Tuesday 28 June 2011

rakyat kelantan seharusnya bersedia untuk menerima kesan dari kemajuan negeri ..


untuk kesekian kalinya rakyat kelantan yang berada di kota bharu mengeluh...

namun apa boleh buat.. untuk kemajuan, rakyat kelantan seharusnya bersedia menerima perubahan walaupon tempat tempat yang dikorbankan itu merupakan tarikan pelancong...


antara lokasi lokasi tarikan pelancong yang telah hilang di telan sejarah :


1. pasar malam padang bas / pasar malam parit dalam

- kini tersergam indah dengan banggunan , tiada lagi kemeriahan dan keriuhan sebagaimana dulu.. lokasi yang berpindah ke belakang flat buluh kubu ibarat hidup segan mati tak mau.

- peniaga peniaga kain baju pula diarahkan berpindah ke lembah sireh,.. ia umpama menutup pintu rezeki peniaga.. dulu mereka memperoleh pendapatan yang boleh dikatakan lumayan.. sekarang tiada lagi.. dengan lokasi yang agak jauh.. pengunjung sukar berkunjung ke sana..

2. pasar lama MPKB.

- sekian lama mereka mencari rezeki di situ.. namun akhirnya akur supaya berpindah ke premis baru, di bazar tok guru.. sekali lagi lokasinya tidak strategik..

pengunjunjung yang menggunakan kenderaan awam seperti BAS amat sukar ke sana.. dengan tempat baru, pengunjung mungkin agak keberatan untuk ke sana.. bagi yang mempunyai kenderaan sendiri.. tidak mengapa.. mereka boleh ke sana dengan senang hati..



dan.. ada antara kita mungkin akan terus melupakan angan angan untuk berkunjung ke bazar ramadan di stadium sultan muhammad ke-IV.. kerana untuk masa ini, metro parking dikatakan telah memajak kawasan parking di stadium ... mungkin tiada lagi bazar ramadhan seperti dahulu sekiranya ini benar..

siapa akan menanggung kos gantirugi kepada metro parking jikalau bazar ramadhan di teruskan secara tradisi di situ???

atau adakah pihak metro parking rela membuat kebajikan dalam bulan puasa dengan tidak mengambil bayaran parking??

kepada kerajaan negeri.. jangan kerana mengejar kemajuan.. kami rakyat
marhain di biarkan menerima kesan tanpa pembelaan..

0 comments:

Post a Comment