Selamat Datang ke Blog Bahasa Melayu Tahun Tiga

Selasa, 13 November 2012

Panduan Menjawab Bahagian A


BAHAGIAN A

Memindahkan Maklumat :

  1. Calon-calon akan diberi gambar sama ada dalam bentuk :

·         Gambar Tunggal
·         Gambar Bersiri

  1. Berdasarkan gambar, calon-calon perlu memindahkan maklumat yang terdapat di dalamnya ke dalam bentuk tulisan (ayat).

  1. Calon-calon dikehendaki menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti atau situasi yang terdapat dalam gambar, iaitu :

    • Ayat Tunggal
    • Ayat Majmuk

  1. Bilangan perkataan tiada had.

  1. Masa dicadangkan ialah 15 minit.

  1. Jumlah markah bagi bahagian ini ialah 10 markah.


PATEN SOALAN

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di atas.

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di atas.

  • Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di atas.


FORMULA MUDAH MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR

1.            SIAPA ? – Kata Nama @ Orang (pelaku)
2.            APA ? – Kata Kerja @ Aktiviti (apa yang dilakukan)
3.            DI MANA ? – Tempat @ Lokasi (huraian / keterangan)
4.            MENGAPA ?             - Kata Adjektif (huraian / keterangan bagi ayat       
5.            BAGAIMANA ?           yang berkaitan dengan situasi

Ingat... S. A. D

PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN A

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.



 LANGKAH 1

            1.  Lihat gambar / grafik dengan teliti.
            2.  Fikirkan 3 kata tanya (siapa/apa/di mana)
            3.  siapa  –  berkaitan dengan orang / manusia
            4.  apa  –  aktiviti-aktiviti yang telah berlaku
            5.  di mana  –  berkaitan dengan tempat / situasi          

LANGKAH 2

Catatkan maklumat berkaitan dengan aktiviti (kata kerja)  atau situasi (kata adjektif) yang terdapat dalam gambar atau grafik.

LANGKAH 3

Binalah lima ayat yang lengkap berdasarkan situasi atau aktiviti-aktiviti tertentu.




LANGKAH 4

Baca semula ayat-ayat yang dibina. Betulkan semua kesalahan tatabahasa, terutama dari segi penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan.

Contoh 1:

5
 
4
 
3
 
2
 
1
 


siapa?

1.         perempuan : dewasa dan kanak-kanak
2.         lelaki : dewasa dan kanak-kanak (budak)

apa?

1.         berjoging
2.         bermain bola
3.         mengejar / menangkap rama-rama
4.         bermain buaian
5.         berbual-bual

di mana?

taman permainan kanak-kanak / taman rekreasi
Jadual Bina Ayat :

Siapa ?
KN (Kata Nama)
Apa ?
KK (Kata Kerja)-Aktiviti
Di mana ?
Huraian / Keterangan

1.

2.

3.

4.

5.


1.

2.

3.

4.

5.


1.

2.

3.

4.

5.


Jawapan Contoh 1
(Ayat Tunggal)

1.  Seorang budak perempuan dan dua orang budak lelaki sedang berjoging di
     taman rekreasi . 

2.  Dua orang budak lelaki sedang bermain bola sepak di taman rekreasi.  

3. Seorang budak perempuan sedang mengejar untuk menangkap beberapa  
    ekor rama-rama di taman rekreasi.

4. Dua orang budak perempuan sedang bermain buaian di taman rekreasi. 

5. Tiga orang wanita sedang berbual-bual sambil duduk di atas bangku di  
     taman rekreasi.

Jawapan Contoh 2
(Ayat Majmuk)

1.  Siti, Ali dan Abu sedang berjoging di taman rekreasi . 

2.  Ah Meng dan Raju sedang bermain bola sepak di taman rekreasi.  

3. Ai Ling sedang mengejar untuk menangkap beberapa ekor rama-rama di    
    taman rekreasi.

4. Amira dan Rina sedang bermain buaian di taman rekreasi. 

5. Puan Sharifah dan kawan-kawannya sedang berbual-bual sambil duduk di    
    atas bangku di taman rekreasi.
Contoh 2 :

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah.

  

siapa?

1.         murid-murid sekolah
2.         pasukan penyelamat
3.         orang dewasa (lelaki dan perempuan)

apa?

1.         kehujanan
2.         ditenggelami
3.         menyelamat
4.         berpindah
5.         mengharungi air
6.         membawa barang-barang

di mana?

1.         di sekolah
2.         di sebuah kampung

Jawapan Contoh 1

1. Beberapa orang murid kehujanan ketika berjalan pulang dari sekolah. 

2. Beberapa buah rumah di sebuah kampung ditenggalami air banjir. 

3. Pasukan penyelamat sedang menyelamat mangsa-mangsa banjir dengan 
    sebuah motorbot ke tempat yang selamat.

4. Sebuah keluarga sedang mengharungi banjir sambil membawa barang-
    barang untuk  menyelamatkan diri.

5. Seorang lelaki  menjunjung segulung permaidani manakala ahli keluarganya
    menggalas bungkusan sambil meredah banjir.


Jawapan Contoh 2

1.  Ahmad dan beberapa orang kawannya kehujanan ketika berjalan pulang dari  
     sekolah. 

2. Beberapa buah rumah di kampung Ahmad ditenggalami air dalam kejadian  
    banjir. 

3. Pasukan penyelamat sedang menyelamat mangsa-mangsa banjir dengan 
    sebuah motorbot ke tempat yang selamat.

4. Ahmad dan keluarganya sedang mengharungi banjir sambil membawa
    barang- barang untuk  menyelamatkan diri.

5. Bapa Ahmad menjunjung segulung permaidani manakala ibu dan dua orang 
    abangnya menggalas bungkusan sambil meredah banjir.

PENSKORAN

Bagaimana untuk mendapat cemerlang (9 – 10  markah) dalam Bahagian A?

  1. Menggunakan ayat-ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik.
  2. Penggunaan pelbagai kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik.
  3. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan