Friday, August 22, 2008

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos 2008

Sepanjang 2 minggu ni, semua pengusaha hotel kt Penang mesti senyum lebar sbb hotel kt Penang fully booked! Ktorg sampai terpaksa dok Sg Petani la sbb semua penuh! Hebat betol. Ade 2 faktor yg mendorong sehingga terjadinya suasana sedemikian.

1. Cuti sekolah. Masa ni la nk bawak anak2 bercuti, kan..

2. Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh


Masa aku still ade kt KL, aku mengikuti perkembangan pilihanraya tu tru news & paper. Ape yg paper kata, itu la yg aku rasa betol, sbb aku xde kt sana kan... Terima je la ape yg ada dlm paper. Sampai la 19 hb lepas. Aku sampai ke Pauh Jaya, dlm kawasan Parlimen Permatang Pauh. So, phm2 je la keadaannya. Poster pelbagai saiz, bentuk & warna. Penuh di setiap bangunan.


Siang2, setiap pondok panas kosong je. Malam keadaannya mungkin berbeza. Tp aku xtau sbb xpusing area permatang pauh malam2. tp, dgr cite dari sumber yg boleh dipercayai, jauh dari yg dipaparkan dalam news & paper. Kalo aku xp sana, mmg aku pecaya bulat2 ape yg dipaparkan. Tp.. Alhamdulillah la.. Aku diberi hidayah. Hahahhaha...


Rupa2nya, ada 1 malam, ceramah BN hanya dihadiri oleh 6 org sahaja. Adeh!!! Biar betol. Membe aku sendiri p sbb nk tgk. Memula ceramah tu nk dibuat dlm dewan. Membe aku pon p la sana. Pelik gak. Apsal gelap je.. Upenye dh tukar ke dlm umah sape tah..Bila dia tgk ade 6 org je, dia pon blah. Alasan dia, “Sori bang, silap umah.” Hahahahaha... dasat betol kalo cmtu..

Hope masyarakat Permatang Pauh dpt pilih pemimpin yg terbaik utk mereka. Dpt bekerja utk kebajikan masyarakat. Berdasarkan penilaian aku kt Dato Arif Shah, nmpk cm ok. Datin pon ok. Sgt peramah. Tp.. Xtau la.. Skang kan tgh masa berkempen. Hopefully, attitude ni bukan semata2 lakonan utk kempen ni je la...


25 hb ade Ceramah Perdana Anwar Ibrahim kt Permatang Pauh. Aku xsempat nk tengok waktunya sbb tau xdpt p tgk. Hehehehhee... Tp aku leh jangkakan, kawasan ceramah tu mesti penuh. Selama ni, rating ceramah Anwar mmg high. Kali ni xtau la...


Ape2 pon, betolkan niat.. InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalan yg benar. AllahuAkbar!!!!!!

p/s: gambar akan diupload ye...

No comments: