Selamat Datang Ke Laman Blog KL Pendidikan Futsal Team
Sesi Mengeluarkan Peluh Telah Bermula... SELASA dan KHAMIS jam 6.00pm hingga 7.00pm bertempat di Centermart Futsal Center

KL Pendidikan Vs WAN FC...Pengajaran dan Pembelajaran

Keletihan semalam masih lagi belum hilang, hari ini KL Pendidikan menguatkan semangat lagi untuk terus berfriendly... Kali ini team KL Pendidikan bertemu jodoh dengan team WAN FC...he..he..he... ambil nama organiser dio orang sbb team ni sebenarnya tak de nama...

Bagaimana prestasi hari ini?... secara umumnya agak kucar kacir dan kurang menyengat... Kombinasi player yang agak berterabur... Faktor utama kekalahan hari ini adalah ketiadaan keeper yang benar benar berwibawa. MAN terpaksa menjadi keeper bidang terjun sekali sekali bertukar tempat dengan MUSANEF... mungkin team akan membuat satu rancangan realiti "KEEPER IDOL" untuk mendapatkan Keeper yang benar benar berminat dan boleh memberi komitment kepada team....seterusnya, kekalutan agak terasa semasa MUSANEF menjadi Keeper... apabila menteenya ADHA sudah mula hilang pedoman... sudah mula OFF position... he..he..he... mungkin dengan kekalahan malam ini, bisa memberi ilham dan pedoman...agar sentiasa mendengar PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN daripada Mentornya...

Pihak lawan rata-rata mempunyai stamina yang tinggi, dengan mastermindnya WAN...banyak mengatur corak permainan mereka. Kombinasi personal skill yang baik dan jurus sepakan yang kencang... Pada awal permainan, konsentrasi mereka agak terganggu kerana terpaksa meminjam player KL Pendidikan kerana player mereka agak lewat tiba...Apabila mereka mendapat rentak mereka, permainan mula rancak dan saling berbalas gol... Mungkin kelebihan dan tenaga muda mereka dapat bertahan hingga minit minit terakhir..Jaringan diminit minit terakhir memberi kemenangan kepada mereka.

Sekiranya terkasar... KL Pendidikan mohon maaf... bukan sengaja tetapi mungkin keghairahan membuat kita excited.. terima kasih atas game hari ini...mungkin boleh friendly pada masa akan datang.

Keputusan hari ini, KL Pendidikan tewas kepada WAN FC.


saksikan serba sedikit friendly hari ini...




0 comments:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin