Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 26 Ogos 2014

Isu MAS : PAS Sambut Baik Perubahan MAS

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik saranan agar Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) membuat perubahan secara menyeluruh dalam perkhidmatannya dan bukan hanya tertumpu kepada menghentikan penjualan arak dan pakaian menutup aurat. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS melalui ahli parlimen mereka telah beberapa kali membangkitkan soal itu sebelum ini dan terbaru ketika insiden kehilangan pesawat MH370 sejak Mac lalu. "Perkara ini sudah lama kita ketengahkan, namum kerajaan hanya mengatakan ia akan dimaklumkan kepada pihak MAS.

Konvoi Jelajah Merdeka bergerak ke Selatan

KUALA LUMPUR: Konvoi Jelajah Kemerdekaan SeMalaysia hari ini memasuki fasa kedua apabila mula bergerak ke arah selatan, iaitu ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Pelepasan konvoi fasa kedua ini disempurnakan Pengarah Program Jelajah, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, di Masjid Putra, Putrajaya, pagi tadi. Konvoi ini turut membawa akhbar Harakah dengan sisipan Fikrah edisi Merdeka, untuk diedar di 'chek point' sepanjang laluan. Konvoi jelajah fasa kedua ini bergerak ke destinasi pertama di Seremban dan menemui Syeikh Zaki Syeikh Ahmad, yang merupakan anak kepada Almarhum Mufti Pertama Negeri Sembilan dan Malaysia, Allahyarham Syeikh Ahmad Syeikh Muhammah yang membacakan doa semasa Majlis Pengisytiharan Kemerdekaan 1957 oleh Tengku Abdul Rahman Al Haj di Kuala Lumpur. 

Sambutan Kemerdekaan Tiada Sambutan

BANDARAYA MELAKA - Kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan masih belum begitu dirasai oleh kebanyakan penduduk meskipun detik 31 Ogos hanya berbaki kira-kira seminggu sahaja lagi. Tinjauan Sinar Harian ke beberapa lokasi mendapati sambutan dalam kalangan premis peniaga awam agak dingin dengan hanya beberapa premis mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang tetapi kebanyakannya tidak mengendahkannya. Rata-rata di sekitar bandar raya Melaka dan lokasi lain terutama di kampung-kampung, jika diperhatikan sambutannya masih agak suram. Cuma kelihatan pejabat kerajaan, sekolah-sekolah, balai polis dan bangunan rasmi sahaja yang begitu giat menghiasi persekitaran mereka dengan Jalur Gemilang. Turut meluahkan kekesalan, penduduk, Mohd Taufik Khalil, 29, yang merasakan penerimaan masyarakat terhadap sambutan bulan kemerdekaan saban tahun semakin pudar.

Gaza Berdarah : Zionis Bedil Masjid Malaysia Di Gaza



SUNGAI PETANI - Tiga roket dilancarkan ke sebuah masjid yang menjadi lambang penyatuan rakyat Malaysia-Gaza dalam kejadian terbaharu yang berlaku lebih kurang jam 11.30 malam kelmarin (waktu tempatan). Laporan terbaharu diterima Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyebut masjid terbabit, Masjid Umar Abdul Aziz di Beit Hanoun menjadi sasaran terbaharu setelah 123 masjid dibedil rejim Zionis sejak 

JUAL BURGER BANTU PALESTIN

MERLIMAU - Sebanyak 200 burger dijual bagi tujuan mengutip dana membantu rakyat Palestin di Pasar Malam Merlimau. Penyelaras program, Jazlee Pit berkata, ini merupakan inisiatif yang pertama kali diadakan Perkasa Parlimen Jasin dan mendapat sambutan menggalakkan sehinggakan burger amal tersebut habis dijual dalam tempoh 20 minit. Menurutnya, secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penderitaan rakyat Palestin yang dianiaya

Selasa, 19 Ogos 2014

GAZA BERDARAH : PROPAGANDA YAHUDI KAITKAN MESIR

TEL AVIV - Tentera Israel menggunakan visual bandar Beni Suef di Mesir dan kemudiannya melabelkannya sebagai bandar Gaza untuk satu program khas. Laman web berita tempatan Walad El-Balad melaporkan, visual empat minit tersebar di Facebook itu dibuat oleh tentera Israel pada Julai lalu. "Visual asalnya berjudul The Street’s Anger in Beni Suef over Gaza’s Shelling and its Hopes to Solve the Crisis disadur oleh tentera Israel dan kemudiannya ditukarkan kepada What Happens Behind Public Bui," menurut laporan itu. 

 Program khas dibuat oleh tentera Israel itu turut memuatkan temu ramah penduduk yang yang kononnya adalah penduduk Gaza. Temu ramah itu kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Hebrew bahawa penduduk Gaza menyelar kekejaman kumpulan Hamas dan Briged al-Qassam. Memetik laporan Al Ahram, keseluruhan visual itu diberi kepada media Arab Avichay Adraee untuk disebarkan ke laman Facebook rasmi agensi berita berkenaan.

NAMA MUHAMMAD HARUM DI BRITAIN

LONDON - BRITAIN. Nama Muhammad menjadi nama paling popular untuk bayi lelaki di England dan Wales tahun lalu. Menurut hasil kajian yang dipetik daripada www.Breitbart.Com berkata , nama tersebut bagaimanapun tidak berada di tempat teratas senarai nama paling banyak digunakan kerana dieja dengan pelbagai cara berbeza. Nama berkenaan dieja Muhammad, Mohammed dan Mohammad yang apabila digabungkan, jumlahnya mencecah 7,445. Kajian itu sebaliknya menyenaraikan Oliver secara rasmi sebagai nama terpopular dengan 6,949.

Sukarelawan Indonesia Sambung Zuriat Gaza

Setelah sempat tertunda, akhirnya seorang sukarelawan Indonesia dari pesantren Al-Fatah yang tergabung dalam Medical Emergency Rescue Committee (MER-C) berhasil melangsungkan akad nikahnya pada Ahad (17/8) di Semenanjung Gaza, di masa perang masih berlangsung sejak awal Julai lalu. Muhammad Husein Aji Muslim meminang seorang muslimah yang berasal dari Khan Younis, selatan Gaza yang bernama Jinan Ar-Raqb (18) kurang dari sebulan sebelumnya, di mana pernikahan itu sempat tertunda menyusul perang yang masih berkecamuk di Gaza awal Ogos lalu, lapor Muslimdaily.net. 

MH 17: FASA AKHIR BAWA PULANG JENAZAH

THE HAGUE: Persiapan menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 kini memasuki fasa akhir, kira-kira 60 jam lagi sebelum 22 jenazah itu dihantar pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, untuk disempurna dan dilengkapkan sebelum diserah kepada waris keluarga. Ini kerana hanya tinggal beberapa jenazah sahaja lagi daripada jumlah tersebut yang masih perlu melalui proses pengurusan dan dokumentasi di Rumah Mayat Monuta, S-Gravanhage di sini. Ini termasuk upacara membakar mahupun solat jenazah yang akan dibuat ketua agama masing-masing yang telah dilantik dan semua proses ini dijangka diselesaikan pada Selasa atau selewat-lewatnya petang Rabu.

Isu Lebal Pejuang Kemerdekaan Pengganas : PAS Gesa Mohon Maaf

TEMERLOH: Kerajaan digesa memohon maaf kepada keluarga para pejuang kemerdekaan yang dilabel sebagai pengganas semasa menentang penjajah dahulu. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, para pejuang kemerdekaan itu yang dianggap sebagai menentang kerajaan adalah tidak betul kerana mereka berjuang untuk membebaskan negara ini daripada cengkaman penjajah. "Pejuang kemerdekaan dianggap penentang kerajaan, pengganas, itu tak betul.

Khamis, 14 Ogos 2014

GAZA BERDARAH : NEGARA KRISTIAN LEBIH TERKEHADAPAN ??

KETIKA ini, bumi Gaza masih bermandi darah. Ribuan rakyat awam telah terkorban akibat bedilan peluru negara haram Israel. Pada masa yang sama kita melihat hampir di seluruh dunia mengadakan tunjuk perasaan mengecam tindakan tentera zionis tersebut. Tidak kurang juga yang umat Islam mengadakan solat hajat dan sebagainya di samping pelbagai pihak mengadakan kutipan derma. Bahkan, kempen boikot produk Israel mula berjalan di sesetengah negara. Namun, tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang berani bertindak lebih daripada itu. Sehingga kini, hanya beberapa negara Kristian dari Amerika Latin seperti Chile, Bolivia, Nicaragua, dan Venezuela telah menghalau keluar duta Israel dari negara mereka dan memutuskan hubungan diplomatik. 

LAPORAN EBOLA DI MALAYSIA PALSU - KP KESIHATAN

KUALA LUMPUR: Laporan kononnya terdapat satu kes jangkitan Ebola di negara ini yang tersebar dalam laman sosial termasuk Facebook adalah tidak benar dan hanya khabar-khabar angin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya sehingga kini tiada sebarang kes kuarantin bagi penyakit itu dilakukan. Dr Noor Hisham menyelar tindakan menyebarkan khabar angin itu dan menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab. 

 "Risiko penularan Ebola ke Malaysia amat rendah. Jangan sebar berita palsu," katanya menerusi akaun Twitter. Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran mesej serta gambar seorang kanak-kanak yang dikatakan mengalami gelembung air pada bahagian kaki dipercayai akibat jangkitan awal Ebola. Penyakit Ebola merupakan penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan primat seperti monyet. Sejak mula dikesan di tiga negara Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea pada Mac lalu, Ebola telahpun mengakibatkan lebih 1,000 kematian. - Bernama

ISU GAZZAH : MALAYSIA PERLU BERSUARA DALAM OIC

KUALA LUMPUR: Malaysia digesa vokal dalam Mesyuarat Menteri-menteri OIC berkenaan Gaza yang dijadualkan diadakan hari ini di Jeddah. Mesyuarat itu turut menyentuh isu-isu serta mencari penyelesaian sebenar kemelut lain; termasuk isu Syria, isu Boko Haram di Nigeria, dan juga isu pencabulan yang berlaku di Iraq pada masa ini. "Sekiranya OIC tetap menyepi, ini akan memberikan persepsi bahawa OIC seolah-olah tidak wujud di mata masyarakat dunia - malah merelakan kezaliman berterusan," ujarnya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

PROGRAM ALAM RIA PASTI KAWASAN JASIN DAN SAMBUTAN AIDIL FITRI DPPK JASIN




Rabu, 13 Ogos 2014

SURAT PANJANG UNTUK NIK AZIZ

 ZULKIFLI SULONG 

13 August 2014

Ke hadapan Tok Guru Nik Aziz yang disayangi. Apa khabar Tok Guru? Semoga Tok Guru sentiasa tabah dalam menghadapi penyakit yang dihidapi. Saya yakin, Tok Guru dikehendaki Allah untuk terus hidup bagi menjadi penyelamat kepada parti dan jemaah yang Tok Guru pimpin ini ketika ia sedang dilanda badai sekarang. Tok Guru, 30 tahun lalu iaitu pada 1983, saya menjejak kaki ke Pejabat PAS Kelantan untuk bertugas sepenuh masa dengan PAS. Ketika itu Tok Guru adalah pesuruhjaya PAS Kelantan. PAS keseorangan ketika itu Tok Guru. Tidak ada kerjasama dengan mana-mana pihak. 

Selasa, 12 Ogos 2014

Isu MB: Sejam Anwar jumpa TG Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berlangsung hampir sejam petang semalam. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut serta dalam pertemuan itu mengesahkan ianya berkait dengan isu Menteri Besar Selangor. "Pertemuan itu berlangsung lebih kurang satu jam. Ya kita bincang isu MB Selangor" katanya kepada Harakahdaily sambil menambah tidak boleh mendedahkan butir perbincangan tersebut.

 Selain tiga tokoh itu, dua lagi yang turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel di Kuala Ibai, Terengganu itu semalam adalah Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution. Menurut Mustafa, pertemuan ini adalah hasil keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini yang mahu pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan bagi mencari penyelesaian isu Menteri Besar Selangor ini. "DAP juga turut maklum dengan pertemuan ini," kata Mustafa lagi. Mustafa turut mengesahkan pertemuan serupa juga telah berlaku antara Tuan Guru Abdul Hadi dengan pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebelum daripada ini. Sementara itu, isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

KEJAYAAN ERDOGAN HARAPAN UMMAH

Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan, dari Parti Keadilan & Sejahtera (AK Party) di atas kemenangan beliau dalam pemilihan Presiden Turki dalam pusingan pertama setelah mendapat 52 peratus undi. Kemenangannya menjadikan beliau tanpa perlu melalui proses pusingan kedua kerana mendapat majoriti yang besar kali ini. Kemenangan ini juga membolehkan beliau berkhidmat untuk tempoh lima tahun lagi setelah menjadi Perdana Menteri di Turki sejak 10 tahun yang lalu. 

Isnin, 11 Ogos 2014

Jamuan Raya PAS Negeri Melaka 2014


 Jamuan Raya PAS Negeri Melaka, termasuk peringatan dan 
sumbangan terhadap Gaza
Mari langgan / subscribe

PAS UCAP TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ERDOGAN

KUALA LUMPUR: PAS mennucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang telah memenangi pilihan raya presiden Turki yang diumumkan semalam. Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata kemenangan Erdogan menjadikan Turki sebuah negara harapan umat untuk memimpin dunia Islam yang sedang berdepan tekanan kuasa barat ketika ini. "Tika negara Arab berantakan dan semakin lemah dan berpecah, Turki menjadi harapan umat untuk menggembalikan peranan Kekhalifahan yang telah ranap 90 tahun yang lalu, pada tahun 1924. 

"Akibatnya krisis umat berlarutan dari Palestin, Kashmir, Selatan Filipina, Selatan Thailand, Afghanistan, Chechnya, Iraq, Syria, Burma.," kata beliau kepada Harakahdaily. Menurut Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, harapan dunia Islam terhadap Turki sangat tinggi biarpun tahu Barat dan Zionis akan terus merancang untuk menghalangnya dengan memperalatkan tokoh ugama saperti Fethullah Gulen menghancurkan Turki dari dalam sebelum ini. 

Ahad, 10 Ogos 2014

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS MALAYSIA DALAM ISU MENTERI BESAR

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA PAS MALAYSIA DALAM ISU MENTERI BESAR

10hb Ogos 2014

Pemecatan Tan Sri Khalid Bin Ibrahim sebagai ahli PKR menyebabkan Menteri Besar Selangor bukan lagi ahli Pakatan Rakyat (PR). Pentadbiran kerajaan negeri dalam keadaan yang tidak stabil. Pemuda PAS sangat khuatir ruang ini akan dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka dengan mewujudkan kekacauan dalam Negeri Selangor agar Dewan Undangan Negeri dapat dibubarkan. Justru dicadangkan Jawatankuasa Krisis MB Selangor perlu diwujudkan segera oleh PR bagi menangani masalah yang akan berlaku.

GAZA BERDARAH : 400 RIBU KANAK-KANAK TRAUMA

GENEVA: Hampir 400,000 kanak-kanak di Gaza kini disahkan menghadapi trauma akibat serangan Zionis Israel yang telah membunuh ibu bapa, saudara dan rakan-rakan mereka sepanjang empat minggu serangan. Perkara itu disahkan Ketua Pejabat Lapangan Agensi kanak-kanak dan pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Gaza, Pernille Ironside. Menurut beliau, ramai dikalangan kanak-kanak mengalami kemurungan luar biasa dan usaha segera perlu dilakukan termasuk membina semula wilayah-wilayah kecil Palestin. "Bagaimana kita mahu ibu bapa dan penjaga kepada anak-anak mereka memberi semangat positif sedangkan mereka sendiri hampir tidak berfungsi sebagai manusia? "Rakyat telah kehilangan keseluruhan ahli keluarga mereka dalam serangan Zionis. "Bagaimana masyarakat boleh menangani ini? Ini adalah satu luka yang kesannya sangat mendalam," katanya pada sidang akhbar PBB di Geneva.

TSKI DIPECAT : Ahli PAS Di Ingat Jangan Melatah

KUALA LUMPUR: Para pemimpin dan ahli PAS diminta bersabar dan bertenang berhubung tindakan PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata para pendukung parti perlu menunggu arahan daripada pemimpin utama berhubung perkara itu. Beliau juga menyeru para pemimpin parti supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

Khamis, 7 Ogos 2014

Kenyataan Media Isu Selangor


Krisis dalaman Pakatan Rakyat(PR) rentetan isu penggantian Menteri Besar Selangor berada pada tahap membimbangkan. Kami dari Pemuda PR berpendapat isu ini boleh merosakkan masa depan PR dalam melakukan perubahan kepada negara tercinta.

Kami berpendapat krisis yang sedang melanda ini memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang. Anak muda Malaysia mahukan segala masalah yang timbul dalam PR diselesaikan melalui meja rundingan dengan segera.

Kami berpandangan, penyelesaian paling munasabah pada tahap ini adalah pertemuan lapan mata di antara Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang Presiden PAS, Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KeADILan, Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP dan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Berdasarkan pengalaman, ketokohan dan kebijaksanaan yang mereka miliki kami penuh yakin pertemuan ini mampu merungkai dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Kami yang mewakili sayap anak muda juga mengharapkan para pimpinan tertinggi PR khususnya PAS untuk menjadi pemudahcara pertemuan 8 mata ini. Pengalaman PAS menghadapi konflik politik Kelantan yang melibatkan jawatan Menteri Besar pada tahun 1977 boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk kita semua.

Kami juga berharap pertemuan yang dicadangkan ini berlaku dalam suasana mahabbah, berlapang dada dan meletakkan kepentingan kolektif demi masa depan generasi kami di masa akan datang. Kami mengesa semua pihak yang bersimpati seperti NGO, pimpinan, tokoh agama dan masyarakat agar menyokong usaha murni yang kami cadangkan ini.



SUHAIZAN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN

TEO KOK SEONG
KETUA DAPSY

Isnin, 4 Ogos 2014

GERAKKAN TENTERA BANTU GAZA : KERAJAAN NEGARA ISLAM BERANI KE??

SHAH ALAM - Lajnah Antarabangsa Pemuda Pas Malaysia (LA PPM) hari ini menggesa kerajaan negara Islam menggerakkan tentera masing-masing bagi membantu tentera Hamas yang sedang berjuang di bumi Palestin. Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, umat Islam tidak harus berdiam diri di atas kezaliman Israel telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk Gaza yang tidak berdosa. "Dalam perang Israel-Gaza sejak 8 Julai 2014 lalu, pihak tentera Zionis telah mengorbankan 1,450 warga Palestin manakala hanya 61 orang tentera Israel maut. Bantuan ketenteraan oleh Amerika Syarikat terhadap Israel menjadikan rejim itu lebih berkuasa dan membunuh sesuka hati mereka.

 "Jika AS sanggup membekalkan senjata dan tentera kepada Israel mengapa pula negara umat Islam tidak boleh membantu saudaranya sendiri mempertahankan bumi Gaza daripada dibedil?" katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai proses gencatan senjata selama 72 jam antara kedua-dua pihak yang dicabuli oleh Israel hanya 2 jam selepas bermula. "Pencabulan proses gencatan senjata tersebut amat mengecewakan ramai pihak dan ia menandakan rejim Israel tidak patuh dengan perjanjian antarabangsa.

 "Mereka (Israel) bertindak sewenang-wenangnya kerana pemimpin negara umat Islam yang terus berdiam diri membiarkan mereka mengganas dan membunuh hampir sesiapa sahaja di Gaza. Oleh itu, para pemimpin yang mempunyai kuasa wajib bertindak secara tegas dan keras bagi mematikan keegoan memuncak Israel dan Amerika Syarikat," tegasnya lagi. Sehubungan itu beliau menyeru kepada seluruh umat Islam agar terus berdoa dan dan menghulurkan sumbangan kepada penduduk di tanah Gaza supaya penderitaan mereka dapat dikurangkan.

GAZA BERDARAH : PAS DESAK BUKA SEMPADAN RAFAH

KUALA LUMPUR: PAS akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan bagi membantu penduduk Gaza yang menderita akibat kekejaman rejim zionis Israel. Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi memberitahu, selain bantuan kewangan, PAS akan terus membantu dalam apa jua bentuk bantuan bagi memastikan penduduk Gaza mendapat keadilan sewajarnya. Beliau yang ketika ditemui Harakahdaily turut meminta agar Kerajaan Malaysia dan antarabangsa menghentikan urusan dagangan dengan Israel sebagai tanda kecaman atas tindakan tidak berperikemanusiaan itu. "Setakat ini hampir dua ribu telah terkorban dan beratus-ratus mengalami kecedaraan akibat kezaliman yang dilakukan Israel secara berterusan.

72 KELUARGA DIKESAN HIDAP AIDS

ALOR GAJAH: Sebanyak 72 keluarga terdiri daripada penagih dadah dan anggota keluarga mereka dikesan menghidapi virus Aids di Melaka. Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata daripada jumlah itu, 299 orang adalah Orang Kena Pengawasan (OKP) yang mendaftarkan diri secara sukarela dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Melaka. 

 "Mengikut rekod kira-kira 75 peratus daripadanya merupakan penagih dadah tegar manakala 15 peratus pula adalah mangsa terdiri daripada anak serta isteri yang dijangkiti melalui penagih dadah berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbukanya sempena Aidifitri di sini, semalam. Beliau berkata angka tersebut dikhuatiri lebih berikutan bilangan sebenar pembawa virus Aids dalam kalangan penagih dadah serta anggota keluarga mereka sukar dikesan.

HAMAS TOLAK LAPORAN ISRAEL, BELA MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Hamas menafi sekeras-kerasnya laporan media Israel bahawa anggotanya mendapat latihan mengenai cara melakukan serangan melalui payung terjun di Malaysia. Katanya tuduhan tidak berasas itu direka perisik Israel untuk menjejaskan perpaduan dan sokongan masyarakat antarabangsa yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin yang sedang menghadapi jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai oleh regim Zionis. "Israel mencipta tuduhan itu sebagai cubaan untuk mengalih perhatian daripada penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tenteranya terhadap orang awam, kanak-kanak, wanita dan golongan tua di Palestin," kata Hamas melalui kenyataan yang tersiar dalam laman sesawang rasminya.Kenyataan dalam bahasa Arab itu diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM).