Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 31 Ogos 2012

Lautan Manusia Banjiri Himpunan Janji Demokrasi

Walaupun diisytiharkan haram dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meramalkan tidak ramai yang datang, lautan orang ramai berpakaian kuning membanjiri Dataran Merdeka malam tadi untuk menyertai perhimpunan 'Janji Demokrasi'.Walaupun Dataran Merdeka sendiri telah ditutup untuk persiapan bagi perarakan Hari Kebangsaan pagi ini, namun ruang 280 meter dari kawasan yang ditutup ke dataran di luar ibupejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dibanjiri mereka yang ramai memakai baju kuning.Malah bintang perhimpunan itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, mengaku beliau sendiri tidak dapat menganggar jumlah orang ramai yang hadir dan mengisytiharkan 'Janji Demokrasi' sebagai berjaya.

Malaysiakini menganggarkan 10,000 orang ramai berbaju kuning hadir, selain kira-kira 5,000 pengunjung ambang Merdeka, yang kebanyakannya berada mengadap kawasan yang ditutup polis.Manakala Bernama pula menganggarkan gabungan orang ramai sekitar 6,000 dan tidak ada hitungan menjelang saat merdeka di tempat tersebut sepertimana tahun-tahun sebelumnya.Perhimpunan tersebut, yang dianjurkan oleh Gabungan Janji, yang merupakan gabungan kira-kira 47 NGO, bertujuan untuk 'mengingatkan' kerajaan tentang janji-janji yang tidak ditunai terhadap tuntutan BERSIH untuk pilihanraya yang bersih dan adil.Namanya itu sebagai satu ingatan selaras dengan tema sambutan rasmi sambutan hari Kebangsaan, iaitu 'Janji Ditepati'.

Sebelum itu, ahli jawatankuasa kerja Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah menerima surat dari pihak polis, hanya lapan jam sebelum perhimpunan jam 11 malam itu, memaklumkan kepadanya bahawa ia menyalahi undang-undang, tetapi beliau tidak beralah.Menjelang jam 9 malam, orang ramai mula menuju ke Dataran Merdeka, tetapi mendapati medan bersejarah itu dan jalan-jalan berdekatan telah ditutup, dengan papan tanda yang berbunyi, "kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti", atas perintah Datuk Bandar Kuala Lumpur.Ketua Polis Dang wangi, ACP Zainuddin Ahmad bersama 205 anggota polis berada di situ untuk menguatkuasa perintah tersebut.

Apapun, orang ramai di kedua-dua belah hujung kawasan yang ditutup polis itu semakin ramai, dengan penyokong Janji Demokrasi bertumpu di di sekitar persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak.

Janji Bersih Di Melaka







Sedarkah Kita 54 Tahun Ditipu ?


Klik untuk paparan lebih jelas 

Futsal Harakah 2012


Tarikh : 22 September 2012 
Tempat : Ampang Sport Planet 
Yuran Penyertaan : RM 150 / Pasukan 

Sumber : Dacs Jasin 

Riang Ria Semarak Hijau Ke Putrajaya


Jom kita turun ke Ayer Hitam Johor ...

Ucapan Dari POSLAJU

POSLAJU adalah Syarikat courier terbaik di Malaysia. Ucapan aidilfitri dan kemerdekaan daripada POSLAJU.


Lagu Janji Di Capati Sempena Merdeka 55

Kunjungan Ke Malaysia Dalam Masa Terdekat


Surat Khabar FJP :Dr Muhammad Mursi akan mengadakan ziarah ke Malaysia dalam masa terdekat.

Lawatan Dr. Mursi Disambut Meriah


Dr Mursi dalam lawatannya ke China diberi penghormatan mengadap barisan tentera seragam. Hasil lawatan tersebut antaranya :
 1) Hadiah 300 kereta polis untuk keselamatan Mesir.
2) Hadiah kewangan sebanyak 70 juta Dollar.
3) Tandatangan Kerjasama 7 perkara penting; Ekonomi, Infrastruktur, Elektrik, Pertanian, Alam sekitar, Komunikasi, dan Pelancongan.

 Penganalisis politik melihat kerjasama Mesir China adalah sesuatu yang pasti menggusarkan kuasa besar seperti Amerika dan Israel.

Ucaptama Dr. Mursi Di Persidangan NAM di Tehran

Dr Muhammad Mursi dalam ucapannya di Persidangan Pergerakan Negara Berkecuali di Iran :


 1) Darah rakyat Syria di atas leher kita semua dan kerajaan yang ada di sana kini bukanlah kerajaan yang diterima dan diiktiraf oleh rakyat mereka. Kami (Mesir) bersama rakyat Syria menuntut hak kebebasan daripada kerajaan yang menindas. 

 2) Negara berkecuali perlu mengelakkan daripada membangunkan senjata nuklear. 

 3) Mesir yang baru akan membantu dan bekerjasama dalam membina kerjasama antara negara berkecuali untuk merealisasikan keamanan. 

 4) Menjadi kewajipan kepada Mesir untuk membantu negara Palestin membina negaranya yang berdaulat 

 5) Menjadi kewajipan kepada kita membantu negara Palestin dan Syria melawan kekejaman dan tekanan yang dikenakan ke atas rakyatnya. 

 Tahukah anda ? -Ini merupakan kali pertama Presiden Mesir ke Iran selepas beberapa tahun lamanya. 
 - Hadir sama dalam persidangan ini wakil dari Malaysia. 
- Mursi memulakan ucapannya dengan pujian kepada Allah kemudian selawat dan salam kepada Nabi SAW kemudian Dr Mursi mendoakan kepada sahabat Khulafa Rashidin Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, dan Saidina Ali untuk Keredhaan Allah. =)
 - Wakil Syria terus beredar meninggalkan sidang selepas Dr Mursi memulakan topik kekejaman di Syria dengan panjang lebar.
 - Iran merupakan penyokong kuat Presiden Syria Regim Basyar Asa'd. 

 Sumber Al-Jazeera

Sambutan Merdeka Di Selangor Meriah

Sambutan hari kemerdekaan ke-55 tahun peringkat Negeri Selangor meriah apabila lebih dua ribu rakyat negeri ini membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi.Sambutan yang bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa telah dapat memenuhi semangat perpaduan serta keharmonian apabila pelbagai kaum tanpa mengira agama serta umur hadir untuk menyambut ambang kemerdekaan.

Dalam masa yang sama sambutan itu juga telah dimeriahkan dengan perbarisan 53 kumpulan dan 7 kumpulan pancaragam dari sekolah-sekolah di Selangor.Manakala barisan kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri daripada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri juga turut hadir memeriahkan sambutan tersebut.

Selain itu juga keseluruhan barisan exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) juga hadir termasuk kakitangan kerajaan yang lain.Sambutan yang bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan disusuli dengan perbarisan serta persembahan tarian tradisional sebelum ucapan daripada pemimpin utama negeri dan Pakatan Rakyat.Tepat jam 12 malam, Menteri Besar Selangor telah melaungkan 'merdeka' sebanyak tujuh kali disertai dengan percikan bunga api di ruang udara bandar Shah Alam.Sementara itu, kontijen dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinobatkan sebagai johan pada acara perbarisan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500.MBPJ mengenakan seragam pasukan keselamatan pada waktu zaman pemerintahan Inggeris itu telah menarik minat mereka yang hadir kerana berjaya mengembalikkan nostalgia pasukan keselamatan sewaktu zaman menuntut kemerdekaan.

Merdeka-Royalti Gegarkan Kota Bahru Malam Tadi

Buat pertama kali sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi mencatat satu sejarah yang sukar dilupakan khususnya oleh generasi muda.Ini kerana dalam suasana penuh bersemangat, kira-kira lebih 1,000 orang pengunjung khususnya anak muda 'menggegarkan' dataran stadium itu dengan laungan "Merdeka – Royalti", mengisi upacara sambutan Ambang Merdeka 31 Ogos.

Tepat detik '12.00 tengah malam', Gabungan Profesional Menuntut Royalti (Royalti) yang rata-rata disertai anak muda berbaju merah "R" melaungkan "Merdeka" dan serentak itu pula disambut dengan laungan "Royalti" oleh kalangan mereka, berulang kali.Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) Nazri Deraman berkata semua tuntutan royalti petroleum Kelantan bermula pada 19 Mei 1975, 37 tahun lalu, namun sehingga kini masih dinafikan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti itu oleh Kerajaan Persekutuan khususnya Petronas.

"Bermula daripada 2005, hak kita (royalti petroleum Kelantan) kini telah tertunggak lebih RM7 bilion."37 tahun sesungguhnya satu tempoh terlalu lama. Mungkin 'adik-adik' pada masa itu kini telah berusia, manakala 'ibu bapa' masa itu kini ada yang telah meninggal dunia tanpa sempat menyaksikan kejayaan tuntutan perjuangan mereka."Detik 31 Ogos tahun ini mungkin terakhir kepada rakyat Kelantan tanpa menerima haknya dan selepas 31 Ogos tahun ini, insya Allah tuntutan petroleum ini berjaya," katanya.Dengan ucapan penuh bersemangat, Nazri menambah pihaknya percaya tuntutan "R" sehingga kini amat berkesan dan jua telah "didengari Najib" dan kepimpinan Pusat.

"Berdoalah, nescaya Allah swt akan memakbulkan, insya Allah," ujar Nazri.Program sambutan Ambang Merdeka berakhir kira-kira 12.30 tengah malam dengan perarakan penuh bersemangat serta laungan "Merdeka-Royalti" sepanjang jalan oleh gerombolan anak muda bermotorsikal.Perarakan "tuntutan Merdeka-Royalti" itu diakhiri dengan doa diketuai Ustaz Mohamad Mustafa setelah kumpulan anak muda yang membawa sepanduk berslogankan tuntutan hak petroleum rakyat Kelantan tiba di Bulatan Jam Besar (Bulatan Tuan Padang) sejauh satu kilometer dari Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.Program turut diisi dengan ucapan bersemangat oleh wakil masyarakat pelbagai kaum termasuk Melayu dan Cina selain diserikan dengan persembahan deklamasi puisi, dikir barat dan kuiz. Turut diadakan kempen mengumpul sejuta tandatangan rakyat menuntut royalti petroleum.

Khamis, 30 Ogos 2012

Janji Demokrasi Di Melaka




Kuning tetap di KL walau Dataran Merdeka ditutup – Gabungan Janji

Gabungan Janji menasihatkan peserta Himpunan Janji Demokrasi berkumpul di mana-mana sahaja di sekitar ibu kota dengan memakai baju kuning jika Dataran Merdeka ditutup pada malam ini. Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais mengingatkan orang ramai tidak perlu mencetuskan kekecohan, sebaliknya berhimpun secara aman sambil menghayati sambutan kemerdekaan ke-55. 

“Kami baru sahaja menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang memaklumkan perhimpunan ini tidak mendapat kebenaran polis. Kita juga menjangkakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup Dataran Merdeka kepada peserta Janji Demokrasi. “Jika ia ditutup, kita sudah putuskan supaya orang ramai boleh berada di mana-mana sahaja berhampiran Dataran Merdeka atau sekitar Kuala Lumpur (KL) dengan memakai baju kuning untuk menyambut ambang Merdeka pada malam ini. “Orang ramai tak perlu buat kacau, jangan bawa sepanduk atau apa-apa slogan. Pakai sahaja baju kuning kerana ia sudah memadai untuk kita merayakan Hari Merdeka. Datanglah beramai-ramai dengan membawa keluarga serta makanan untuk kita bersantai,” katanya ketika dihubungi. 

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi megeluarkan surat pada jam 3.00 petang tadi menyatakan Himpunan Janji Demokrasi yang akan diadakan pada 11.00 malam ini menyalahai undang-undang. Polis mendakwa penganjur tidak mendapatkan kebenaran di bawah Seksyen 9 (1), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736). Polis juga mendakwa penganjur tidak mendapat kebenaran daripada pemilik Dataran Merdeka iaitu DBKL serta perhimpunan itu dikatakan akan menggangu persiapan untuk menyambut acara perbarisan Hari Kemerdekaan. Mengulas perkara itu, Hishamuddin berkata, Himpunan Janji Demokrasi tidak akan menyebabkan huru-hara melainkan jika ada pihak sengaja mencetuskan provokasi.

 “Kita cuma merayakan (ambang kemerdekaan) bersama-rakyat rakyat, cuma bezanya kita berpakaian kuning,” tegasnya. Beliau berkata, tinjauan dilakukan pihaknya mendapati keadaan di ibu kota masih ‘terkawal’, dan tiada sekatan jalan raya oleh polis. Himpunan Janji Demokrasi dianjurkan oleh Gabungan Janji yang dianggotai 49 NGO, antaranya Empower, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Warga Aman dan Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan Asalkan Bukan Umno (Abu). Short URL: http://www.keadilandaily.com

Janji Demokrasi tetap dirayakan, berhimpunlah di mana jua

Gabungan Janji akan tetap merayakan sambutan ambang merdeka ‘Janji Demokrasi’ malam ini meskipun tidak berhimpun di Dataran Merdeka seperti perancangan asal. Jurucakapnya, Hishammuddin Rais berkata, Gabungan Janji tetap menyeru rakyat turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur dengan memakai pakaian kuning dan menyambut detik 12 tengah malam di mana-mana sahaja. “Apa yang penting, Gabungan Janji mengajak seluruh rakyat beramai-ramai ke Kuala Lumpur, pakai baju kuning, keluar untuk bersantai, bukan untuk membuat kacau. Tak boleh masuk Dataran Merdeka, beradalah di kawasan sekitar. 

“Jadi berkumpullah di mana-mana yang sempat untuk kita menyambut merdeka,” kata beliau ketika dihubungi HarakahDaily hari ini. Polis hari ini menyerahkan surat rasmi kepada anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah memberitahu perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ di Dataran Merdeka malam ini menyalahi undang-undang negara. Alasan yang diberikan polis kepada penganjur adalah kerana gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi. 

Selain itu, pihak polis juga membertahu, Gabungan Janji gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos. Justeru Hishamuddin berkata, dalam mesyuaratnya malam tadi, plan alternatif telah ditetapkan jika perhimpunan tidak dibenarkan. Namun katanya, bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan tetap diteruskan walaupun tiada tempat yang spesifik. “Kita tetapkan juga pembacaann puisi oleh Pak Samad tapi bergantung kepada beliaulah nak baca di mana. Kalau dalam LRT, dalam LRT lah bacaan puisi itu,” katanya. 

Situasi Terkini Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 55







Beruntung besarlah para peniaga yang berniaga pada malam ini







Janji Demokrasi Di Melaka


Himpunan Janji Demokrasi 
Tarikh : 30 Ogos 2012
Masa ; 10.00 Malam 
Tempat : Menara Jam Rumah Merah Melaka 

Jom Kita Ramaikan !!!!!!!

Najib Terlambat, Ucap Esok.. Anwar Ucap Kemerdekaan Malam Ini

Kurang enam jam menjelang detik 12 tengah malam, sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bakal berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan orang ramai bakal menyaksikan kemuncak acaranya iaitu pertunjukan bunga api selama tujuh minit.Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, sebelum itu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu patriotik dan persembahan band daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). "Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan persembahan kebudayaan dan kesenian dibawakan oleh Perbadanan Adat-adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) bagi menyerikan majlis bermula jam 8.30 malam ini.“Turut mengambil bahagian dalam perbarisan bersejarah ini termasuklah kakitangan agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. 

Tambah beliau, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi ucapan kemerdekaan pada pukul 10 malam manakala Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berucap menjelang detik 12 malam nanti.“Menariknya, tema kemerdekaan yang digunakan berbeza dengan kerajaan pusat. "Kami akan menyambut kemerdekaan menggunakan tema yang berbeza iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa iaitu tema Pakatan Rakyat (PR) bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara di peringkat negeri,” katanya lagi.Menurutnya lagi, laluan jalan raya di Persiaran Damai, Persiaran Bandaraya ditutup kepada kenderaan bagi memudahkan majlis malam ini dan kawalan lintas dibuat oleh penguasa MBSA sendiri. 

Sementara itu, di Kuala Lumpur turut menjadi tumpuan bagi merayakan sambutan ambang kemerdekaan malam ini.Antaranya Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang bakal memukau orang ramai yang hadir dengan pertunjukan KLCC Lake Symphony Fountain. Malah malam ini beberapa persembahan daripada artis-artis tempatan turut akan memeriahkan acara yang dijadualkan pada jam 9 malam ini.Acara kemuncak yang dinanti iaitu pertunjukan bunga api bakal berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas. Sambutan itu akan dijalankan di Esplanade, KLCC Park.Esok, lokasi bersejarah Dataran Merdeka di ibu negara akan menjadi tumpuan perbarisan manakala Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil.~Addin

Dataran Merdeka Yang Tidak Merdeka

Penyelaras serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim mengatakan bahawa seluruh jalan menuju Dataran Merdeka kini sudah dikepung polis! Beliau yang memberitahu perkara tersebut menerusi laman sosial Twitter berkata, laluan masuk dari Masjid Negara menuju dataran tersebut sudah ditutup dan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja. Haris juga memberitahu kehadiran anggota polis diperhatikan lebih ramai daripada biasa, petanda jelas bahawa sekali lagi polis diperalatkan pemimpin Umno-APCO untuk menghalang sambutan 'Janji Demokrasi' yang dijadualkan jam 11 malam nanti. 

Sementara iru, jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan “Janji Demokrasi” akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka. Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning. “Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown,” katanya lagi. “Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.” Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka.



Sementara itu, menurut pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong, berkata, mereka tidak menerima apa-apa amaran dari pihak polis berkenaan acara mereka. “OCPD telah jumpa saya dua kali, dan kami menerangkan bahawa kami akan berarak di Jalan Sultan dan Jalan Petaling sahaja,” katanya. “Kita tidak akan berjalan hingga Dataran Merdeka. Dan kami akan bergerak secara berasingan (dengan Gabungan Bersih). “Pihak polis berkata mereka akan menghantar kira-kira 10-15 anggota polis untuk mengawal laluan trafik di sekitar Jalan Sultan agar tidak terganggu, dan kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memudahkan perarakan kami,” kata Stanley lagi. 


Yong, yang juga pengerusi dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), berkata, acara mereka akan bermula pada jam 8.00 malam di Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, sebelum mula berarak pada jam 8.30 malam, melalui Jalan Sultan dan Jalan Petaling sebelum berakhir di bekas perhentian bas Klang, yang kini merupakan tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni. Polis mengumumkan perhimpunan Janji Demokrasi malam ini bertentangan dengan undang-undang. Anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Zainuddin Ahmad, hari ini mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya. ~Greenboc

Abdul Khalid : Tawaran Penstrukturan Semula Air Diumum Dua Minggu Lagi, Air Percuma Diteruskan

 Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan tawaran penstrukturan semula air dalam tempoh dua minggu lagi. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan membentangkan cadangan serta kertas kerja penyusunan semula usaha pengambilalihan industri air di Selangor pada minggu kedua bulan September. "Saya akan umumkan tawaran-tawaran yang akan kita berikan kepada empat syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abass Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu. Sebelum ini, empat konsesi air diberi tawaran baru bernilai lebih RM10 bilion bagi membolehkan kerajaan negeri membuat penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri itu. 



 Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata pemberian air percuma di Selangor akan diteruskan kerana kerajaan negeri mempunyai kemampuan dari segi kewangan bagi tujuan tersebut. "Bagi mereka yang tinggal di pangsapuri dan masih menggunakan meter pukal kerajaan negeri tidak boleh membantu dalam isu pemberian air percuma. Itu tanggungjawab Syabas untuk tukar meter air pukal kepada meter persendirian bagi membolehkan semua rakyat Selangor menikmati bekalan air percuma," katanya. Abdul Khalid turut menjelaskan mereka yang mempunyai meter persendirian sejak 2008 akan menerima air percuma. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita sama ada kerajaan negeri akan membayar air percuma kepada penduduk yang tidak mendapat air percuma seperti didakwa Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS). Ketika ditanya sekiranya penduduk mengambil tindakan undang-undang, beliau ringkas menjawab 'silakan'. Malah beliau turut berkata bahawa manifesto Pakatan untuk memberi air percuma kepada rakyat Selangor bukanlah satu perjanjian.~FB PR Supporter

Warga Bangladesh : Terima Kasih .. Saya Pilih Malaysia

Di Negara kami, hidup terlalu susah dan sukar, makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya hanya sekadar saja tapi di Malaysia, kami rasa bertuah dan gembira sebab apa yang kami nikmati sekarang lebih daripada apa yang kami dapat di Negara kami bangladesh dan Pakistan. Hidup Disana Lebih susah dari di Malaysia. Kami berterima kasih sama PM kerana membenarkan kami menjadi Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap disini. Terima kasih juga kerana Janji Di Capati . Selamat Hari Merdeka , Kami Pilih Malaysia .. 

Janji Bersih : Perlu Permitkah ?

Penganjur perhimpunan "Janji Demokrasi" malam ini menafikan mereka melanggar Akta Perhimpunan Awam kerana rakyat Malaysia mempunyai hak untuk merayakan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan. Dalam kenyataan hari ini, penganjur juga berkata mereka menyambut kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim semalam yang mengalu-alukan mereka hadir ke Dataran Merdeka.

 "Bagaimanapun, Gabungan Janji (penganjur) gagal memahami kenapa ketua polis negara dan OCPD Dang Wangi menganggap Gabungan Janji telah melanggar Akta Perhimpunan Aman," kata mereka. "Kita yakin warga Malaysia berhak untuk berhimpun di ambang merdeka untuk merayakan merdeka tanpa memerlukan permit."


Isu WWW1 : Mahkamah Isytihar Nizar Menang Saman Malu

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman malu yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu. Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut. Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan beliau untuk memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya. Sementara itu, satu lagi samannya berhubung kes sama ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata Mohd Zamri lagi.


Rabu, 29 Ogos 2012

Malaysia Negara Selamat : Ragut Berparang di Kota Bahru

Ragut bersenjata parang. seorang perempuan Melayu hampir putus tangan ditetak tangannya oleh dua org peragut di jln sultanah zainab KELANTAN berhadapan kedai tudung TURSAB ... Beberapa minit lepas terjadi


Kelab UMNO hanya tambah beban Mahasiswa

"Tidak ada apa yang baru dan menghairankan. Sebenarnya Umno telah lama campur tangan secara langsung terutamanya setiap kali menjelang pilihanraya kampus," kata Ketua Pemuda Malaysia, Nasrudin Hassan.Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang akan menubuhkan Kelab Umno atau penyokong Umno di kampus IPT.

Katanya, telah didedahkan sebelum ini penglibatan menteri secara langsung mencatur strategi politik mahasiswa pro Umno (pro Aspirasi) dan melibatkan pihak Hal Ehwal Pelajar/mahasiswa kampus IPTA yang berfungsi sebagai suruhanjaya pilihan raya kampus.Bahkan, ujar beliau sebahagian daripada siri pertemuan ini diadakan di Menara Datuk Onn, PWTC, yang menempatkan Ibu Pejabat Umno Malaysia.

Terbaru, tambahnya Setiausaha Politik dan Pegawai Khas Perdana Menteri dikatakan diberi tanggungjawab untuk memenangkan Umno dalam pilihan raya kampus 2012. "Walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat berkaitan komplot ini, Umno hanya buat pekak badak seolah-olah mengiyakan apa yang didakwa," ujarnya dalam satu kenyataan.Pun begitu, katab Nasrudin golongan pro Aspirasi tetap gagal menawan kampus-kampus IPT perdana seperti UM, UKM, UIAM dan sebagainya.Katanya, ini membuktikan walaupun ditekan hebat oleh HEP dan Umno, golongan mahasiswa tetap menolak calon-calon tajaan Umno kerana muak dengan politik sempit parti itu.

Pihak Pemuda PAS, jelas beliau sejak awal telah berpandangan bahawa mahasiswa dan dunia academia perlu diberi ruang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan gerak kerja berasaskan kepada tuntutan ilmu dan kebebasan akademik (academic freedom) termasuk dalam aktiviti berpolitik."Selagi ruang yang luas dan segar tidak diwujudkan, Pemuda PAS melihat bahawa penubuhan Kelab Umno kampus adalah satu lagi kaedah menghukum mahasiswa yang tidak bersedia menjadi ahli dan penyokong Kelab Umno tersebut," ujarnya lagi.

Rakyat Luntur Semangat Merdeka

Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan sikap kerajaan BN menerapkan politik kepartian dalam sambutan Hari Kemerdekaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi punca lunturnya semangat rakyat menyambutnya.Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, hasil pemantauan pihaknya, rakyat seolah-olah tidak berminat mengibarkan jalur gemilang di seluruh negara walaupun negara kini telah 55 tahun merdeka."Kami merasakan hilangnya semangat mengibarkan jalur gemilang ini berikutan cara dan pendekatan Umno-BN yang menyebabkan rakyat mula sedar bahawa sambutan kemerdekaan negera ini seolah-olah menyampaikan mesej untuk BN terus memerintah negara sahaja.

"Bahkan dalam sejarah apabila tema sambutan kemerdekaan negara kali ini mengambil tema daripada Umno iaitu 'Janji Ditetapi'," katanya kepada Harakahdaily.Beliau juga tidak menolak kemungkinan sambutan 'suam' dari rakyat itu sebagai manifestasi kekecewaan mereka terhadap pemerintahan BN selama ini.Mengulas lanjut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu juga melihat banyak lagi kelemahan BN walaupun rakyat telah memberikan ruang memerintah sekian lama.

"Rakyat perlukan semangat baru untuk membina negara yang semangkin hari semangkin terhakis," katanya.Ujar beliau, tiupan semangat baru perlu diberikan kepada rakyat bagi membangunkan negara mengikut lanskap kemajuan dan keharmonian serta kebebasan daripada sistem penjajahan yang selama ini masih membelenggu rakyat tanpa disedari."Saya menyeru kepada rakyat khususnya orang muda agar kibarkan jalur gemilang demi menunjukkan semangat cintakan negara serta membuat satu perubahan penting bagi negara kita di masa hadapan dan untuk generasi yang akan datang demi negara tercinta," tegas beliau.

Selasa, 28 Ogos 2012

Bekas IGP bohong bila nafi kenal bos kongsi gelap'

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berbohong apabila menafikan pernah berhubung dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan semasa masih berkhidmat, kata bekas pegawai kanan polis. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, terdapat bukti dikumpulkan pasukannya, akuan bersumpah yang tidak dicabar dan pengakuan mahkamah membuktikan sebaliknya. 

 Tambahan pula, tambahnya, dalam perbicaraan dakwaan salah guna kuasa terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Musa diputuskan bukan saksi yang boleh dipercayai untuk memberi keterangan. "Musa saksi terakhir untuk memberikan keterangan dalam kes salah guna kuasa yang didakwa terhadap saya. "Hakim Supang Lian mendapati kenyataannya bertentangan dengan pengakuan tujuh pegawai polis bawahnya. Oleh itu, hakim menolak pengakuan Musa sebagai tidak boleh dipercayai," kata Ramli (kiri). 

 "Di sini, kita ada hakim junior yang mengeluarkan kenyataan itu terhadap IGP yang sedang berkhidmat. Ini memalukan pasukan polis," katanya ketika diwawancara Malaysiakini. Hakim berkata demikian pada tahun 2009 apabila membebas dan melepaskan Ramli tanpa memanggilnya untuk membuat pembelaan. Ramli dibersihkan daripada lima pertuduhan yang didakwanya direka-reka. Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini pada Mei lalu menafikan mengenali Goh yang juga dikenali sebagai Tengku Goh dan BK Tan - yang didakwa mendapat sokongan Musa ketika menjadi ketua polis Johor.~Mkini

Tun Musa: “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual

Tun Musa: “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.” Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. 


 Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama! Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato’ Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut? Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, “mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”. 


Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.” Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, “saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang”, sambil menunjuk ke arah diri saya, “dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!” Kami semua yang mendengarnya tergelak. “Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?” tanya saya. “Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!” kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, “I won’t tell you who I voted for in the last election”. Zaman berubah seperti juga manusia. WaLlahu 'Alam 

 KHALID SAMAD

Bila Masa Pulak Malaikat Buat Dosa ?


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat. Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat. “Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya. 

 Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan. “Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi.

Sementara itu ketika diminta mengulas kes anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mohd Isa, beliau enggan mengulas. Katanya, keputusan anggota Parlimen itu biar diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS. “Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, tak boleh saya,” ujarnya.

Inilah Makhluk Perosak Anak Johor Mesir


Gambar ini menunjukkan En.Maulan,Pegawai Khas Menteri Besar Johor telah hadir ke program Kelab UMNO Mesir.Bahkan status facebook En.Khairi Jalalluddin mengatakan En.Maulan sebagai Penasihat KUM (Johor).Apakah KUM ? Kelab UMNO Mesir atau lain-lain ? Minta penjelasan. Jika En.Maulan adalah salah seorang penggerak UMNO Mesir,maka En.Maulan akan menggerakkan gerak kerja UMNO.Dan gerak kerja UMNO mempunyai matlamat. Sedia maklum bahawa matlamat UMNO tidak sepertimana matlamat-matlamat yang terkandung dalam buku 'Ahdafuna Akhtar Qadayal Muslimin'. 

 Pihak Pegawai tidak meluluskan penggunaan dewan untuk program pendidikan,campak borang permohonan mahasiswa,arah kosongkan pejabat rasmi BKPJM,elak diri dari perbincangan,tidak serius dengan isu hisbah,rancang buat pintu sukahati,tidak menitik beratkan kebajikan anak-anak Johor seperti tidak membantu mangsa pecah rumah dan mangsa kemalangan.Adakah perkara-perkara ini diantara gerak kerja UMNO ?

Ahad, 26 Ogos 2012

Masej Kemerdekaan Buat Semua


Pro Perkauman : UMNO pencetusnya


Iqram Dinzly Bakal Sertai PAS

Ketika ini, ramai artis tempatan negara melakukan hijrah ke arah kebaikan tidak kiralah bagi artis lelaki mahu pun artis wanita.Turut tidak terlepas dari niat melakukan hijrah diri, pelakon lelaki, Iqram Dinzly yang mengakui semakin tenang selepas keputusan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Sudah menjadi topik hangat di kalangan peminat-peminat yang mengatakan barisan artis yang berhijrah ke jalan Allah S.W.T adalah kerana ingin menyertai parti politik, Iqram pula tidak mahu niat dan erti hijrah seseorang itu disalah ertikan. Bagi Iqram, dia kurang senang dengan dakwaan seperti itu dari segelintir pihak.Iqram dengan jelas menyatakan untuk mendalami ilmu agama Islam, banyak cara yang boleh dilakukan selain dengan menyertai parti politik.“Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.

“Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam,” kata Iqram yang dipetik dari portal Murai.com. Menceritakan saat hatinya terbuka untuk mendekati Tuhan dan agama, Iqram menyatakan semuanya bermula dari ajakan rakan-rakannya.Selepas menyertai rakan-rakannya dalam mencari ilmu dan hukum Islam, Iqram mengakui dirinya semakin tenang dan jelas menampakkan perubahan diri yang lebih positif.“Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya.

 "Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini.“Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh,” katanya. Iqram telah pun menyertai kumpulan Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas.Antara artis yang terlibat dalam penubuhan kumpulan Fitrah adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson yang telah melakukan penghijrahan diri baru-baru ini. ~addin77

Perhimpunan Janji Demokrasi


Perhimpunan Janji Demokrasi Sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan 55
Tarikh : 30 Ogos 2012 
Masa : 10 .00 Malam 
Tempat : Jam Besar  Rumah Merah, Jalan Kota, Melaka 

Pakaian : Warna kuning 

Sekitar Jamuan Hari Raya PAS Melaka