Doa Pengasih


Dalam hadis riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi s.a.w agar berdoa kepada Allah supaya diberikan hidayah kepada ibunya agar memeluk Islam. Berkat doa Nabi yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu kepada Abu Hurairah telah memeluk islam akhirnya. Beliau kemudiannya meminta Nabi s.a.w berdoa kepada Allah agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang beriman. Nabi telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan - "wa ummahu" (dan ibu Abu Hurairah), selepas kalimah "abdaka hadza". Hasil doa Nabi, setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah.

Untuk Pendo'a Lelaki:


أَللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين


Allahumma habbib 'abdaka haza ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin.

"Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman"

Untuk Pendo'a Wanita:

أَللَّهُمَّ حَبِّبْ أَمَتَكَ هَذِهِ اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين Allahumma habbib amataka hadzihi ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin.

"Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman".


Selain doa di atas, elok sangat jika diamalkan juga doa ini ketika menilik di cermin:
أَللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِى فَحَسِّنْ خُلُقِى وَاجْعَلْنِى مَحْبُوبًا فِى قَلْبِ........../ قُلُوبِ النَّاسِ بِبَرَكَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه

Allahummakama hassanTa khalqi fahassin khuluqi waj'alni mahbuban fi qalbi.........../ qulubinnaasi bibarakati Laa ilaaha illaLlaahu Muhammadur RasuuluLLaah.

Ya Allah, sebagaimana Tuan Hamba cantikkan rupa hamba maka cantikkanlah juga akhlak hamba, serta jadikanlah hamba ini dikasihi pada hati............... / hati² manusia, dengan berkat kalimah La ilaha illa Llah Muhammad ur RasuluLlah.

* Tempat yang berdot³ tu boh la nama si dia dehh! kik³~

....Dan yang penting, betulkan niat serta ikhlaskan berdoa....dan, jangan boh nama ambo kat dot³ tu dehh! senyumm~


Sumber ehsan dari: Perinduketelusan II





Published: 2011-02-05 Hit: 6 Laman Asal
Sebait Doa Buat Guru
Sebait Doa Buat Guru .. ..
Tak Lok Camni ingat Doa Orang Dizalim Mustajab Serta Tiada Hijab
Pengarah Radio IKIM didesak 'Letak Jawatan' kerana panggil Presiden PAS Muzakarah Herman Shamsuddin Seorang teman meya .. ..
Majlis Tahlil Dan Doa Kesyukuran
Ceramah Maal Hijrah akan diadakan seperti berikut: Tarikh : Ahad, 27/11/2011 Waktu : Selepas Maghrib Penceramah Jemputan : Us Abdul Fatah Yusof (JAWI) Tajuk : Jamaah Mua .. ..
RENUNGAN DOA AKHIR&AWAL MUHARRAM 1432H
Bukankah perasaan dan keinginan ini pernah aku alami tahun lalu, Tapi mengapa terulang dan selalu terulang lagi tanpa ada yang tercapai dengan sempurna. Mengapa kesalahan demi kesalahan terus teru .. ..
. : : Doa Untuk Ibu Bapa : : .
Ya Allah,Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahkanlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka .. ..