04 Mei 2011

SHIVA, RAKAN-RAKAN DAN AUTA....

      Kali ini kita bercerita tentang Cikgu Shiva pulak.
  

      Shiva tiba di KLIA kerana menunggu ketibaan rakanya dari Amerika Syarikat iaitu Francis Longgo dan Rajisan Kawamoto. Francis adalah rakyat Amerika sementara Rajisan rakyat Jepun yang belajar di Amerika. Mereka merupakan kenalan di Facebook yang telah lama merancang untuk melawat Malaysia. 
      Selang sejam kemudian rakan-rakannya selamat mendarat di KLIA. Mereka berbual-bual sambil merancang  pergerakan mereka untuk hari ini. Masing-masing bertukar-tukar cerita mengenai negara mereka.
Rajisan Kawamoto : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.
Francis Longgo : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear!
Cikgu Shiva : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan saudara-saudara untuk menggali di sini dan akan tahu ada apa di bawah tanah kami. Dulu ada orang Barat datang mengali di Malaysia?
Rajisan Kawamoto : Apa yang mereka jumpa ?
Cikgu Shiva : Tidak ada apa-apa
Francis Longgo : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Cikgu Shiva : Takde apa-apa..
Rajisan Kawamoto : So what?
Cikgu Shiva : (sambil ‘menjeling kerek’ ke Rajisan dan Francis) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

5 ulasan:

CgNaz berkata...

hahahaha.....

Tanpa Nama berkata...

Macam ni la...Malaysia Boleh

Mieza berkata...

Steady Cikgu Shiva....

Jang termuda berkata...

ini menunjukkan cikgu shiva bijak dalam kelentong rakyat jepun dan amerika....yang sama sekali tertipu dgn kebijaksanaan beliau bak kata seperti "jika kucing bergigi, maka tikus melompat lebih tinggi"....

Mieza berkata...

hahaha... Cg Shiva kuat kelentong rupanya...surprise...