Followers

Showing posts with label CUPCAKES. Show all posts
Showing posts with label CUPCAKES. Show all posts

Wednesday 1 October 2014

DEVIL'S CHOCOLATE CUPCAKE

Assalamualaikum..
Devil's Chocolate Cupcake yang telah dibuat sepenuh oleh Awin pagi tadi. Mama cuma membantu tabur-taburkan manik-manik aje.

Chocolate Cuppies nih amat mudah dibuat kerana menggunakan tepung segera dari PILLSBURY. Kebetulan tempoh hari i pergi Aeon dan ada jualan murah sebab hampir tamat tempoh. Tidaklah tamat lagi cuma hampir tamat dalam bulan November jadi bolehlah digunakan lagi.

Dan..
Alhamdulillah logo halal juga ada walaupun dari luar negara. Gunakan tanpa was-was ya. Hasilnya memang sedap..memang lazat..anak-anak semua suka cuma Awin tambahkan coklat chip didalamnya.









Bahan-bahan..
1 kotak Moist Supreme Cake Mix PILLSBURY
280 ml air
85 ml minyak masak
3 biji telur
100 gm coklat chip - digaul dengan tepung PILLSBURY dan toskan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan kesemua bahan-bahan dan pukul sehingga gebu atau sekurang-kurangnya 3 minit.
2. Kemudian tambahkan coklat chip dan kaupbalik bagi rata.
3. Susun 'papercup' dalam loyang muffin dan skopkan adunan dalam 'papercup' 3/4 penuh.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan dan sejukkan atas redai.
6. Hiaslah dengan ganache dan tabur mani-manik yang diminati.




tepung segera jenama PILLSBURY yang i gunakan..


Tuesday 9 September 2014

RED VELVET CUPPIES

Assalamualaikum..
Bagi i sekarang nih dah larut malam untuk i buat entry tambahan lagi, tapi esok pula sudah berada diluar kawasan liputan. jadi ada takde malam nih juga harus diselesaikan kesemuanya. Kalau tidak memang berkuburlah jawabnya.

Alhamdulillah atas permintaan tempahan, dapat juga i laksanakan tempahan ini dengan bantuan Awin. Jika Awin takde memang tak ambil la tempahannn. Terima kasih Awinn..









Bahan-bahan..
100 gm mentega
220 gm gula kastor
2 biji telur
25 gm serbuk koko*
1 sdb serbuk nescafe* - *satukan dan ayak
40 gm pewarna merah
240 gm buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sdb cuka + 1 sdb jus lemon - perapkan 20 minit
1 sdk esen vanilla
270 gm tepung superfine - ayakkan
1 sdk baking soda
1 sdb cuka

Cara-caranya..
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga sebati.
2. Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul lagi sehingga berkrim.
3. Dalam mangkuk lain, satukan serbuk koko, nescafe dan pewarna, gaul sehingga menjadi pes pekat.
4. Masukkan adunan koko tadi ke dalam adunan telur dan pukul sebati.
5. Tuang buttermilk dan esen vanilla, pukul lagi biar rata.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan palaing perlahan sehingga rata sahaja.
7. Dalam mangkuk kecil, satukan baking soda dan cuka, kacau sehingga buihnya menghilang dan terus tuang secepatnya kedalam adunan dan pukul dengan kelajuan perlahan selama beberapa saat.
8. Sediakan papercup dan susun atas loyang. Skopkan dengan sjop aiskrim.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
10. Sejukkan atas redai.

Bahan-bahan cream cheese..
500 gm cream cheese
100 gm butter
1 sdk jus lemon
80 gm gula aising - ayakkan
200 gm fresh cream - pukul sehingga kental

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul cream cheese dengan butter sehingga sebati.
2. Masukkan jus lemon dan gula aising dan pukul lagi sehingga adunan sebati.
3. Tambahkan freshcream yang telah dipukul sehingga kental, pukul agar kedua-dua bahan sebati dan rata. Siap untuk digunakan.
4. Hiaslah ikut kreativiti masing-masing.







Monday 9 June 2014

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

Assalamualaikum semua..
Lama sungguh seru nak sampai untuk i membuat Hokkaido Chiffon Cupcakes nih. Rasanya dah bertahun resepi nih popular kan. Akhirnya hari ini kebetulan Awin ingin membawa balik sesuatu buat sahabat-sahabatnya di hostel jadi i cadangkan Hokkaido Chiffon.

Alhamdulillah..berjaya juga walaupun seru yang mengambil masa bertahun hihihi. Tadi semasa Awin nak balik, tak dapat nak bawa sebab tangan dah penuh dengan barang-barang yang lain. Esok baru i poskan melalui Ta-q-bin. Insyaallah. Terima kasih kepada TUAN PUNYA BLOG atas perkongsian resepi ini.








Bahan-bahan..
3 kuning telur
20 gm gula kastor
35 gm minyak jagung
60 gm susu segar
70 gm tepung kek - ayakkan
3 putih telur
25 gm gula kastor
30 gm snow sugar - hiasan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk sederhana besar satukan kuning telur dan gula kastor, pukul dengan 'whisk' sehingga adunan bertukar menjadi sedikit warna krim.


2. Tambahkan minyak, pukul lagi diikuti dengan tambahan susu segar dan pukul lagi.

3. Tambahkan tepung kek dan gaul sehingga sebati. Jika berbiji-biji boleh gunakan 'hand mixer' dengan kelajuan perlahan. Jangan lama cukup sekadar hilang adunan yang berbiji. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk mixer pula, masukkan putih telur, pukul sehingga berbuih, tambahkan gula kastor dan terus pukul dengan kelajuan paling tinggi sehingga adunan menjadi kental.
5. Masukkan adunan putih telur kedalam adunan tepung, kaup balik sebati. Jika kurang rata boleh gunakan mixer dengan kelajuan perlahan.


6. Sediakan papercup, skopkan adunan dalam papercup sehingga 3/4 penuh. Adunan ini menghasilkan 9-12 biji mengikut papercup yang digunakan.

7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 25 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.


8. Keluarkan dan sejukkan atas redai.

9. Masukkan adunan kastad (resepi dibawah) dalam piping bag bersama nozel berlubang kecil, paipkan dalam cupcakes mengikut kepenuhan yang diingini.
10. Ayakkan snow sugar dan hiaslah mengikut kreativiti kalian.

Bahan-bahan kastad..
1 sdb tepung gandum
1 sdb tepung jagung
4 sdb gula kastor
200 gm susu segar
1 biji telur
1 sdk perasa vanilla
1/2 sdk pewarna kuning
1 sdb mentega

Cara-caranya..
1. Dalam bekas pengisar, satukan kesemua bahan-bahan kecuali mentega, kisar sehingga halus. Tapiskan dalam periuk kecil dan masak atas api kecil sehingga pekat.
2. Tutupkan api dan tambahakan mentega dan gaul sebati. Sejukkan sebentar.



Thursday 8 August 2013

TEMPAHAN TERAKHIR UNTUK RAMADHAN

Assalamualaikum..
Berakhirlah tempahan-tempahan untuk Ramadhan dan menjelang Syawal.
Salam Aidilfitri buat semua sahabat-sahabat yang jauh dan dekat dan maaf zahir batin dari kami warga JUICY CAFE & CAKES.


hot cheese chocolate cake..


hot cheese chocolate cake..


marble cake..


orange mascarpone cheesecake..


chocolate moist cake..


orange mascarpone cheesecake..


red velvet cuppies..


hot cheese chocolate cake..


red velvet in jar..


packing..

Monday 4 March 2013

TEMPAHAN LAGII DAN LAGII, SYUKURRR..

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Minggu lepas adalah minggu yang sedikit sibuk, apatah lagi ramai yang melangsungkan pertunangan dan hari bahagia, jemputan pun ada yang tidak dapat hadir di sebabkan kesibukan membuat kek. Mohon maaf kepada yang menjemput, semoga kalian kekal ke syurga, aminn.

Antara tempahan lewat malam tadi, rainbow cake dan red velvet cupcakes, terima kasih kepada yang menempah, mohon maaf jika ada yang terkurang.




rainbow cake with creamcheese frosting..


red velvet..

Tuesday 4 September 2012

CHEDDAR CHEESE CUPCAKE

As-salam sahabat..
Maaf lama sangat updated pelbagai resepi, maaf juga kepada yang tertunggu2, kepada yang whatsapp, sms dan pm i kat FB..memang sibuk sikit..hari ini Alhamdulillah i dapat updated entry-entry yang tertunggak..hehehe..bukan bil api air saja yang tertunggak tau hehehe..


Sabtu lepas, i ada buat sedikit makan-makan dirumah, ada 2 3 menu yang i hidangkan buat tetamu-tetamu, cuma cupcake ini anak bujang i yang buat (itupun kena suruh dengan mama)..tapi ok la jugak kan..sekurang-kurangnya ada pembantu yang tolong buatkan..


Bahan2..
3 biji telur A
130 gm gula kastor
1/2 sdk esen vanilla
150 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
150 gm butter - cairkan - sejukkan
50 gm cheddar - sagat kasar

Bahan2 hiasan..
150 gm cheddar - sagat kasar
10 gm serbuk kulit kayu manis

Cara2nya..
1. Buat ganache terdahulu, boleh juga guna buttercream.
2. Dalam mangkuk, pukul telur, gula dan esen vanilla dengan whisk sehingga gula larut.
3. Masukkan adunan tepung sedikit-sedikit dan kaupbalikkan sehingga sebati.
4. Tuangkan butter yang telah dicairkan dan adun sebati, jika berbintil gunakan mixer dengan kelajuan paling rendah selama 10 saat.


5. Tambahkan cheddar sagat dan kaupbalikkan.

6. Tuang 3/4 penuh adunan dalam papercup bersaiz M, bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan atas redai.
7. Sapukan ganache atau buttercream diatas cupcake, taburkan cheddar dan ayak sedikit serbuk kulit kayu manis ditengah-tengahnya. Siap dihidangkan.

Bahan2 ganache..
300 gm dark chocolate compound - sagat halus
200 gm UHT whipping cream
50 gm butter

Cara2nya..
1. Panaskan whipping cream dalam periuk sehingga panas dan berbuih ditepi2 periuk.
2. Tuang dalam coklat yang disagat bersama butter dan gaul sehingga adunan larut.
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga sedikit keras.

Bahan2 buttercream..
200 gm krimwell
100 gm shortening
50 gm butter
200 gm susu pekat

Cara2nya..
1. Pukul krimwell, shortening dan butter sehingga sebati.
2. Tuang susu pekat dan pukul lagi dengan kelajuan paling tinggi selama 8 minit.
3. Siap digunakan.


cheddar yang i gunakan..


resepi asal dari buku terbaru CHEF ALEX GOH..


antara tetamu2 yang hadir..
staff2 dari TA-Q-BIN JB branch..

NUTTY CHOCOLATE CUPCAKES

Assalamualaikum semuaa..
Haaaaachhhuuummmmmm..adooiiii..berhabuk dah rumah i..lama sungguh tak masuk, berdebu2..berhabuk siap ada spiderman lagi, tu yang sampai terbersin tu kehkehkeh..

Sahabat2 semua apa khabar? sihat ke? Harap2 semuanya sihat walafiat ya, i macam biasalah terlebih sihat, gebu, lagi2 raya nih kan penuh ketul-ketul rendang kikiki, walau bagaimanapun Alhamdulillah syukur atas rizkiNya..

Setelah habis bulan Ramadhan dan setelah beraya bersama keluarga..sekarang musim orang buat 'open house'..banyak sungguh jemputannya kan, ada yang sampai tak terpergi..al-maklumlah banyak sangat jemputannya.

Dalam pada sibuk, sempat juga i dengan adik sepupu i yang bertandang tidur bermalam dirumah i membuat cupcake nih..resepinya i ambil dalam buku terbaru CHEF ALEX GOH..jom kita semak..




Bahan2 ganache..
300 gm dark compound chocolate - sagat halus
200 gm UHT whipping cream
50 gm butter

Cara2nya..
1. Dalam periuk kecil, panaskan uht whipping cream sehingga panas dan berbuih ditepi2 periuk.
2. Tuang whipping cream dalam mangkuk berisi coklat bersama butter dan gaul sehingga adunan larut.
3. Sejukkan ganache dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga coklat pekat.

Bahan2 cupcake..
200 gm air panas
35 gm serbuk koko - ayak
250 gm gula kastor
1/2 sdk garam
3 biji telur A
120 gm minyak jagung
200 gm tepung gandum*
1 1/2 sdk baking powder*
1/2 sdk baking soda* - *satukan dan ayak
80 gm kekacang campuran (walnut & almond) - cincang kasar - bakar


Cara2nya..
1. Sediakan ganache terdahulu.
2. Dalam mangkuk, satukan air panas bersama serbuk koko, pukul dengan whisk sehingga sebati.


3. Tambahkan gula dan garam, gaul lagi sehingga gula larut. Sejukkan sebentar.


4. Masukkan telur dan minyak jagung, pukul sebati dengan mixer dengan kelajuan perlahan.


5. Akhir sekali masukkan sedikit-sedikit adunan yang diayak, gaul dengan spatula sehingga sebati keseluruhannya, jika nampak berbintil guna mixer dengan kelajuan paling perlahan selama 10 saat.


6. Tuang 3/4 penuh adunan dalam papercup bersaiz M dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan atas redai
.
7. Sapukan ganache dengan spatula kecil pada atas cupcakes dan taburkan kekacang yang telah dibakar.
8. 1 adunan mendapat lebih kurang 16 biji.




sebahagian dari cupcake nih i letakkan rasberry..


resepi asal dari buku ini..