Struktur Ekonomi Negara

Struktur Ekonomi Negara Struktur ekonomi sesebuah negara boleh dimaksudkan sebagai peringkat-peringkat pengeluaran yang terdiri daripada beberapa sektor yang berdasarkan aktiviti-aktiviti di dalamnya.
Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.
Sektor UtamaMelibatkan aktiviti peringkat awal dalam proses pengeluaran. Pengeluaran bahan mentah yang terdiri daripada aktiviti pertanian dan hasil bumi merupakan aktiviti sektor ini. Terdiri daripada beberapa sektor iaitu sektor pertanian, sektor perhutanan, sektor perikanan, sektor penternakan serta sektor perlombongan dan kuari. Sektor KeduaMerupakan tahap kedua dalam proses pengeluaran iaitu aktiviti pemprosesan bahan mentah menjadi barang siap atau separuh siap. Terdiri daripada sektor perkilangan dan sektor pembinaan. Sektor KetigaDikenali sebagai sektor perkhidmatan yang melibatkan aktiviti yang mengeluarkan perkhidmatan. Sektor ketiga terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu perkhidmatan pengeluaran, perkhidmatan awam dan perkhidmatan lain.


Masalah Pergantungan Ekonomi Kepada Sektor Utama1. Ketidakstabilan harga komoditiharga komoditi utama yang sering mengalami perubahan disebabkan permintaan dan penawaran yang tidak anjal. ekonomi negara terdedah kepada risiko ini sekiranya terlalu bergantung kepada sektor ini. jika harga komoditi menurun, kesannya kepada pembangunan dan pendapatan negara berkurang menyebabkan peluang pekerjaan pendapatan penduduk terjejas. 2. Peluang pekerjaan terjejaspeluang pekerjaan akan terjejas kerana sektor pertanian yang tidak berupaya menyerap guna tenaga yang banyak. pekerja boleh diberhentikan akibat ketidakstabilan harga komoditi. 3. Kehausan dan kepupusan sumberkehausan dan kepupusan sumber asli negara menjadi masalah besar apabila negara terlalu bergantung kepada sektor utama. 4. Merugikan imbangan daganganjumlah eksport komoditi utama kurang daripada jumlah nilai import banyak merugikan imbangan dagangan negara. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perubahan Struktur Ekonomi Negara Malaysia1. Langkah mempelbagaikan ekonomi2. Kehausan sumber-sumber asli negara3. Galakan industri penggantian import4. Peningkatan dalam pendapatan & taraf hidup pendudukKesan Perubahan Struktur Ekonomi Negara Malaysia1. Pelaburan Asingpelaburan asing meningkat, sektor perkilangan semakin berkembang, sektor perkhidmatan semakin meningkat, pendapatan negara meningkat dan taraf hidup rakyat juga meningkat. 2. Perkembangan Sektor Perkilanganindustri elektronik dan tekstil merupakan industri utama dalam sektor perkilangan. hasil perkembangannya telah banyak membuka peluang pekerjaan. 3. Perkembangan Sektor Perkhidmatanpeningkatan yang tinggi terhadap perkhidmatan perhubungan, kewangan dan pentadbiran adalah disebabkan oleh peningkatan pendapatan dan taraf hidup penduduk. 4. Peluang Pekerjaanperubahan struktur ekonomi kepada sektor kedua dan ketiga telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan. 5. Pendapatan Negarapeningkatan pendapatan negara banyak disumbangkan melalui sektor kedua dan ketiga serta penurunan import barangan pengguna melalui industri penggantian import. 6. Taraf Hidupbanyak peluang pekerjaan diwujudkan disamping upah yang menarik telah meningkatkan kuasa beli pengguna dan taraf hidup yang lebih baik.
Published: 2011-11-02 Hit: 42 Laman Asal
Jaminan Sosial Kajian Ekonomi Islam
1.0 PendahuluanPenggunaan merupakan salah satu daripada faktor kepada jaminan sosial yang lahir dari cabang ekonomi. Dalam erti kata lain, ekonomi yang stabil mampu menjamin kesejahteraan dan me .. ..
Isu Alam Sekitar teknologi Hijau Pemacu Pertumbuhan Ekonomi Pembanguna
Oleh Dr Zaini UjangWARNA hijau mempunyai konotasi politik tersendiri dalam konteks Malaysia. Itulah sebabnya ketika melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) pada 24 Julai tahun la .. ..
Kemelut Ekonomi Dan Politik Kerajaan Bertanggungjawab
Masalah ekonomi dan politik Negara berada dalam situasi yang semakin membimbangkan. Indeks Komposit di BSKL berada di bawah paras 1000 mata. Kedudukan terendah selepas negara mengalami kegawatan ek .. ..
Kisah Rasulullah Membangun Sistem Ekonomi Islam
Sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah, pasar dan sistem perdagangan di kota itu dikuasai dan dimonopoli sepenuhnya oleh orang–orang Yahudi. Maju mundurnya masyarakat Madinah saat itu secara tidak .. ..