15 April 2011

Minggu Kokurikulum Akademik MES 2011 (Jabatan VokTek)

    Hari ini adalah hari terakhir Minggu Kokurikulum Akademik 2011. Jabatan Vokasional dan Teknik mengambil gilirannya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan hari ini ialah Pertandingan Memasak, Pertandingan Memasang Plag 3 pin, Kuiz Kemahiran Hidup dan banyak lagi. Aktiviti bermula pada pukul 3 petang dan tamat pada pukul 5.30 petang. Semua aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar MES.
Pelajar dari Tingkatan 1A sedang memberi jawapannya dalam Kuiz Kemahiran Hidup.

Tiada ulasan: