di Basuh Ketika Memgambil Wuduk Kerana Kaki Tersebut Tidak Kena Najis

Soalan

saya menguna kaki palsu apa perlu saya basuh ketika memgambil wuduk

Jawapan

Tidak perlu tetapi sunat basuh penghujung kaki yang masih ada di penyambung dengan kaki palsu.

Saturday, December 22, 2012

Terlupa Baca Doa Wudhu

Soalan

Assalammualaikum uztaz saya ada soalan. Saya ni terlalu sibuk berkerja sehingga ada beberapa kali sya terperasan selepas amik wudhu terlupa baca doa wudhu. Boleh ke mcm tu? -Kedua doa wudhu boleh baca dlm hati tak?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Membaca doa selepas berwudhu’ adalah tergolong di dalam amalan yang sunat dan bukannya suatu perkara yang mesti dilakukan (wajib).
Oleh itu, jika anda terlupa untuk membacanya selepas selesai berwudhu’, anda hanya tidak dapat ganjaran pahala kerana tidak melakukan amalan yang sunat sahaja. Wudhu’ yang anda ambil adalah masih sah.
Mengenai cara membaca doa tersebut, anda boleh lakukannya sama ada diucap melalui mulut ataupun hanya menyebutnya di dalam hati. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala Maha Mengetahui dan Maha Mendengar setiap sesuatu. Wallahu 'alam.

Saturday, November 17, 2012

Wudhu Boleh Digunakan Untuk Berapa Kali Niat Solat.

Soalan

Salam ustaz, saya pernah mendengar bahawa wudhu hanya boleh digunakan untuk 3 solat fardhu, walau bagaimanapn kadang2 saya was2 dengan niat saya, dan kadang2 m'ulang sehingga lebih 3 kali niat shj tanpa mengerjakan solat, kemuadian pada niat yg kali ke4, saya tidak was2 lagi dan trus m'gerjakan solat seperti biasa. Adakah niat saya yang ke4 tersebut sah dengan wudhu saya ( kerana saya khuatir wudhu hanya sah untuk 3 kali niat sahaja).

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
saudari yang dirahmati Allah swt
Perkara yang membatalkan wudhuk ialah
1. keluar sesuatu daru dubur dan qubul sama ada angin (kentut) buang air besar dan kecil, darah, air mani, air mazi, air wadi
2. Tersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi ( bukan muhrim)
3. Tersentuh kemaluan
4. tertidur
5. Hilang akal seperti gila, pengsan
Sekiranya perkara diatas tidak berlaku maka selagi itulah wudhuk itu boleh digunakan untuk mengerjakan ibadah solat sepanjang hari.
walaubagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya memperbaharui wudhuk bagi setiap kali mengerjakan ibadah solat.

Thursday, November 15, 2012

Berwudhu' Dengan Air Hujan

Soalan

Bolehkah kita berwudhu' dengan air hujan yang turun dari bumbung ? Adakah sah wudhu' kita sekiranya kita berwudhu' dengan air hujan yang turun dari bumbung ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus berwudu' menggunakan air hujan yang turun daripada bumbung.
Perlu panel tegaskan jika air hujan yang turun daripada bumbung  itu bersih dan tidak mengandungi najis maka dari segi syarak wuduk yang anda ambil itu adalah sah.Wallahu a'lam.

Thursday, November 8, 2012

Batal Atau Tidak Wuduk Saya

Soalan

Assalamualaikum.. sy nak tnya adakah batal air wuduk saya jika saya bersentuhan dgn suami sy.. ttpi bukan bersetubuh atau raba2.... contoh saya salam suami sy...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Menurut pandangan daripada Mazhab Syafi'i, wudhu’ anda adalah terbatal. Wallahu 'alam.

Tuesday, November 6, 2012

Mengambil Wuduk

Soalan

salam...
selapas meyempurnakan rykun wuduk yg ketiga menyapu air dikepala...
kemudian tangan terasa kotor..
lalu sy basuh tangan..
kemudian baru membasuh kaki....
adakah sah wuduk saya?

Jawapan

Wassalam, wudhu’ anda adalah sah. Wallahu 'alam.

Tuesday, October 30, 2012

Wuduk Dalam Toilet

Soalan

Salam tuan,saya sgt musykil wudhuk dalam tandas, dimana perlukah memakai selipar dalam tandas utk mengambil wudhuk,kalau tiada selipar,jika kita mengambil wudhuk adakah najis didalam tandas tidak berjangkit di kaki kita..umum kita mengetahui bahawa tidaklah suci didalam tandas tersebut,mesti ada percikan2 air kencing

Jawapan

Wassalam,
Dalam hal ini, wudhu’ yang anda ambil adalah sah. namun, tandas adalah tempat yang tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk berwudhu’ kerana di dalamnya dilarang sama sekali untuk disebut/diucapkan kalimah Allah.
Selain itu, dibimbangi juga terdapatnya kesan-kesan air kencing ataupun air yang telah bercampur dengan najis lebihan air semasa beristinjak akan melekat di kaki ataupun anggota badan anda.
Ringkasnya, tandas adalah tempat yang tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat berwudhu’.
Oleh itu, carilah tempat yang lebih sesuai untuk berwudhu’. Wallahu 'alam.

Monday, October 15, 2012

Daki Di Kuku Kita

Soalan

apakah kotoran hitam yg selalu ada di depan/melekat(bukan bawah/dalam) pada kuku kita? adakah ianya daki? adakah sah jika mengambil wuduk jika kita tidak membuang daki/kotoran tersebut?

Jawapan

Mengenai kotoran yang anda maksudkan, panel sendiri tidak dapat untuk mengenal pasti mengenai statusnya. Ia biasanya berpunca daripada benda yang telah anda pegang sebelum itu.
Walaupun begitu, jika ia adalah sesuatu yang mempunyai sifat seperti minyak ataupun cat, ia perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum anda berwudhu’. Hal ini adalah kerana kewujudannya di jari anda akan menyebabkan terhalangnya air untuk sampai ke kulit/kuku yang terdapat di bawah kotoran tersebut dan ini akan menyebabkan wudhu’ yang anda ambil menjadi tidak sah.
Oleh itu, sebagai jalan keluar adalah dinasihatkan supaya anda memeriksa dan membersihkan terlebih dahulu semua anggota wudhu’ anda daripada sebarang jenis kotoran sama ada yang berunsur minyak, cat, daki atau sebagainya. Kemudian barulah anda berwudhu’.
Semoga dengan usaha yang sedikit ini kita beroleh rahmat dariNya. Wallahu 'alam.


Perkara Yang Boleh Batalkan Wuduk

Soalan

seorang sahabat bertanya, jika kita mempunyai wuduk, dan tersentuh anjing yang dalam keadaan masih basah, memang kita perlu samak, tapi, adakah wuduk kita terbatal dengan sebab sentuhan itu? minta penjelasan dan hujah berkaitan. syukran..

Jawapan

Dalam persoalan ini, wudhu’ kawan anda tersebut adalah tidak terbatal. Ini adalah disebabkan menyentuh anjing bukan daripada perkara yang termasuk di dalam perkara yang membatalkan wudhu;.
Walaupun wudhu’nya tidak terbatal, namun dia perlu melakukan sertu terlebih dahulu anggota badannya yang telah bersentuhan dengan haiwan tersebut sebelum bersolat. Jika tidak, solatnya adalah tidak sah kerana terdapatnya najis pada tubuhnya. Wallahu 'alam.

Saturday, October 13, 2012

Wuduk Menggunakan Air Salji

Soalan

Salam ustaz...saya nak tanya, bila saya berada ditempat yg dipenuhi salji dan untuk mencari air sangat sukar, bagaimana caranya untuk saya mengambil wuduk?..Bolehkan salji itu saya gunakan sebagai tayammum?

Jawapan

Wassalam,
Air salji adalah tergolong di dalam kategori air mutlak dan ia bukan daripada jenis debu yang boleh dibuat tayamum.
Dari itu, air salji boleh digunakan untuk berwudhu’ sama seperti air mutlak yang lain. Wallahu 'alam.

Wednesday, September 5, 2012

Mandi Wajib Dan Wuduk

Soalan

assalmualaikum...adakah sah mandi wajib jika sebelum mandi sye berwuduk dan wuduk itu sye basuh kaki skali?terima kasih..

Jawapan

Ya sah mandi wajib cara begitu, tetapi berwudhuk itu ikut cara mandi rasulullah s,a,w bukannya wuduk utk solat (sebab tak sah wudhuk itu sblm selesai mandi hadas besar).

Monday, August 27, 2012

Terbatal Wudhuk

Soalan

adakah terkeluar air mazi terbatalnya wudhuk?

Jawapan

Dalam masalah ini, mengikut kaedah asal perkara-perkara yang membatalkan wudhu’, wudhu’ seseorang itu akan terbatal apabila terkeluarnya sesuatu daripada dua jalan (dubur dan qubul).
Oleh itu, oleh sebab air mazi keluar melalui jalan hadapan (qubul), maka ia akan membatalkan wudhu’nya. Wallahu 'alam.

Sunday, August 12, 2012

Hukum Mencium Jenazah Isteri Atau Suami

Soalan

apakah hukum mencium jenazah isteri atau suami?
adakah wuduk batal ataupun tidak?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum mencium jenazah isteri atau suami itu harus.Ia sekali-kali  tidak akan membatalkan wuduk si mati/jenazah.Ini kerana orang yang sudah mati tidak lagi dikenakan hukum fekah.Sebaliknya jika yang mencium jenazah itu orang hidup yang mempunyai wuduk, maka wuduk beliau yang akan terbatal.Wallahu a'lam.

Batalkah Wudhu,isteri Salam Suami Dgn Tangan Isteri Berlapik

Soalan

salam ustaz kemuskilan saya, sembahyang berjemaah dengan isteri,selesai sembahyang isteri salam tangan suami tangan isteri berlapik,cium tangan suami batalkah wudhu

Jawapan

Jika berlapik tidak batal whuduk.

Thursday, August 2, 2012

Permasalahan Dalam Wudhu'

Soalan

apabila sy menunaikn solat slps membuang air kecil,kebiasaannya akn terasa mcm keluar belon2 udara di kemaluan sy terutamanya ketika ruku' n sjud...tapi belon2 udara tu tak mcm angin kentut...adkh sah solat sy?mcm mna cara nk mengatasinya?

Jawapan

Perkara seumpama inilah yang Nabi nayatakan jika tidak dengar bunyi kentut dan tidak ada baunya maka jangan berhenti teruskan solat, dan solat itu dikira sah. Dibimbangi hanya mainan Syaitan sahaja.

Tuesday, July 31, 2012

Batasan Wuduk Diantara Keluarga Tiri

Soalan

Saya berancang untuk menikahi seorang janda yang mempunyai beberapa orang anak, lelaki dan perempuan. Soalan saya:
- apakah batal wuduk jika saya bersentuhan dengan anak perempuan isteri saya
- apakah batal wuduk jika anak lelaki saya bersentuhan dengan isteri saya
- apakah batal wuduk jika anak lelaki saya bersentuhan dengan anak perempuan isteri saya
- apakah batal wuduk jika anak perempuan saya bersentuhan dengan anak lelaki isteri saya

Jawapan

dalam masalah ini:
-           wudhu’ anda tidak terbatal jika bersentuhan dengan anak perempuan isteri anda dengan syarat anda telah bersetubuh dengan isteri anda (ibunya).

- Wudhu’ anak lelaki anda tidak terbatal dengan syarat anda telah melakukan persetubuhan dengan isteri anda.

- Wudhu’ anak lelaki anda tidak terbatal jika bersentuhan dengan anak perempuan isteri anda kerana hubungan mereka sudah menjadi adik-beradik (adik-beradik tiri).

- Wudhu’ anak perempuan anda Tidak terbatal jika bersentuhan dengan anak lelaki isteri anda kerana mereka telah menjadi adik-beradik tiri.

Ringkasnya, dalam keempat-empat kes di atas, semuanya dengan syarat anda dan isteri anda (janda tersebut) telah melakukan persetubuhan. Jika anda dan isteri masih belum melakukan persetubuhan lagi, ini bermakna hubungan anda dengan anak-anak janda tersebut dan juga hubungan anak-anak anda dengan janda yang anda kahwini masih seperti hubungan bukan mahram. Ini bermakna akan terbatallah wudhu’ mereka apabila bersentuhan kulit di antara mereka. Wallahu 'alam.