Sunday 17 April 2011

TRIP ZIARAH GUNUNG BATU PUTIH

14 - 17 APRIL 2011
GUNUNG BATU PUTIH, TAPAH
6993ft
7 ORANG
Kelas trek : A

Gunung Batu Putih terletak di hutan simpan kekal Bukit Tapah yang mempunyi ketinggian 6993 kaki dari aras laut turut tersenarai gunung ke-8 tertinggi dia semenanjung malaysia. Gunung Batu Putih juga terkenal sebagai Gunung yang berketinggian 6000kaki yang paling mencabar. Dengan perjalanan ke puncak memakan masa 2hari perjalanan dan untuk turun ke starting point hanya memerlukan masa sehari, bayangkan tahap pacak trek Gunung Batu Putih. Saksikan perjalanan kami dari mula hingga akhir XPDC.

14 April 2011
Jam 9.00mlm saya serta 3 orang rakan dari kuala lumpur  iaitu sal, kak B dan uda bertolak ke tapah bagi bertemu dengan 3 orang rakan yang juga guider utk trip ini alen azam dan yoyo serta PA alen, mira yang menanti kami di Restoran Mee Rebus Tapah. Perjalanan dari KL ke Tapah mengambil masa 2jam lebih dgn mengunakan highway plus akhirnya kami sampai di exit tapah pada jam 1pagi setelah lepak RNR tapah pekena teh tarik hampir sejam beborak bagi menghilangkan ngantuk. Lepak sekejap lalu kami bertolak ke Restoran Mee Rebus Tapah alen, yoyo dan mira sedang menanti kami disana.

15 April 2011
Jam 1 pagi kami masih melepak di Restoran Mee Rebus Tapah sambil bercerita tentang Program esok serta perasaan teruja ingin mendaki Gunung Batu Putih yang awalnya hampir 20 peserta utk turut serta tetapi membatalkan disaat akhir diatas pekara yg tak dapat nak dielakkan. Akhirnya kami 7 orang bertekad untuk meneruskan niat untuk mendaki Gunung Batu Putih.

Jam 2.30pagi kami bertolak ke Hutan Lipur Kuala Woh yang mana menjadi 'landmark' untuk ke Gunung Batu Putih dan juga menjadi kem site pertama kami untuk XPDC ini. Hutan Lipur Kuala Woh dilengkapi dengan segala keperluan asas seperti tandas, wakaf dan juga surau. Disitu juga dilengkapi sebuah Pejabat Pengurusan Hutan Lipur yang bertanggungjawap mengawal selia Hutan Lipur tersebut. Ada beberapa buah wakaf yang terletak didalam kawasan Hutan Lipur yang menjadikan urusan bermalam menjadi mudah kerana kita boleh bermalam di bawah wakaf yang terdapat disitu.

Jam 7.30pagi Adalah waktu yang sesuai untuk kami bangun untuk keluar bersarapan serta membeli bekalan makan (ration) di kedai berhampiran. Terdapat sebuah kedai makan yang menyediakan pelbagai juadah sarapan pagi namun roti canai menjadi pilihan kami untuk bersarapan pada pagi itu. Setelah selesai sarapan kami ke kedai runcit berhampiran utk membeli bekalan makan untuk keperluan 3hari 2malam..

Jam 9.00pagi kami bertolak ke starting point dimana ada sebuah perkampungan orang asli berhampiran empangan Kuala Woh yg menjadi starting point untuk mendaki Gunung Batu Putih. Kawasan rumah orang asli tersebut juga menjadi tempat para pendaki meletakkan kenderaan sepanjang program mendaki. Mungkin sedikit bayaran dikenakan sebagai upah mereka menjaga kenderaan yang ditinggalkan disitu.


Jam 9.40pagi Kami memulakan perjalanan dengan bacaan doa agar dikurniakan kekuatan dan keselamatan sepanjang pendakian ini berlangsung. Perjalanan pertama di mulakan dengan menuruni bukit di bahagian belakang rumah orang asli, perjalanan dengan menyusuri denai sepanjang sungai hingga sampai disatu kawasan yg memerlukan kita melintasi sungai yang airnya agak dalam dengan arus yg laju dan batu sungai menjadi batu loncatan untuk keseberang. Cross sungai dilakukan dengan jayanya bila semua berjaya sampai keseberang dengan selamat walaupun pelbagai cara dan gaya digunakan untuk menyeberangi sungai. Perjalanan diteruskan dengan trek kali ini yang sedikit berbukit menjadikan trek ini sebagai trek pemanas badan. Trek yang dihiasi dengan pokok buluh sepanjang perjalanan kadang kala membuatkan hati menjadi panas kerana gangguan pacat yang begitu peramah yang menyapa siapa saja yg melalui kawasan tersebut. Bilangan yg cukup banyak membuatkan kita akan rasa kurang selesa.








Jam 12.15tengahari Sampai di sungai Y kami rehat untuk masak dan makan tengahari dibawah rimbunan pokok buluh sambil memeriksa dalam stokin jika terdapat pacat menghisap darah kaki yg bakal mengakibatkan kaki kita akan merasa gatal tempat gigitan tersebut. Menu makan tengahari cukup simple tapi sedap, nasi putih, sup sayur dan telur dadar lambung. 


Jam 1.30ptg Perjalanan diteruskan selepas lunch dan rehat, destinasi seterusnya ialah gua azan dimana menjadi kem site ke-2 kami utk malam tersebut. Trek yg agak pacak diselang seli dgn layan permatang. Langit kelihatan mendung yang bakal mengundang hujan. Trek yg agak menaik dan menurun kekadang melangkah balak tumbang adalah rutin dlm treking, sesekali berenti 'take 5' meneguk air membasah tekak agar badan kembali bertenaga. choki-choki menjadi pemanis mulut serta jelly stick yg banyak membantu menhilangkan dahaga dan juga mengembalikan tenaga. 2jam perjalanan  kami sampai di kem bagan, kem site yg agak besar menjadi pilihan para pendaki yg tak nak bermalam di gua azan, Kem site ini juga mempunyai water point berupa anak sungai kecil mengalir.


Jam 5.50ptg Tiba di gua azan, gua azan terjadi akibat daripada pembentukan sebuah batu besar yang mempunyai ruang yg agak luas dibawahnya memudahkan para pendaki untuk bermalam hanya bentang ground sheet tanpa perlu flysheet kerana kita berbumbungkan batu. Water point juga tidak jauh hanya disebalik gua terdapat alur air yg mengalir laju dari celah batu menjadikan air tersebut amat sejuk seperti air batu, mandi disebelah petang pun dah mengigil dah tentu esok pagi hanya gosok gigi dan cuci muka jawap nyerr. Makan malam di ejas segera, lepas makan borak lebih kurang semua pakat tido keletihan. Bermalam di bawah batu besar mcm tu dah tentu amat sejuk, windbreaker, sleeping beg , glove dan stokin diperlukan jika nak tido nyenyak. kalau tak tido dlm kesejukan.
 


16 April 2011
Jam 6.30pagi Pagi yang hening dan dingin dikejutkan dengan jeritan guider mengejutkan agar bangun utk sediakan sarapan, masing² malas nak bangun kerana masih sedap tidur, namun apakan daya, misi belum selesai, sorang demi sorang bangun, yg termenung ada, yg mengeram ada, uda dan kak B terus masuk dapur menjalan tugas memasak, Alen dah rendam bihun, katanya menu pagi nie mihun sup, sebab ada sup daging lebih semalam, sayur sikit dgn telur dadar sebagai penambah hidangan. Lepas cuci muka masing² terus sarapan dan tukar pakaian treking.



Jam 10.00pagi kami memulakan treking dengan salam good morning pacak tak ingat punya utk naik  keatas di persimpangan utk kepuncak, boleh tahan juga dia punya mengah. Perjalanan diteruskan untuk ke puncak batu lintang dimana destinasi untuk kami lihat dari manakah datangnya nama Batu Putih. Trek kali ini yang cukup menduga kekuatan mental yang kadang² goyang, melintasi tangga kayu  ketika time lepas hujan utk panjat dinding batu lagi satu cabaran yg ada di gunung batu putih.  Hujan turun dengan lebat kadang² renyai membuatkan keadaan makin sejuk, raincoat diperlukan ketika ini bagi mengawal suhu badan agar tidak terlalu sejuk hingga menggigil.  Beg dah mula basah dan amat terasa beratnya. Setelah hampir 2jam berjalan akhirnya kami hampir sampai ke puncak batu lintang, hujan pun dah mula berhenti, sebelum sampai di kaki puncak batu lintang kami berhadapan dengan pacak yg sebenar-benarnya pacak hampir 90darjah dia punya pacak, manjat sambil berpaut pada akar kayu membuatkan mental mula retak. setelah sampai di kaki puncak batu lintang, letakkan beg di bawah hanya naik free body dan cabaran ke-2 menanti, panjat dinding puncak batu lintang dengan mengunakan tangga kayu yg diperbuat drpd dahan kayu yg di ikat pada batu nampak agak lusuh tp masih mampu berkhidmat utk kami utk sampai dipuncak batu lintang. Puncak batu lintang adalah puncak dimana kita dapat lihat dinding satu puncak gunung yg kelihatan dari jauh dinding batu yg berwarna putih, menurut org asli puncak batu lintang adalah puncak gunung batu putih.


 

Jam 12.30tengahari Kami start treking semula menuju ke Air Terjun Tebunuh di mana port kami lunch utk tengahari ini.  Air terjun tebunuh adalah last water point nak ke puncak, bekalan air yg mencukupi harus ditapau disini bagi kegunaan sepanjang berada di puncak. Jarak lebih kurang 1jam perjalanan.Trek dah sikit berubah, kekadang layan naik bukit, kekadang layan permatang, sesakali menurun, akhirnya kami sampai di Air Terjun Terbunuh. Kawasan rehat dipenuhi air bertakung, keringkan air buka ground dgn fly utk menikmati hidangan tengahari dgn selesa, akhirnya meggi kari berjaya dibelasah hingga rapat akibat dari kesejukan yg membawa kepada kelaparan. Air terjun tebunuh terletak lebih kurang 10min kebawah menurun cerun yg agak menjunam, akhirnya saya dgn yoyo turun juga nk merasai air terjun tebunuh dgn alasan mau basuh pinggan. setelah menempuh azab nk turun kebawah, akhirnya terbalas dgn hidangan pelangi yg terjadi daripada curahan air terjun tebunuh di atas batu hampar. Air terjun yg terjatuh dari celahan batu setinggi lebihkurang 30meter yg menghempap batu amat sejuk airnya. Selesai mencuci pinggan, badan dan baju juga perlu dicuci setelah seharian mengelumang dlm lumpur. Segar rasanya setelah selesai mandi dan mencuci pakaian ala kadar, rasa sejuk makin kurang selepas mandi jika nk dibandingkan kesejukan selepas hujan. Nak naik keatas pun azab jugak, pacak xingat punya, dah mandi bersih sampai kembali kotor, biarlah, janji aku dh mandi..akhirnya sampai kat atas comot kembali....hahahahhaaa

Jam 1.30petang Selesai mengemas beg, kami pun bertolak untuk sampai ke puncak Batu Putih sebelum gelap kerana tak nak terlepas peluang untuk menyaksikan sunset dari puncak Batu Putih. Perjalanan kepuncak memang semua sudah sedia maklum, kawasan yang berlumut serta lembat pasti trek akan becak kaw-kaww....redah jeee...










Jam 5.30petang Kami sampai puncak batu putih jam 5.30ptg dengan cuaca yg amat cerah, view yg cukup super duper membuatkan penat lelah hilang begitu saja. dangan suhu yg terasa dingin dengan angin yg sepoi² bahasa membuatkan hati melonjang riang, berdiri teguh beirut yg hanya tgl rangka entah kemana zink terbang melayang membuatkan puncak batu putih kelihatan amat unik dengan lantai tanah yang bertingkat umpama banglo dilereng bukit. Aras bawah menjadi pilihan kami utk membina banglo untuk mengelakkan kesejukan yg melampau dimalam hari akibat tiada tampanan angin utk terus masuk kedalam fly yg membuatkan tido mlm seperti udang, lutut sudah hinggap kedagu....












Jam 8.00malam Malam spt biasa, lepas makan malam lepak bawah fly beborak kosong dgn pelbagai topik menarik membuat mlm yg dingin menjadi ceria... cuaca yg amat sejuk, windbreaker yg tebal amat diperlukan time ini, time nak tidur bila melewati pagi adalah masa paling sejuk sehinggakan xbole nak tido akibat sejuk yang amat, stokin, glove, seluar panjang, jaket dan sleeping beg telah digunakan namun suhu sejuk masih sampai ke tulang...jadi harus di ingat, jika bercadang ke Gunung Batu Putih, pakaian tebal amat diperlukan ketika bermalam dipuncak.

17 April 2011
6.30pagi Saya telah dikejutkan oleh yoyo utk melihat sunrise dari puncak Batu Putih, ternyata berbaloi dgn bangun seawal pagi bila dihidangkan dgn view yang amat cantik, gempulan awan seperti hamparan karpet membuat hati berasa bangga bila berada di puncak yg begitu cantik yg selama ini tak pernah dpt sy saksikan. Pengalaman menarik ini ingin dikongsi bersama kawan² lain, telah dikejutkan berulang kali namun semuanya malas nak bangun kerana masih sedap diulik mimpi, mungkin semalam tak dpt tido nyenyak sbb sejuk sangat jadi balas dendam di pagi hari. Setelah puas merakam gambar, saya dan yoyo masak air teh utk sarapan pagi itu.







9.00pagi Alen dan kawan² telah bangun dari tidur setelah dikejutkan kerana time ni lah selalunya alen akan gerak turun, tapi hari ni lain mcm sikit dia punya tido, katanya dia xbole tido smlm, kul 5 baru dpt tido, kalau bangun awal mahu pewai katanya..xpe lah janji guider dpt rehat cukup. selepas sarapan kami berkemas dan pukul 11pagi kami mula bertolak turun, perjalanan yang mencuram membuatkan kami perlu lebih berhati-hati, tiba di kem Bagan jam 3ptg kami berenti utk lunch, lepas lunch kami sambung treking dan sampai di Kg Empang Besar jam 8.30mlm dgn selamat. TAMAT

Guider : Alen Azam & Yoyo
Prestige Outdoor Sport (POST)


LOG PERJALANAN
14/4/2011 (khamis)
11.00mlm : Berkumpul di hutan lipur kuala woh (bermalam)

15/4/2011 (jumaat)
08.00pg  : Bergerak ke kg Empang Besar
09.40pg  : Mula treking.....
12.15pg  : Berhenti utk lunch (sungai Y)
01.30ptg : Sambung treking....
05.50ptg : Gua azan (bermalam)

16/4/2011 (sabtu)
10.00pg  : Mula treking....
12.30pg  : Puncak Batu Lintang (isap rokok sbatang)
01.30ptg : Air Terjun Tebunuh (last water point)
03.00ptg : Sambung Treking
05.30ptg : Puncak Batu Putih (bermalam)

17/4/2011 (ahad)
11.00pg   : Bergerak turun.....
03.00ptg  : Lunch kat bagan
04.30ptg  : Sambung treking.....
08.30mlm : Kg Empang Besar
09.00mlm : Balik..TAMMAT

No comments:

Post a Comment