Sabtu, 2 Oktober 2010

Bang!! Siapa pilihan abang??



Ini adalah pertanyaan yang sering kali didengar sebelum aku berpindah ke alam pekerjaan. Hehe.. Sibuk benar adik-adik junior mahu mengetahuinya. Maklumlah senior yang tiada gosip di surau tu..haha...

Jawapanku mudah. Secara sinisnya, "Semua yang dikenali berkemungkinan akan menjadi jodoh, mungkin kita juga boleh ditakdirkan menjadi jodoh." Secara berseloroh pula," Abang kahwin dengan janda kot, tapi nak yang kayalah, nanti senanglah dia pergi, abang amik harta belanja kamu semua, hahaha..." Gurau sahaja, tiada kaitan dengan siapa pun. :) Tetapi secara jujurnya, "Abang sudah berusaha, soal hati tidak boleh dipaksa, mungkin itu lebih baik untuk dia dari memilih abang dan mungkin ada yang sedang menunggu abang. Bila? Itu abang tidak tahu. Usaha kena ada, tambah doa untuk petunjuk juga perlu ada. Abang tidak boleh memaksa seseorang menyukai abang. Nanti lepas kahwin tidak bahagia sampai bercerai buat apa? Takkanlah kita nak buat masjid untuk diruntuhkan? Tidak mengapa, ada jodoh nanti abang akan khabarkan. Jangan risau semua dijemput hadir ke majlis itu, InsyaAllah. Tapi bila majlisnya tue..kita tak tahu...hehehe.."


So, kepada adik-adik junior yang ambil berat sangat pasal abang senior ni, terima kasih banyak-banyak yea.. Kenangan bekerja dengan anda memang akan sentiasa tersemat di hati. Maaf jika jawapan kepada adik-adik tidak memuaskan. hehehehe... Aku hanya insan kerdil di bumi ini. Usaha + Doa = Adalah tu nanti habuannya.. Yakinlah...:) Abang akan sentiasa ada untuk kamu..('',)

Soal Hati...???

Assalamualaikum...

Soal hati?? Mesti ramai yang tertanya kenapa soal hati?? Macam-macam kita dengar orang cakap pasal hati. Ishh.. Susah juga hendak menghuraikannya... Sejak akhir-akhir ini ramai junior yang bertanya tentang siapa pilihan isteri ku.. Hanya gurauan kecil, " Semua perempuan yang abang kenal bakal isteri abang.".. hehehe.. Senda gurau adik junior dan senior sebelum meninggalkan institut pendidikan guru ini.

"Soal hati tidak boleh dipaksa." Aku bukan tidak berusaha. Tetapi.. "Soal hati, tidak boleh dipaksa." Aku bukan seorang yang suka permainan perasaan wanita. Sentiasa disematkan dalam hati "Ibuku juga seorang wanita, aku ada adik juga seorang wanita." Datang seorang junior kepadaku, " Bang! Kenapa perempuan tue tak pilih abang?" Dengan sahaja aku menjawab, "Bukan jodoh." "Ahh, perempuan ini nak yang baik macam mana lagi?!" Aku balas, "Soal hati, jangan dipaksa." Hati jangan dipaksa menerima cinta dan juga jangan begitu mudah memberi cinta sesama makhluk. Ideologinya ialah kita ambil seorang yang melatih seekor buaya, banyak cinta yang telah diberi, namun apabila ia lapar, tuannya akan dibahamnya juga. Begitulah juga kepada sesama manusia, jika banyak cinta ditabur sesama manusia, pasti bila tiba suatu hari nanti jika pasangannya membuat silap, akan rasa cintanya itu dipersia.

"Soal hati, tidak boleh dipaksa." Betul ke hati tidak boleh dipaksa? Berdasarkan teori, sesuatu perilaku yang dibuat mengikut aturan akan menjadi kebiasaan. Begitu juga dengan hati, jika kita paksa dan terus memaksa, ia akan jadi juga kebiasaan. Sedih juga melihat wanita yang sering jatuh ketangan manusia yang suka benar memberi cinta dusta. Isu buang bayi semakin banyak kita dengar, sampai ia menjadi kebiasaan kepada kita sekarang ke mana hati itu pergi? Di mana hati seorang ibu? Ya Allah, sebak hati ini memikirkan semakin banyak bayi dibuang malah ia bertambah sebak jika ia dimulai dengan penyalahgunaan hati ataupun cinta. Cinta yang dusta di antara dua makhluk terhasilnya bayi ini tetapi cinta terhadap bayi itu hilang? Ke mana? haaa... itu kita tak tau..(gurau..:P). Mari kita didik hati ini supaya lebih kepada Allah. Semakin baik kita dengan Allah, 10x baik Allah dengan kita. Ruginya kepada insan yang menggunakan cinta ke jalan yang salah..

Ishh... Apalah yang aku mengarut ni.. Ntahlah, aku sendiri tidak tahu makna sebenar cinta. Apa yang aku tahu aku cuma melakukan tanggungjawab aku sebagai hamba. Aku BENCI pada orang yang melahirkan anak tetapi membuangnya setelah ia dilahirkan. Aku BENCI pada orang yang menaburkan benih untuk menjadikan anak tersebut tetapi tidak bertanggungjawab ke atas perbuatannya. INGAT!!! Setiap perbuatan kita di dunia ini akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita sendiri. Naluri sayang dalam hati ini, sedih melihat bayi diperlaku demikian. Wahai kawanku, jagalah batas anda. Jagalah wanita disekeliling anda. Bukan rosakkannya tetapi lindungilah mereka. Ia amanah kepada kita seperti Allah mengamanahkan Hawa ke atas Adam, di situlah bermulanya kita.


" Ya Allah, Ya tuhan kami, Kau ampunilah dosa kami ya Allah. Kau berilah kami petunjukMu ya Allah, hambaMu sering lupa darjatnya ya Allah. HambaMu sering ingkar perintahMu, Ya Allah. Engkau sejahterakanlah anak-anak yang dibuang ya Allah. Kau berilah petunjuk kepada ibu bapa mereka ya Allah. Hati ini kurniaan Mu ya Allah tetapi ia sering kali di salah guna. Kau lingunilah keluarga kami dari sebarang anasir begini, ya Allah. Maafkan kami ya Allah. Sesungguhnya Cinta kami hanya untuk Mu, Allah dan juga Rasul Mu, Muhammad s.a.w. "

* Ia sekadar coretan hati..........