Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 5 Mac 2008

KAKITANGAN AWAM SELURUH NEGARA JANGAN TAKUT UNDI BA

Oleh UMNO-Pencen

"Antara sebab yang menjadikan BN terlalu angkuh dengan keyakinan bahawa mereka akan terus memerintah negara adalah kerana percaya sebahagian besar anggota perkhidmatan awam dari semua kementerian akan terus memberi sokongan dan memangkah BN dalam pilihanraya umum ke-12 ini.

Saya tahu bahawa sejak dari hari pembubaran Parlimen 13 Februari lalu, kakitangan-kakitangan awam di seluruh negara terutamanya di Negeri Kelantan telah dikerah, dipaksa dan diugut untuk menghadiri Kursus Kenegaraan. Mereka yang tidak hadir diugut akan dikenakan tindakan yang keras.

Kursus kenegaraan yang sepatutnya menjana sifat keperibadian anggota khidmat awam yang cemerlang, berketerampilan dan sedia berkhidmat untuk kepentingan negara & rakyat telah disalahgunakan oleh BN dengan cara memanipulasikan kandungan ceramah dimana hampir keseluruhannya bermotifkan untuk mengugut kakitangan-kakitangan awam bahawa mereka tidak mempunyai plihan lain selain dari memangkah BN pada pilihanraya umum ke-12 8 Mac ini.

Fakta pertama yang diselewengkan dalam kandungan ceramah-ceramah kenegaraan ialah menyamakan kumpulan Al-Maunah dengan PAS. Menyatakan bahawa Al-Maunah adalah PAS dan PAS adalah Al-Maunah. Mereka menyatakan bahawa PAS termasuklah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bersama anaknya Nik Adli adalah pengganas yang cuba menghancurkan Malaysia. Anak TGNK kononnya sedang berkomplot dengan pihak pengganas antarabangsa untuk meghancurkan negara.


Kemudian ditunjukkan pula gambar-gambar DSAI sewaktu masih menjadi Menteri Kewangan dan TPM yang menjalankan urusan di luar negara bersama pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat kononnya sedang berbincang mengenai strategi untuk menyerang Malaysia. Dituduh dan difitnah juga bahawa isteri DSAI, Wan Azizah adalah rakyat Malaysia yang menderhaka kerana menyokong Al-Gore mengajak rakyat Malaysia berdemonstari di jalanan.

Para peserta kursus telah diugut jika mereka mengundi calon BA pada pilihan raya umum ini nanti negara Malaysia akan menjadi padang jarak padang terkukur seperti di Somalia, Afrika dan Afganistan dimana rakyatnya tidak dapat makan. Huruhara akan tercetus seperti di Indonesia dan ekonomi Malaysia akan runtuh.

Jika PAS memerintah negara, ditegaskan dengan tanpa segan silu dan malu-malu bahawa dengan serta-merta Amerika akan terus datang menyerang Malaysia.

Saya yang celik dalam hal ini ingin menyeru kepada semua kakitangan awam di Malaysia jangan takut dengan ancaman-ancaman dan ugutan-ugutan palsu yang dinyatakan itu. Semuanya adalah fitnah demi kepentingan BN yang kini telah tersesak sesudah menyedari bahawa sokongan rakyat makin pudar. Kita semua perlu sedar yang berada di atas kepada pemerintah hari ini adalah golongan-golongan penghisap darah rakyat dan pemusnah demokrasi negara.

Apakah kita cepat lupa dengan siri pembohongan-pembohongan Pak Lah sebagai PM yang sejak akhir-akhir ini seolah-olah menipu itu satu hobi baginya. Sejak dari pembentangan Bajet 2008 mengenai yuran sekolah, pemberian bonus kakitangan awam, penguasaan syarikat-syarikat gergasi negara oleh anak-beranak, penajaan Islam Hadhari dan juga pembohongan mengenai tarikh pembubaran parlimen adalah merupakan siri-siri keangkuhan BN atas kelemahan rakyat yang takut untuk 'menyahkan' BN dari kerusi pemerintahan.

Anda adalah bebas sebebas-bebasnya unrtuk mengundi calon dan parti mana yang anda sukai. Kalau kerajaan lalu yang memerintah selama ini telah banyak melakukan kezaliman, kemungkaran, penipuan dan penindasan kepada rakyat, anda semua kakitangan awam berhak dan tidak perlu takut untuk memangkah calon BA dalam PRU-12 ini nanti. JIka kita semua memberikan undi kepada BA dan BN tidak lagi dapat menjadi kerajaan apakah yang boleh mereka lakukan kepada kita.


Ingatlah, jangan biarkan peristiwa lama menimpa diri anda. Sudah lupakan kita kepada jenayah yang semakin hari semakin menjadi-jadi dek kerana karenah kerajaan. Tidak dapatkah kita bayangkan bagaimanakah penderitaan adik NURIN JAZLIN disaat-saat akhir hidupnya yang tidak dapat diselamatkan oleh pentadbiran Kerajaan BN yang kononnya berkempen tentang negara Selamat, AMAN dan Makmur. Bagaimana pula halnya dan nasib si malang adik Sharlinie. Apakah kita mahu nasib dan keselamatan anak-anak kita dimasa depan nanti terus terancam dan terdedah dengan jenayah kematian akibat peningkatan menakutkan keganasan di bawah pemerintahan BN.

Tidak tersebut lagi tentang kemalangan ngeri di jalanraya hampir setiap waktu dan saban hari. Bukan sahaja di darat malah juga di udara, lupakah kita tentang nahas NURI ke-18 yang mengorbankan nyama 6 anggota TUDM. Bagaimana pula dengan kematian pelatih-pelatih TUDM semata-mata untuk menjayakan sambutan LIMA di Langkawi. Tidak disebut lagi bebanan ekonomi yang kian menghimpit hidup rakyat terbanyak dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang melambung tinggi.

Jadi, fikir-fikirkanlah. Jangan takut untuk menggunakan peluang keemasan ini untuk memberikan undi anda kepada BA. Percayalah di sana nanti anda akan melihat matahari akan tersenyum apabila bumi Malaysia ini diperintah oleh pemimpin-pemimpin bersih yang setiap masa berusaha menjadikan tanah tercinta ini sebagai tempat yang layak untuk dihuni

Tiada ulasan: