26 Oktober 2009

AL-FATIHAH buat sahabat seperjuangan dan mohon sumbangan.

Telah kembalinya AlLahyarham Saudara Mohamad Jamil b. Hj. Hambali, 44 ke rahmatulLah pada pertengahan Oktober, 2009 yang lalu. Beliau merupakan bekas Ketua Kampung JKKN Pakatan Rakyat Kg. Sayong Hulu dan cemerlang ketika menjawat jawatan tersebut. Beliau juga bergiat cergas dalam aktiviti PAS cawangan dan merupakan AJK PAS Cawangan Sayong.
Pemergian beliau meninggalkan seorang balu iaitu Pn. Haslida bt. Mat Nor beserta 3 orang anak iaitu Nur Khairun Nisa 10 tahun, Mohd Danish Haikal 9 tahun dan Nur Kamila Balqis 4 tahun.
Sekiranya sesiapa ingin menyumbangkan bantuan kepada keluarga beliau, bolehlah dimasukkan ke akaun RHB Bank : 1-58187-0004161-8 atas nama balu beliau Pn. Haslinda.
Segala sumbangan tuan-puan, kami dahulukan ucapan JazakalLahu khairan jaza.

info : DPP Cawangan Sayong Tengah