Saturday 21 February 2015

TRANS SINGGORA


Trans Singgora ialah laluan merentasi banjaran singgora kedah thai melalui Gunung Fakir Terbang dan Gunung Batu Merah, rentis laluan meniti batu sempadan malaysia thai dgn panorama indah tasik pedu.

Dengan pemukaan bumi berbatu memerlukan teknikal pengunaan tali di sesetengah tempat, tiada punca air sepanjang pendakian menjadikan cabaran utama sesi pendakian Trans Singgora.

Jika berminat untuk merasai trail pendakian Trans Singgora, bole hubungi kami, kami uruskan pendakian anda bersama krew dan peralatan pendakian.....

Krew Seven Outdoor Team bersedia untuk berkhidmat untuk anda semua.....

Team Leader : Pak Sheikh - +60173294880

Petikan Artikel dari pihak Geosigns Malaysia

GUNUNG FAKIR TERBANG

Gunung Fakir Terbang pastinya tidak asing bagi geng pendaki gunung di Malaysia. Yang bukan geng panjat gunung mesti tak pernah dengar sebabnamanya tidak sepopular Gunung Kinabalu, Gunung Tahan, Gunung Korbu dan Gunung Ledang.


Gunung Fakir Terbang terletak dalam Banjaran Kedah-Singgora dalam negeri Kedah. Gunung ini berketinggian lebih 882 m dan yang tertinggi dalam banjaran tersebut.

Secara umumnya, Banjaran Kedah-Singgora menganjur di sepanjang timur Tasik Pedu, Daerah Padang Terap, Kedah.

Secara geologinya, Banjaran Kedah-Singgora didasari hampir sepenuhnya oleh batuan konglomerat yang dikenali sebagai Lapisan Saiong (Saiong Bed), terbentuk kira-kira 66 hingga 2.58 juta tahun lalu atau dipanggil Tertiar (Tertiary).

Lapisan Saiong terdiri daripada batuan konglomerat.

Menariknya tentang banjaran ini, sejarah geologi menunjukkan jalur banjaran ini suatu ketika dahulu pernah menjadi sebatang sungai yang besar. Sungai ini terbentuk apabila blok daratan di kiri dan kanannya merenggang akibat pergerakan tektonik dan aktiviti sesar (faulting).

Setelah beberapa lama menjadi sungai dan didasari ketulan dan bongkah-bongkah batuan yang berasal dari tebing sungai (dasar sungai kan ada banyak batu ...), berlaku pergerakan tektonik sekali lagi menyebabkan blok daratan di kiri dan kanan sungai ini merapat semula sedikit demi sedikit.

Akibatnya, jalur sungai ini semakin terangkat dan terhimpit lalu membentuk banjaran yang dinamakan Banjaran Kedah-Singgora.

-----

Jom daki Gunung Fakir Terbang, untung-untung jumpa fosil dinosaur.

No comments:

Post a Comment