Friday, April 17, 2009

Kaedah Jibril, Kaedah mudah menghafaz Al-Quran untuk golongan awam

MODUL 1

Hebatnya Al-Quran! : kenali kitab suci anda hayatinya dan fahami ke’mukjizat’annya!
– 9.00 - 10.30 pagi.

Ini adalah modul utama yg akan menjadi ’asas motivasi’ kpd kefahaman Al-Quran anda.

Segala mukjizat Al-Quran yang jarang didengar di ceramah umum dan hanya terdapat dalam kitab arab kalangan ulama muktabar sahaja, buat pertama kalinya didedahkan dalam satu pakej modul lengkap –TUJUAN UTAMANYA? : bongkar Rahsia kitab ajaib dari langit yang selama ini tersorok di celah-celah rak buku anda!

Sebahagian dari kandungan modul hebat ini :

3 Fakta unik ’keajaiban tidak terbatas Al-Quran’
fakta yg akan meluruskan kembali penilaian anda terhadap Al-Quran, dengan penerangan yang mudah untuk difahami dan melekat terus ke dalam hati.

JAWAPAN PALING KUKUH, BUKTI KEASLIAN AL-QURAN.
Inilah satu-satunya jawapan yang akan mematikan terus sebarang keraguan dari sesiapapun, baik orientalis mahupun golongan kurang iman!

Apa perbezaan IQ,EQ dan SQ kita dengan para ulama silam?
Apakah sebabnya mereka boleh menghafaz ribuan hadis & mengarang beratus kitab dizaman komputer belum wujud? –Fakta yg selama ini disimpan rapi oleh para ulama akan anda ketahui...

KELEBIHAN KOMBINASI ”Rohani dan Jasmani” serta ”Fikir serta Zikir”
yg selama ini menjadi KEHEBATAN dalaman setiap ayat Al-Quran sehingga membezakannya dari buku sains,politik,teknologi, sastera dan novel ciptaan manusia.

FAKTOR SEBENAR Rasulullah menjadi Insan cemerlang, gemilang dan terbilang
FAKTOR Q.Q. Faktor yang selama ini menjadi amalan wajib para ulama terbilang, para cendekiawan dan individu bertahap wali agung akan berada di genggaman anda.....

Yang pasti, sebaik sahaja anda habis mendengar modul ini, anda akan memahami apa sebenarnya mukjizat Al-Quran, sehingga hati SAIDINA UMAR menjadi cair dengan bacaannya!



MODUL 2
KAEDAH JIBRIL –kaedah terbaru & termudah menghafaz surah Al-Quran ditengah kesibukan harian anda! - 11.00- 12.45 tgh.

Inilah ’jantung’ utama pencarian kita! KAEDAH JIBRIL : kaedah BERKUASA TINGGI yang akan mendedahkan secara ’step-by-step’ untuk anda terus menghafaz sebaik habis seminar, terus menerus setiap hari dgn keistimewaan tambahan : dijamin tidak mengganggu waktu bekerja 8-5 anda!

Sebagai idea awal, disini saya sertakan beberapa kandungan hebat modulnya :

FAKTA SEBENAR kemampuan ingatan manusia menurut pakar Psikologi & saintifik
mengapa otak digelar ’otot kecil berkuasa raksasa’ sehingga jutaan buku mampu diingati jika ia digunakan 100%!

Mengapa nama Malaikat Jibril digunapakai untuk kaedah ini?
Apakah sebabnya Malaikat Jibril memeluk Rasulullah sebanyak 3 kali sblm menyampaikan wahyu pertama? Bagaimana peristiwa besar ini menjadi prinsip utama dalam Kaedah Jibril?

Teknik Pertama KAEDAH JIBRIL : STRATEGI 3Q
rahsia mengingati ayat Al-Quran, dgn penerangan yg sangat terperinci, satu persatu. Teknik pertama ini tepat sebagai ’batu loncatan’ jika anda ingin menghafaz ayat Al-Quran seperti pakar.....walaupun tanpa ’basic’ & pengalaman!

Teknik kedua KAEDAH JIBRIL : kekuatan ’serampang 3 mata’
teknik mengulang bersifat ’sekejap tapi ingat’. Sedikit panduan : sebenarnya cara inilah yang menjadi ’main factor’ ingatan hafazan Al-Quran anda sentiasa kekal, walaupun anda sibuk kesana-sini hadiri mesyuarat, atau ’deadline’ kerja yang tak putus-putus!

2 ciri tambahan : Fathus Sodar dan Fathus Sobar
yg menjadi 'tonik' kekuatan dalaman supaya momentum menghafaz terus kekal! Yg menariknya ialah, ia mampu melonjakkan motivasi menghafaz sesiapapun, tidak kira apapun tahap kemampuannya.

10 Surah popular. InsyaAllah!
Ketahui bagaimana sistem KAEDAH JIBRIL bekerja sehingga impian 10 surah ini berada dalam ingatan anda....kurang dari 6 bulan 2 minggu...

Dan banyak lagi fakta serta penerangan lain yang akan mendedahkan anda ’complete picture’ tentang KAEDAH JIBRIL.


MODUL 3
Ayuh kita berlatih! –latihan praktikal secara step-by-step, cara mengaplikasikan kaedah Jibril.
2.00 –3.00 ptg

Selamat datang ke medan latihan. Selama 1 jam, anda akan dilatih oleh Ustaz Asraff sendiri, satu persatu, bagaimanakah cara untuk mengamalkan KAEDAH JIBRIL.

Melalui modul ini, segala ilmu teori dalam modul 2 akan dijelmakan secara praktikal (anda perlu menghafaz disini)... Berita baiknya, anda tidak perlu risau jika ditanya secara individu.....kesemuanya secara berkumpulan....dan bonus lain dalam modul ini ialah :

- Melalui praktikal, sesiapapun selepas ini boleh terus menghafaz, tidak kira apapun tahap anda. Hanya teruskan sahaja sistem ini sebagai 'senjata menghafaz' setiap hari. Dan, sebaik keyakinan anda bertambah (dan surah Sejadah serta Insan sudah boleh dibawa dalam solat subuh pagi Jumaat), anda boleh terus mencuba teknik KAEDAH JIBRIL pd surah yang lebih panjang!

Asas pengetahuan Tajwid anda akan diperkemaskan
Anda akan mengetahui jenis kesalahan yang sering dilakukan ketika membaca Al-Quran...adakah ia ’LAHNUN JALIY’ yang boleh membatalkan solat, atau ’LAHNUN KHOFIY’?

Kawal sendiri ‘speed’ bacaan Al-Quran anda
Ia boleh dilakukan setelah anda ketahui 4 tahap kelajuan membaca Al-Quran yg akan didedahkan...

Beza bacaan ’ala melayu’ dan gaya bacaan ’ala arab’ .
Ketahui kesalahan lazim yang sering dilakukan, dan bagaimana cara untuk menggayakan sebutan huruf seperti bacaan Imam Mekah dan Madinah.
Sistem TALAQQI WAL MUSYAFAHAH
Inilah sistem yang diamalkan oleh Rasulullah setiap kali baginda bertemu dgn Malaikat Jibril – dan kini akan anda praktikan.

sesi terbuka untuk soal jawab
TANYA Ustaz Asraff SECARA LANGSUNG, anda boleh menyoal apa sahaja – masalah kurang yakin, mental block, gagap ketika membaca, lupa pangkal ayat, berapa kali ulang? dan lain-lain.


MODUL 4
10 Tips ’booster’ekstra! –senarai tips, teknik berkesan, petua & beberapa amalan untuk para penghafaz. –3.30 –4.45 ptg

Modul ini merupakan pelengkap kepada KAEDAH JIBRIL. Pengalaman saya selama berbelas tahun DIPADATKAN dalam 10 komponen penting yang amat anda perlukan untuk melajukan hafazan, menyelesaikan masalah di tengah jalan, & memberikan jawapan supaya semangat menghafaz anda sentiasa membara! Antaranya :

doa mustajab supaya mudah menghafaz.
Apakah yang perlu dilakukan supaya doa anda betul-betul diperkenankan Tuhan?

- Terfikir bagaimana para ulama besar seperti Imam Syafie, Imam Malik dan beribu yang lain cepat dan kuat ingatan tanpa air Yasin, pil vitamin dan makanan tambahan? Mudah sahaja!..mereka mengetahui ’petua mujarab’ dari Rasul - Solat Taqwiyatul Hifzi .... kita akan kongsi bersama nanti....

3 cara berkesan utk mengelakkan penyakit ’cepat lupa’
terutamanya dalam situasi ’blank’. Sebaik anda mengetahui skill ini, anda seakan memiliki penawar ajaib untuk : Lupa, blank, ayat-ayat mengelirukan dan kebimbangan.

Masuk kedalam ’minda bawah sedar’,
Ketahui teknik kawalan minda dan ’state of confidence’ , mengubah diri dari ’zero to hero’ supaya momentum semangat menghafaz sentiasa berkekalan!

Apa yg perlu dimakan? apa yg tak boleh dimakan?
Mengapa makanan/supplement tanpa asas ’halalan toyyiba’ lebih banyak menambah berat badan, dari khasiat otak? Ketahui berita baik, bagaimana asas ’RESEPI PEMILIHAN MAKANAN DARI AL-QURAN' ini benar-benar meningkat energi minda, bukannya berat badan anda!

2 PENGHALANG UTAMA penyebab 'gagal' ketika menghafaz.
Pelajari cara untuk mengatasi masalah ini, & tingkatkan momentum anda 2 kali ganda setiap hari!

- fakta yang memeranjatkan anda, jika anda hidup selama 63 tahun, ketahui bagaimana anda membuang masa 10 TAHUN sepanjang hidup, hanya untuk menonton TV –jika alasan ’tidak ada masa’menjadi sebab utama anda masih tidak mampu menghafaz Surah Yasin yang dibaca beratus kali sejak 20 /30/40/50 tahun lepas.

.....dan ini hanyalah ’tip of th iceberg!’

http://www.kaedahjibril.com/

0 comments:

Related Posts with Thumbnails