Followers

Showing posts with label WESTERN. Show all posts
Showing posts with label WESTERN. Show all posts

Sunday 15 March 2015

BEEF PIES WITH MUSHROOM

Assalamualaikum..
Dah mengantuk nih..gagah juga nak update, sebabnya kalau tak buat malam nih memang akan lupalah apa bahan-bahan yang digunakan. I memang tak suka makan kismis sebab tu jadi pelupa hihihi.

OK..nak tido dah, mata pun dah nak katup..ok bai..






Bahan-bahan..
500 gm daging - potong kecil - rebus sampai empuk - ambil daging - simpan air rebusan
1 biji bawang holland*
2 ulas bawang putih* - hiriskan
1 1/2 sdk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk paprika
1 sdk serbuk lada hitam
500 gm air rebusan daging
3 sdb kicap manis
1 sdb kicap pekat
1 helai daun bay
200 gm cendawan butang - hiris tebal
500 gm air rebusan daging**
4 sdb tepung jagung** - **satukan dan gaul sebati
1 sdk garam dan perasa
1 bungkus puff pastry PAMPAS
150 gm cheddar - sagat halus
1 kuning telur***
1 sdb susu segar*** - ***gaul rata

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan hiris sehingga naik bau.
2. Masukkan daging yang telah direbus empuk dan gaul sebati.
3. Masuk pula serbuk jintan putih, serbuk paprika dan serbuk lada hitam, gaul sebati.
4. Tuang bahagian pertama air rebusan daging, kicap manis, kicap pekat dan daun bay, renehkan sehingga separuh kering.
5. Masuk cendawan butang dan gaul.
6. Tambah pula air rebusan daging yang telah digaul bersama tepung jagung, garam dan perasakan. Renehkan sehingga pekat.
7. Tutup api dan sediakan pastry.


8. Sediakan 6 biji remekins atau bekas casserol yang sesuai. Susun pastry di dasar dan di tepi remekin seperti gambar. Sediakan penutup pastry sekali.




9. Sudukan 3/4 penuh inti daging, taburkan cheddar, tutup dengan pastry, rapatkan penutup pastry dengan pastry ditepi remekin dan tekan sedikit dengan garfu disekelilingnya.


10. Berus rata permukaan pastry dengan adunan telur kuning.

11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 30-40 minit.


12. Keluarkan dari oven dan hidangkan.

Thursday 5 February 2015

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Assalamualaikum..
Entry untuk bulan ini kita mulakan dengan menu yang juga menjadi 'wish list'. Akhirnya terlaksana juga walau pun sudah berkurun. Sebenarnya i dah buat minggu lepas kalau tak silap..tapi macam mana laa boleh lupaa..

Resepi pula i dapat dari mok cik gugel la..mana lagi kann..korang pilih jer mana satu nak. Kini resepi semua di hujung jari. Cumanya i tidak menggunaka cheese slice tetapi digantikan dengan cheddar dan mozarella. Initi pula kalian boleh juga buat ikut kreativiti masing-masing ya.




Bahan-bahan inti..
400 gm daging kisar RAMLY
1 biji bawang holland*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia* - *tumbuk halus
5 biji cili api - hiris halus
1 sdk serbuk lada hitam
1 sdk garam
1 sdk gula

Bahan-bahan lain..
3 biji telur*
200 gm susu segar* - *satukan dan kacau sebati
10 keping roti
2 pokok daun bawang - hiris halus
Cheddar dan mozarella secukupnya - satukan dan gaul rata

Cara-cara inti..
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang ditumbuk halus sehingga naik bau.
2. Masukkan cili api, tumis beberapa saat dan masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging berderai.
3. Tambahkan serbuk lada hitam, garam dan gula. Masak sehingga kering. Tutup api.
4. Sediakan bekas casserol atau yang sesuai dan oleskan dengan mentega.
5. Celup roti didalam adunan telur dan susu, susun dalam casserol sehingga menutup keseluruhannya.
6. Sendukkan sebahagian inti diatas roti dan ratakan.
7. Tabur pula daun bawang diikuti dengan cheddar dan mozarella sepenuhnya.
8. Ulangi cara-cara nombor 5 sehingga nombor 7.
9. Tuang rata baki adunan telur dan susu pada keseluruhan.
10. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga keperang-perangan.
11. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Potong dan hidangkan bersama sos pilihan.



Tuesday 23 September 2014

CHEESY BAKED RICE WITH SALMON

Assalamualaikum..
Hidangan malam kami adalah dari nasi yang tidak habis semalam hari. Kebetulan resepi ini memang sudah lama ada dalam 'wish list' untuk keluarga. I tahu menu ini sejak i berkunjung ke restoran VIVO berdekatan rumah dan sejak itu kami sering ke restoran tersebut untuk menikmati pelbagai menu.

Dann..
Kebetulan juga, bahan-bahan mentah juga ada dalam simpanan, jadi kita gunakan dan habiskan mana yang ada. Resepi ini juga i rujuk dari SINI dan kemudian i buat pertukaran mengikut kesesuaian.







Bahan-bahan..
1/2 kiub stok ayam*
70 gm air panas*
2 sdb uht whipping cream* - *satukan dalam periuk kecil
1 sdk tepung jagung + 2 sdb air - bancuh
1 sdb mentega
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 keping ikan salmon - buang tulang - potong dadu
1 genggam brokoli - potong kasar
1 sdk serbuk paprika
1 sdk lada hitam kasar
500 gm nasi putih sejuk
Mozarella dan cheddar secukupnya

Cara-caranya..
1. Panaskan adunan kiub ayam atas api kecil sehingga sedikit mendidih.
2. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan terus padamkan api dan ketepikan sebentar.
3. Dalam kuali, panaskan mentega, tumis bawang putih sehingga naik bau.
4. Tambahkan ikan salmon, gaul sehingga ikan masak.
5. Tambah pula brokoli, serbuk paprika, lada hitam dan gaul biar sebati.
6. Masukkan nasi sejuk, gaul rata, jangan sampai nasi ada yang berketul-ketul. Jangan tambah garam!!
7. Masukkan nasi dalam bekas casserrol yang sesuai.
8. Tuang adunan krim tadi diatas nasi dan ratakan sehingga penuh mozarella dan cheddar.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 20 minit atau sehingga cheese keperang-perangan.
10. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika panas.




Saturday 20 September 2014

CHEESE BAKED FETTUCCINE CARBONARA

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semuaaaa..
Cheese Baked Fettuccine Carbonara yang telah i buat petang semalam. Pagi ini juga kami bersarapan dengan hidangan yang sama.

Semasa kami makan di Restoran Vivo, suami makan menu ini dan i suarakan nanti i boleh cuba buatkan sendiri. Kebiasaannya i buat tanpa bakar dengan cheese dan kali ini kita ikut cara macam Vivo pulak ya. Alhamdulillah semalam suami makan licin.






Bahan-bahan..
1 bungkus fettuccine - rebus dalam air yg penuh sehingga lembut
1 biji bawang holland*
3 ulas bawang putih* - *hiris halus
400 gm daging RAMLY - suhu bilik
2 sdk serbuk lada hitam kasar
1 sdk serbuk lada sulah
3 tin sos carbonara cendawan PREGO
1/2 air masak
1 tin cendawan butang - hiris nipis
1 genggam basil segar - hiris halus
1 helai daun bay
1 sdk oregano kering
10 biji baby tomato
2 keping cheese
Mozarella secukupnya

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang dan kacau sehingga rata dan sebati.
3. Masuk pula lada hitam, lada sulah, sos carbonara dan air, kacau sehingga sebati dan renehkan dalam 5 minit.
4. Tambah cendawan butang, basil segar, daun bay dan oregano kering, gaul dan renehkan lagi dengan api kecil sehingga mendidih.
5. Masukkan baby tomato dan kepingan cheese dan reneh lagi dengan api kecil dalam 10 minit.




6. Sediakan bekas casserol aatu bekas yang sesuai. Masukkan fettuccine bersama carbonara dan ratakan mozarella di sekeliling bekas sehingga penuh.

7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 20 minit atau sehingga cheese keperang-perangan.
8. Sedia dihidangkan.




sos carbonara yang i gunakan..

Tuesday 16 September 2014

MINI BEEF PASTRY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Akhirnya dapat juga i laksanakan menu ini. Sebenarnya menu ini memang sudah ada di dalam list sejak sekian lama. Niat dihati memang teringin buat untuk suami. Al-maklum la suami memang tak berapa suka makanan-makanan yang manis. Jadi i rasa menu ini memang sangat sesuai. Memang tidak menghampakan, suami makan banyakkk..i hantar 2 ketul..belum pun suapan yang seketul habis minta ditambahkan lagi. Syukur Alhamdulillah.

Sebenarnya resepi nih mudah sahaja, i gunakan kulit pastry jenama KAWAN dan initinya i buat mengikut kesesuaian yang i fikirkan. Jika ada yang ingin mencuba, bahan-bahan di bawah bolehlah ditukarkan mengikut citarasa kalian ya..nak bubuh inti karipap pun boleh.








Bahan-bahan inti..
1 biji bawang holland*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia* - *potong dadu
5 biji cili api - potong halus
250 gm daging cincang
1 sdk serbuk ketumbar
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk lada hitam
1 sdk serbuk paprika
130 gm kacang hijau - dalam tin
1 batang lobak merah - buang kulit - sagat halus
1 helai daun bay
1 sdk oregano kering
2 sdk sos ikan
Garam dan perasa
1 pokok daun ketumbar - hiris halus
1 pek pastri KAWAN - suhu bilik
150 gm mozarella - sagat kasar

Cara-caranya..
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Tambahkan cili api dan tumis lagi.
3. Masuk pula daging cincang dan kacau sehingga tidak berketul.
4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, serbuk paprika, kacang hijau, lobak merah, daun bay, oregano kering, sos ikan, garam dan perasakan. Kacau sehingga sebati dan kering.
5. Tutup api, tambahkan daun ketumbar dan gaul rata.


6. Angkat dan ketepikan sebentar.

7. Sediakan loyang muffin dan semburkan dengan 'spray cooking'.


8. Ambil sekeping pastri jenama KAWAN, nipiskan pastri dengan pengelek, tekap dengan acuan bulat mengikut saiz loyang yang digunakan dan susun di dalam lubang muffin. Lebihan pastri yang ditekap boleh digunakan lagi bersama lebihan pastri yang lain. Uli bersama semula dan gelekkan.
9. Cucukkan dengan garfu kulit pastry.


10. Sudukan inti daging kedalam kulit pastry sehingga penuh dan tutupkan daging dengan mozarella.

11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 30 minit.
12. Angkat dan sejukkan aats redai. Hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.




kacang hijau yang i gunakan..

Wednesday 8 August 2012

BEEF BURGER

Assalamualaikum sahabat semua..
Ramadhan hari ke 18, Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan dalam meneruskan bulan Ramadhan yang mulia ini. Aminn..
Diam tak diam tak lama lagi dah sampai ke penghujung Ramadhan, MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru saja Ramadhan bermula.
Sahabat semua sihat ke?? I disini terlebih sihat, mana tidaknya bulan Ramadhan nih memanjang menu ala-ala barat. Bukan apa, masa bulan biasa, nafsu nafsi barat tak menyinggah di dapur i hehhe, tetiba bulan Ramadhan nih macam-macam menu barat datang..apa-apa pun syukur di atas segala rizeki yang diberiNya.




Bahan2 daging..
800 gm daging kisar RAMLY
100 gm bawang holland - potong dadu
50 gm serbuk roti
1 biji telur - pukul sedikit
2 sdb worcestershire lea & perins
1/2 sdk lada sulah
1/2 sdk lada hitam
2 genggam daun ketumbar
1 sdk garam halus

Cara2nya..


1. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan-bahan dan gaul rata sehingga adunan sebati.


2. Ambil 100 gm adunan, bulat-bulatkan dan leperkan sehingga menjadi setebal lebih kurang 2 cm, susun dalam dulang yang ditaburkan sedikit tepung, buat sehingga selesai.

3. Sejukkan daging dalam peti sejuk selama 1 jam supaya daging mengeras sedikit.


4. Keluarkan daging, sapu daging dengan sedikit minyak zaitun.





5. Panaskan pan, masak daging sehingga kedua-dua bahagian masak. Angkat.

6. Ambil roti burger bahagian bawah, susun salad, kobis putih dan ungu, pipe kan cili sos dan mayonis.
7. Letakkan sekeping daging yang telah siap dimasak, kemudian letak pula kepingan cheese, susun hirisan tomato dan timun, pipe kan cili sos dan mayonis sekali lagi baru ditindihkan roti burger bahagian atas.
8. Buat sehingga semuanya selesai dan hidangkan.

Bahan2 lain..
9 biji roti burger - belah dua - sapu sedikit butter - panaskan dalam pan sebentar
50 gm kobis putih*
50 gm kobis ungu* - *hiris halus
2 biji tomato - hiris bulat
1 biji timun - hiris halus
9 keping cheese
Salad secukupnya
Sos cili
Mayonis


i buat daging burger 6 keping sahaja, bakinya i jadikan meatball buat adik untuk spaghetti nya nanti..
setiap 1 biji sebanyak 10 gram..
i goreng separuh masak kemudian i frozenkan..

Sunday 5 August 2012

SALMON & PRAWN QUICHE

As-salam sahabat semuanya..
Antara menu berbuka untuk semalam 4hb Ogos 2012 masih ada hidangan ala barat..kali ini kerana membuat speghetti untuk adik, abang dan kakak adik kata cukup la setakat speghetti sahaja tapi i buat tambahan hidangan quiche untuk kami sekeluarga, suami dah masak sambal ikan dan sayur goreng, jadi anak-anak boleh memilih lauk kegemaran masing-masing.

Resepi quiche ini idea asal adalah dari CHEF ALEX GOH dalam resepi bertajuk "QUICHE LORRAINE" yang dimuatkan dalam buku resepi beliau yang bertajuk "IRRESISTIBLE PASTRY".

Dalam resepi tersebut inti asalnya adalah menggunakan daging tapi i telah menukar dengan menggunakan ikan salmon dan udang, dalam masa yang sama untuk menghabiskan segala stok-stok yang ada dalam simpanan, jangan membazirrrr uuu..


maaf ya terlebih bakar hehe..


Bahan2 pastry..
250 gm tepung gandum - ayakkan
150 gm butter
Secubit garam
70 gm air

Cara2nya..
1. Satukan tepung gandum dan butter dalam mangkuk, gaul atau pukul guna mixer sehingga menjadi serbuk roti.
2. Tambahkan air sedikit-sedikit dan uli sehingga menjadi doh.


3. Bungkuskan doh dengan plastik, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

4. Keluarkan doh dan canai diantara dua keping plastik setebal 3mm.


5. Lapik pastry ke dalam loyang springfoam pizza yang telah digris bersaiz 9 inci dan tusukkan dengan garfu pada keseluruhan pastry.

6. Sejukkan pastry dalam peti sejuk selama 20 minit.


7. Keluarkan pastry, alas keseluruhan pastry dengan kertas aluminium dan isikan dengan kacang hijau, ini supaya pastry tidak menggelembung.

8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 20 minit.
9. Keluarkan pastry, buang kertas aluminium dan kacang hijau, bakar lagi selama 8 minit.
10. Keluarkan dan sejukkan sebentar.

Bahan2 inti..
3 sdb minyak zaitun
160 gm bawang holland - hiris halus
60 gm ikan salmon - potong kecil - buang tulang - cuci - toskan
60 gm udang segar - potong kecil - cuci - toskan
100 gm keju mozarella @ parmesan - diparut
3 biji telur
200 gm susu segar
150 gm uht whipping cream
20 gm tepung gandum
1/2 sdk garam halus
1/2 sdk lada sulah
1/2 sdk serbuk kulit kayu manis

Cara2nya..


1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang holland sehingga naik bau dan keperangan, tutup api dan sejukkan sebentar.
2. Letak dan ratakan bawang dalam kulit pastry yang telah disediakan.


3. Taburkan ikan salmon, udang dan mozarella sehingga rata pada keseluruhan pastry.




4. Dalam mangkuk, pukul telur, susu segar, uht whipping cream, tepung gandum, garam, lada sulah dan kulit kayu manis, tapiskan dan tuang kedalam kulit pastry.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 35 minit atau sehingga masak.
6. Siap dihidangkan.


boleh tahan sedapnya..