Tuesday, April 28, 2009

Sijil Pengajian Syariah


University of Malaya, Centre for Continuing Education

Sijil Pengajian Syariah

Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para tenaga akademik Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Akademi menyediakan kepakaran dalam bidang Syariah.

Objektif

* Kursus jangka pendek pengajian awam diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu Syariah kepada masyarakat awam.

* Program yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat dalam disiplin pengajian Syariah. Peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan berbagai aspek yang terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari sudut perkembangan sejarah dan yang relevan masa kini.

* Kursus ini sangat berguna, kerana peserta-peserta dapat sama-sama mengikuti dan memahami perkembangan semasa dan dapat meningkatkan tahap pemikiran terutama dalam soal yang berhubung dengan Syariah.

Struktur Program

Kursus ini ditawarkan dalam 3 Modul (Modul 1, Modul 2 dan Modul 3) yang berasingan. Pelajar diminta memilih mana-mana modul yang ingin diikuti terlebih dahulu tetapi sebaik-baiknya dimulakan dengan modul 1. Pelajar yang tamat mengikuti mana-mana modul dan ingin mengambil modul yang berikutnya perlu memohon sekali lagi. Setiap modul akan diaugerahkan sijil kursus.


Modul 1

Pengantar Kepada Syariat Islam (IYS 101)

Membincangkan tentang konsep Syariah dan istilah yang berkaitan, sumber-sumber Syariah, perbahasan ilmu Fiqh Islam, sejarah perkembangan mazhab dan juga perkembangan Syariah sehingga kini.

Pengajian Al-Quran (IYS 102)

Membincangkan tentang nuzul Al-Quran, sejarah pengumpulan Al-Quran, kehujahannya, pendalilan Al-Quran terhadap hukum serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Pengajian Al-Sunnah (IYS 103)

Membincangkan tentang konsep Al-Sunnah sebagai sumber kedua perundangan Islam, penulisan al-Sunnah, tokoh dan karyanya serta metode-metode kawalan originaliti Al-Sunnah.

Amalan Ijtihad (IYS 104)

Menerangkan peranan ijtihad dan Syariat Islam, sejarah pengamalan dan pengabaiannya di sepanjang zaman dan juga perbincangan tentang ijtihad kontemporari.

Modul 2

Sistem Ibadat Islam (IYS 201)

Membincangkan tentang konsep ibadat secara umum dan bahagian ibadat secara khusus.

Sistem Kekeluargaan Islam (IYS 202)

Menghuraikan konsep kekeluargaan yang merangkumi persoalan hukum, rukun, syarat-syarat dalam perkahwinan dan perceraian. Ia juga akan membincangkan hak dan kewajipan suami dan isteri dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Sistem Jenayah dalam Islam (IYS 203)

Membincangkan tentang sistem Jenayah dalam Islam, asas-asas pembentukannya dan beberapa pengecualian dari tanggungjawab jenayah.

Sistem Muamalat Islam (IYS 204)

Menghuraikan perkara asas dalam sistem Muamalat Islam terutama yang berkaitan dengan Undang-Undang Kontrak Islam. Juga akan membincangkan tentang beberapa kontrak penama dalam Fiqh Islam seperti jualbeli, mudarabah, wadi`ah, musyarakah dan sebagainya.

Modul 3-Syariah

Syariat Islam dan Masyarakat Malaysia (IYS 301)

Membincangkan tentang persoalan masyarakat Islam dan strukturnya secara umum dan aplikasi hukum Islam dan realiti masyarakat Malaysia dan persoalan cabaran hukum Islam terhadap perubahan masyarakat hari ini.

Sistem Politik Islam (IYS 302)

Menghuraikan pengertian politik dan siasah, perbincangan serta kuasa-kuasa di negara-negara yang merangkumi legislatif, eksekutif dan judikatif.

Sistem Pengadilan Islam (IYS 303)

Menghuraikan konsep pengadilan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Pentadbiran Syariah Islam di Malaysia (IYS 304)

Membincangkan tentang undang-undang yang dipakai untuk mentadbir Syariah Islam, pengkanunan undang-undang Syariah dalam bidang Mal dan Jenayah dan beberapa institusi yang berkaitan yang mentadbir hal ehwal agama Islam di negara ini.

Jadual Program

Kursus dijalankan secara separuh masa selama 4 bulan bagi satu modul iaitu 32 jam kuliah keseluruhannya.

Masa dan hari kelas bergantung kepada tempat seperti berikut:

Tempat Kuliah ------------------------------------------------Masa Kuliah

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, KL Sabtu (3.00 ptg – 5.00 ptg)

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Sabtu dan Ahad (9.00 pg - 1.30 ptg)

Kolej Islam Darul Ridzuan, Ipoh Perak Sabtu (3.00 ptg – 5.00 ptg)

Dewan Perniagaan Melayu Putrajaya Sabtu (3.00 ptg – 5.00 ptg)

Kaedah Penilaian

Penilaian

100% Peperiksaan (akan diadakan bagi setiap modul.)

Syarat Kemasukan

Individu yang berminat hendaklah memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya. Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.

Jadual Pengambilan

Mei dan Oktober

Yuran Pengajian

Pusat Pengajian

Yuran (RM)* bagi setiap modul

  • Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 
    Kuala L
    umpur           

250.00
 

  • Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

  • Kolej Islam Darul Ridzuan, Ipoh Perak

  • Dewan Perniagaan Melayu Putrajaya

360.00


*Termasuk Nota Kursus

Kelayakan ke Program Diploma Eksekutif

Peserta yang lulus SPM dan Modul 1,2,3 Syariah layak mengikuti pengajian peringkat Diploma Eksekutif (Diploma Eksekutif Pengajian Syariah/Diploma Eksekutif Pengajian Usuluddin) yang ditawarkan oleh pusat ini.

http://www.umcced.edu.my/CERT/Sijil-Syariah.html

0 comments:

Related Posts with Thumbnails