Friday 24 June 2011

AWWALUL KALAM.....

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Alhamdulillah setelah berkurun lamanya berniat untuk menerbitkan blog sendiri setelah 2 blog dahulu tidak dikemaskini, akhirnya tanggal 22 Rejab bersamaan 25 Jun  2011 tercipta sudah lembaran baru untuk menukilkan sesuatu untuk tatapan rakan-rakan menjadi perkongsian kita bersama...Bukan bermaksud post sesuatu untuk menonjol diri as a perfect woman,tapi terpanggil untuk sama-sama berkongsi agar diri kita akan lebih sempurna,bekalan menuju syurga idaman..INSYAALLAH..Diharapkan sesiapa sahaja yang melewati blog ini,mungkin dapat memberi sebarang komen ke arah penambaikan  blog saya ini.


Memandangkan blog ini dibina atas dasar KASIH SAYANG..sama-sama kita hayati dahulu bait-bait nasyid ini..Semoga apa sahaja yang dinukilkan dalam blog ini, tiada unsur ke arah permusuhan..

DALAM JIWA ADA RASA,
RASA SAYANG PADA KHALIQNYA,
USAH KITA MEMBUANG MASA,
PUPUKLAH KASIH SAYANG IKHLAS KERANANYA.

Pertamanya ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga tercinta ayahanda YAAKOB BIN MUSA, ibunda tersayang GAYAS BINTI WAN LONG...kalianlah pengemudi sebuah rumahtangga yang harmoni penuh dengan mawaddah wa rahmah. KASIH SAYANG kalian berdua tidak akan pernah saya lupakan. Buat adik beradikku tercinta kak.long,kak.ani,kak ana,kak.ini,kak ya.abg li,kak.ida, adi ira dan adik adi...kalian penguat semangat saya dalam mengharungi kehidupan yang penuh mencabar ini..Gelak tawa, suka duka yang pernah kita lalui bersama tidak akan pernah saya lupakan kerana kita berdiri di atas tunjang yang sama BERKASIH SAYANG HINGGA KE SYURGA.

Berkat KASIH SAYANG ini, kita mampu berdiri sendiri kerana yakin Allah akan sentiasa bersama kita..Buat teman-teman, kasih sayang bila ikhlas keranaNYA terasa bagai tiada halangan untuk kita terus berKASIH SAYANG walaupun halangan datang melanda.

Buat semua pelawat blog ini, yakinlah KASIH SAYANG ALLAH tiada kesudahannya. Apa yang penting kita cuba mencari yang terbaik dan mengekalkan KASIH SAYANG hingga ke SYURGA.

Sekian dahulu untuk mukaddimah blog ini...mohon maaf jika bahasa tidak seindah suria ;-)...masih dalam membaiki mutu penulisan.

WASSALAM



 

No comments:

Post a Comment