Apabila Tidak Memahami Konsep "Agama Itu Nasihah"..

1. Pemimpin memberikan nasihah kepada rakyatnya kerana semata-matauntuk mempertahankan kedudukannya lalu terjadilah perkara-perkara yang jelek seperti:

  • Memuji diri-sendiri dan memuji usaha sendir agar dipandang tinggidan dianggap berjasa kepada rakyatnya.
  • Menghina dan mencaci atau menjatuhkan mana-mana individu-individu yang dianggap akan mengganggu atau mencabar kedudukannya walaupun individu tersebut tidak melakukan apa-apa.
  • Memberikan janji-janji kosong atau janji yang tidak mungkin dapat dilaksanakan olehnya.
  • Sanggup menipu dan merubah fakta walaupun sudah terang lagi bersuluh.

2. Pendaie memberikan nasihah kepada mad'u kerana mahu dilihat sebagai orang dakwah dan alim lalu terjadilah perkara-perkara jelek sperti berikut:

  • Memperbanyakkan dan memilih cerita-cerita kelebihan pendaie semoga semua orang akan memandang tinggi kepadanya.
  • Selalu menceritakan pengalaman sendiri yang tidak banyak berkaitan dengan tajuk ceramahnya agar dipandang hebat.
  • Mereka-reka jawapan walaupun hakikatnya ia tidak tahu supaya tidak dipandang lemah di mata masyarakat.
  • Menghafal nama-nama ulama' dan tajuk-tajuk kitab supaya dianggap alim walaupun pada hakikatnya tidak pernah membuka, membaca atau mendalami kitab tersebut.

3. Guru-guru memberi nasihah kepada anak muridnya kerana kesinambungan periuk nasinya maka jadilah insiden-insiden yang tidak baik seperti:

  • Menasihati sambil lewa.
  • Marah yang melampau walau pada kesalahan yang kecil, kali pertama dan jarang berlaku.
  • Terungkap kata-kata bodoh, tahlul, bangang, dan sebagainya yang tidak layak diungkapkan oleh seorang guru kerana kata-kata guru merupakan doa kepada muridnya.

4. Ibubapa yang menasihati anak-anak kerana keegoan dan rasa diri berkuasa lalu terjadilah masalah-masalah seperti berikut:

  • Marah yang melampau sehingga membawa kepada kecederaan anak-anaknya. Sama ada kecederaan mental dan fizikal.
  • Mencari-cari kesalahan anak-anak supaya anak patuh dan taat kepada mereka secara buta tuli.
  • Mengungkit-ungkit jasa dan pemberian mereka kepada anak-anak atau mengungkit-ungkit kesalahan anak-anak dalam keadaan terpaksa mematuhi dan menyetujui segala nasihah dan arahan mereka.

5. Rakyat memberi nasihah kepada pemimpin kerana perasaan marah, cemburu dan dengki lalu terjadilah insiden yang memalukan seperti berikut:

  • Menegur pimpinan dengan kasar dan suara yang tinggi.
  • Menegur pimpinan di depan khalayak ramai walaupun ia boleh ditegur secara bersendirian.
  • Mencari-cari kelemahan dan kesilapan pemimpin serta melupakan segala jasa mereka sehingga terpaksa membuat andaian yang melampaui batas ssegala tindak-tanduk pimpinan.

Terlalu banyak contoh yang boleh kita berikan buat panduan kepada kita semua namun cukuplah sekadar ini untuk menjadi renungan dan bahan pengkajian kepada kita yang ingin melihat konsep "Agama Itu Nasihah" menyinari dan mengharumi kehidupan kita seharian.

Tulisan: kijang59.blogspot.com

Comments