Panduan Kerjaya Jururawat

Saturday, April 14, 2012

Jalan-jalan Tadabbur Alam - Tasik Kenyir : 11.04.2012

Rabu lepas , 11 April 2012, saya dan rakan2 telah berpeluang pergi memancing di Tasik Kenyir.Dibawa oleh tekong muda yang berusia 15 tahun, Arif, sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau sangat arif dengan selok belok lubuk ikan bagi spesis-spesis yang tertentu.

Port pertama we all melandingkan bot untuk memancing adalah berhampiran dengan kawasan air terjun Sauk yang memang cukup terkenal di kalangan pengunjung yang datang untuk bermandi manda.Di situ we all telah mula menggunakan teknik pancing secara “Casting” dengan menggunakan “Rapala” – (betul ke tak aku eja nim?),seterusnya ke kawasan yang di rahsiakan oleh pemandu arah dan port last skali adalah di kawasan anak sungai yang dikenali sebagai Sungai Ikan.

Secara keseluruhan , we all berasa sangat berpuas hati dengan tangkapan pada hari tersebut memandangkan ianya merupakan kali pertama we all memancing di atas bot di tengah2 keluasan tasik yang seakan2 laut china selatan pemandangannya.Sangat menakjubkan ciptaan Allah SWT.Sebanyak 8 ekor anak Toman Berjaya ditumpaskan (ayat macam hebat,hehe) dan akhirnya aku pun tak tahu nak masak apa ikan ni,wakaka !



Our Tekong , Arif @ Sauk Waterfall

Awok2 dan hasil tangkapan ,. wohoo~


Temoleh 11 Kg , tewas di tangan En.Bakar Seri Gawi



Jalan-jalan tadabbur alam ciptaan Illahi,harap2 ada lagi peluang macam ni InshaAllah!

No comments:

Post a Comment