Rabu, 16 November 2011

Thanks, its inspired me...

Assalam.. begini, sebenarnya semalam, macam biasa aku ke sekolah. Lepas punch card, aku masuk ke bilik guru untuk melepakkan diri. Tup-tup atas meja ada kad buatan tangan. Aku duduk dan baca apa yang dituliskan. Wahh... terkejut and sedikit tersentuh. Rupanya anak murid yang beri aku kad tu. Tak sangka rajin plak dorang buat benda gini tuk aku. hahaha... Aku ambil ini sebagai pemberi semangat pada aku untuk aku bantu dorang menghadapi kehidupan ini. Apa yang ditulis dalam tu? Aku ada ambil pic sikit. malas nak hurai banyak2.huhu.. sekadar berkongsi untuk menjadi lebih baik. Aku akan berusaha untuk menjadi lebih baik untuk anak murid aku ini. InsyaAllah. Muga ia jalan yang betul untuk aku.. Aminnn...






* Aku tak tau apa korang pk jika aku letak benda macam ini. Ini adalah sesuatu yang beri aku inspirasi untuk aku buat lebih terbaik. Thanks for view..:)

Selasa, 15 November 2011

Belia BENCI Israel - 10 perkara Yahudi taknak kita tahu

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.


2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.


3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.






4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!


5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.


6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?


7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?


8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi


9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.


10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!


Sumber

Isnin, 14 November 2011

Pelajar tak faham maksud Surah al-fatihah.. ermmm???




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDfihS-QgZFO6ivKnXYn5Aii6z8m7f4wfjG9NiQXor1ycE63vJahtB2fMTJWUSvzgKnba_HBwXdeGqqOTyJ6-HrfNUB3mfh1irsul2zOrvqtcBSMLDgWPZf1sHVQn-IsKvs4UNYCYcdvo/s1600/al-fatihah-res.jpg


Agak mengejutkan dan membimbangkan apabila kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memahami maksud surah al-Fatihah yang menjadi salah satu daripada 13 rukun solat.

Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron berkata, hasil kajian dijalankannya mendapati lebih 80 peratus pelajar tingkatan dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti gagal menjelaskan makna dan terjemahan surah berkenaan.

Perkembangan itu ternyata membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam sembahyang sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim sejati yang dituntut agama.

Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang…bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul saja, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar ketika Forum Pendidikan Nasional bertema Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik anjuran Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) di Kelab Sultan Sulaiman di sini, pagi semalam.

Pengerusi Panel Pendidikan MPM, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar bertindak sebagai moderator forum itu manakala ahli panel terdiri daripada Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Prof Datuk Dr Md Zabid Abdul Rashid; Presiden Institut Pemasaran, Datuk Sharifah Mohd Ismail dan bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Dr A Rahim A Rashid.
Pada masa sama, Dr Isahak menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar Melayu dari tahun dua hingga tingkatan lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, mereka dikhuatiri bukan saja terus lemah dalam dua subjek teras itu, malah gagal menimba ilmu di sekolah sehingga terjerumus ke dalam gejala negatif bagi membuktikan kebolehan dan kelebihan masing-masing.

sumber dari www.hmetro.com.my

Kenapa One Piece...



Hari ini aku nak perdengarkan satu lagu pembukaan dalam anime One Piece. Tetapi sebelum itu, aku nak cerita sikit, kenapa aku minat sungguh dekat cerita ini. Anime ini banyak mengajar aku pasal kesetiaan dan kepercayaan dalam bersahabat. Kadang-kadang, aku sampai menangis gak lah kalo ada scene yang berkaitan dengan persahabatan dorang dalam cerita ini. Jangan kata bersahabat dengan manusia sahaja, malah dorang terap nilai bersahabat dengan kehidupan dan benda sekeliling. Bukankah kita biasa mendengar 'Alam akan turut berzikir dan berdoa untuk kita'. Jadi, takkanlah kita tak balas budi dorang kan? Mestilah sama-sama memberi dan menerima. Sekarang anime dia dah mencecah ke 522 episod. Manga (komik) plak, janganlah cerita, dah berapa ratus episod ntah. huhuh...Kalo sesapa yang baru cuba-cuba meminati anime, moh layan One Piece ini, anda pasti tidak menyesal. hehe...

Oklah, berbalik pada lagu pembukaan cerita One Piece ini. Sebenarnya sudah banyak lagu pembukaan dan penutupan untuk anime One Piece ini. Yang aku nak kongsi adalah lagu pembukaan yang ke-14. Lirik lagunya banyak mengajar aku tentang kepercayaan bersahabat dan keyakinan terhadap sahabat. Kalau hayati, boleh tersentuh juga. Jom cuba dengar. Sekadar suka-suka...



P/S: ini bukan nasyid tau, lagunya dalam bahasa Jepun. Ada 2 version, 1 penyanyi lelaki dan 1 lagi penyanyi perempuan, tetapi akubagi yang perempuannya versi. Aku gak ade sertakan lirik tuk mudahkan pembacaan anda semua. Harap terhibur dan hayati..:)


Lirik lagu
Tajuk : Fight Together
Let's leave before the dawn shows
Let's go meet a tomorrow we haven't seen yet
There's no regret about this decision
(Oh I know what I'm supposed to do)

What kind of trial awaits ahead?
My heart just can't stop beating fast
The place I want to reach is just one
(Fly to the light)

The bonds I got at the end of the fight
I won't let anyone broke them
If I just open the fists I grasped
I find my strength lying there

So let's start
A new world is calling
Hey, look there
No matter how many seas will separate us
I'll always be there for you
Without any fear, heading straight
Don't ever forget
We fight together 

I never compromised
On that day, wherever I looked up
I saw an high endless sky

I came this far
And the several oaths in my heart
Are not hesitating now
I'm carrying them on my back

The sun rises
and lightens my sadness up

I do believe it
One day we'll go find together
The future that connect us as one
There's no one who can substitute you
Don't ever forget
We fight together

Kempen Jom Menutup Aurat

Assalamualaikum..
Hai, ini adalah kesinambungan dari blog sahabat aku, pasal aurat. Rasanya aurat ini bukan lagi perkara yang boleh diendahkan. Sudah banyak ia terdedah. Masih ingin teruskan ia terdedah? Fikirkanlah, baik lelaki atau pun perempuan. Anda DIPERHATI!!!!!
P/S : Kepada yang malas baca, leh layan video yang disertakan. Sekadar berkongsi dan berdoa dalam diri agar aurat kita terjaga..:)
 
 
Dari Blog Mimbar Syahadah:
Minta maaf banyak-banyak jika jawapan di bawah ini tidak menyenangkan anda.
Kaum hawa ini bukan tak tahu hukum mendedahkan aurat tapi kenapa masih tayang aurat di facebook.?kenapa?

Sebab-sebabnya ialah :
1.Biar orang melihat bahawa dia ni cantik
... 2.Ingin menggoda lelaki
3.Suka dilihat seksi
4.Tidak cukup kain
5.Ingin melanggar ajaran agama
6.Jahil(Bodoh)

*Hukum perempuan yang meletak gambarnya di facebook walaupun menutup aurat?
-Tutup aurat pun kalau bersolek,edit gambar,buat aksi seksi atau seumpamanya masih tetap HARAM.

*Hukum meletak gambar artis ataupun kawan yang tidak menutup aurat?
-HARAM meletakkan gambar yang mendedahkan aurat samada gambar artis ataupun kawan,disebabkan kita juga akan mendapat saham dosa kerana meletakkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat.

*Hukum "LIKE" gambar kawan-kawan yang mendedahkan aurat?
-"LIKE" itu maknanya suka.Suka tu ada dua makna,suka melihat gambar dia dan suka melihat dia mendedahkan aurat.Kalau suka dia mendedahkan aurat hukumnya Haram dan jika kita "LIKE" bermakna kita sokong dia,hukumnya tetap HARAM.

p/s:Bagi perempuan yang tidak menutupi aurat dengan sempurna dan dalam masa yang sama ayahnya telah meninggal dunia,segerakanlah membuang gambar yang tidak tutup aurat kerana di dalam kubur,ayah anda menanggung segala dosa anda kerana anda tidak menutup aurat dan bagi perempuan yang masih ada ayah,tutuplah aurat dengan sempurna kerana "Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka