31 Mac 2011

Adenovirus Ragut Nyawa Ketiga di Pulapol

Korban Ketiga Adenovirus.



30 Mac, 2011 - Seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur meninggal dunia akibat jangkitan adenovirus kelmarin, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat serangan virus itu menjadi tiga orang setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengesahkan kes itu berkata, mangsa ketiga yang maut akibat jangkitan itu berasal dari Bagan Datoh, Perak, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam 30 Mac, 2011.


Tiong Lai berkata, mangsa, Konstabel Mohammad Siman, 23, telah dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Mac lalu dan meninggal akibat organ dalamannya gagal berfungsi.

"Kes ini bukan kes terbaru dan kali terakhir kita menerima laporan pelatih dijangkiti adenovirus ialah pada 19 Mac lalu.

"Justeru, kita masih menunggu jika ada lagi yang dijangkiti atau tidak selepas itu sebelum boleh mengisytiharkan Pulapol bebas daripada jangkitan selewat-lewatnya 2 April ini (Sabtu)," katanya kepada pemberita semalam.

Sebelum Mohammad, jangkitan virus tersebut telah meragut nyawa Konstabel Mohd. Azizan Azidi, 25, dan Inspektor Mohd. Redzuan Ishak, 26, pada awal bulan lalu. (Rujuk: kosmo.com.my)



Gejala Adenovirus

Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.

Jangkitan Adenovirus biasanya menyebabkan penyakit membabitkan sistem pernafasan, namun ia juga boleh menyebabkan cirit birit, jangkitan selaput mata, jangkitan usus dan ruam serta masalah pernafasan akut (ARD).



Pengamal perubatan, Dr S Thiru, berkata Adenovirus yang tersebar melalui rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan, memerlukan rawatan serta penjagaan rapi.

“Virus mula agresif bila antibodi rendah dan lemah. Biasanya, ia tidak bertindak balas kepada antibiotik kecuali ada gabungan jangkitan virus dan bakteria,” kata doktor sukarelawan itu yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di beberapa negara dunia ketiga dan membangun, termasuk Palestin dan Pakistan.

Dr Thiru berkata, antara simpton awal jangkitan Adenovirus ialah demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru. (Rujuk: bharian.com.my)



Punca Adenovirus Di Pulapol

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan keracunan makanan dan faktor persekitaran yang kurang bersih adalah antara punca penularan jangkitan Adenovirus yang menyebabkan kematian pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

Malah, Sungai Bonus yang mengalir di dalam pusat latihan tersebut dikatakan boleh menyumbang kepada punca merebaknya adenovirus. Serangan adenovirus adalah berpunca daripada kencing tikus. (Rujuk: utusan.com.my)

Sementara itu, Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Lokman Hakim Sulaiman, ketika dihubungi Berita Harian, berkata gaya hidup kurang sihat dan sistem pengaliran udara tidak terancang punca utama menularnya jangkitan Adenovirus di PULAPOL.

“Adenovirus bukan virus atau penyakit misteri, sebaliknya ia biasa menjangkiti orang ramai dalam bentuk jangkitan pernafasan, radang selaput mata serta radang pundi kencing. Cuma dalam kebanyakan masa ia tidak serius,” jelasnya.

Beliau berkata, Adenovirus terdiri daripada kumpulan virus sangat besar iaitu lebih 52 jenis virus boleh menyebabkan pelbagai penyakit lazim termasuk tonsil, kelenjar adenoid dan masalah usus malah individu dijangkiti tidak menunjukkan gejala serius dan akan pulih jika menerima rawatan segera. (Rujuk: bharian.com.my)

Malaysia Vs Lubnan (Pusingan Kedua Kelayakan Sukan Olimpik)



KUALA LUMPUR, 30 Mac 2011, Malaysia akan bertemu Lubnan pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Sukan Olimpik 2012 London.

Skuad bimbingan jurulatih Ong Kim Swee akan bertandang ke Lubnan pada 19 Jun dan akan menanti kedatangan lawan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun.

Negara timur tengah itu memperoleh kelayakan terus ke pusingan kedua berdasarkan pencapaiannya pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008 di Beijing bersama 11 lagi negara iaitu Korea Selatan, Korea Utara, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan dan Vietnam.


Di atas kertas dalam ranking Fifa, Malaysia berkemungkinan tiada masalah bertandang ke bumi Lubnan kerana Malaysia kini berada di tangga ke-138 dunia dan ke-21 Asia sementara Lubnan kini berada dalam ranking 169 dunia dan 32 di Asia.

Ong yang ditemui pemberita selepas majlis undian di ibu pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, Rabu bagaimanapun mengakui perlawanan menentang Lubnan pastinya getir kerana kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu sebelum ini.

"Kita tidak tahu corak permainan mereka dan akan menganalisa dahulu serta membuat perancangan latihan pusat. Selain itu kita juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Syria ataupun Bahrain bagi memantapkan Skuad Olimpik Negara. Kita memilih Syria atau Bahrain kerana mahu membiasakan anak buah dengan cuaca di sana, yang sama seperti cuaca di Lubnan," katanya.

Beliau berkata terdahulu pihaknya mempunyai cadangan untuk membuat latihan pusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Qatar tetapi terpaksa melupakan hasrat itu kerana cuaca yang terlalu panas di sana tidak sesuai untuk anak buahnya.

Ong berkata jika salah satu negara sama ada Syria atau Bahrain bersetuju dengan permohonan Malaysia untuk membuat latihan di sana, skuad Olimpik negara akan berlepas pada 8 Jun untuk membuat latihan pusat sehingga hari perlawanan itu.

"Saya akan menumpangkan enam atau tujuh pemain saya bermain bersama skuad K Rajagobal (Harimau Malaya) pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada awal Jun.

Namun beliau tidak menyatakan nama-nama pemain yang akan bersama skuad Harimau Malaya nanti yang akan bertanding pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan pada Julai.

Skuad kebangsaan, di bawah bimbingan Ong Kim Swee, melangkah ke pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0.

Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Sumber: bernama.com.my

Malaysia Vs Taiwan (Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014)



MALAYSIA dilihat mampu melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 apabila diundi bertemu Taiwan pada pusingan pertama.

Malaysia akan menerima kunjungan Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun sebelum bertandang ke negara itu untuk perlawanan timbal balik pada 3 Julai.

Sekiranya berjaya melepasi halangan Taiwan, skuad bimbingan K. Rajagobal itu akan menentang Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik tersebut pada 23 Julai. Perlawanan timbal balik pula dijadual berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai.


Ketika ditemui pemberita selepas majlis undian yang berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil semalam, Rajagobal yakin skuad bimbingannya itu dapat melepasi Taiwan.

Malaysia kini menduduki ranking ke-138 dunia manakala Taiwan berada di tangga ke-147.

“Jika mampu mara ke pusingan kedua, ia akan menjadi satu rekod bagi Malaysia,” kata jurulatih yang membimbing skuad negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan kelayakan pada 1974 di Jerman.

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.

Sumber: kosmo.com.my

30 Mac 2011

‘Spiderman’ Takluk Burj Khalifa di Dubai



DUBAI 29 Mac, 2011 – Pemanjat bangunan Perancis yang digelar ‘Spiderman’ berjaya menawan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu, pada 29 Mac, 2011, selepas bergelut dengan angin kencang yang memaksa pendakiannya tertangguh beberapa jam.

Alain Robert (gambar), 48, mengambil masa kira-kira enam jam untuk menawan bangunan setinggi 828 meter (2,717 kaki) itu yang mempunyai 160 tingkat dengan menggunakan tali dan perkakas yang ditetapkan oleh penganjur.




Namun Robert menyifatkan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh penganjur dan orang ramai yang berhimpun untuk melihatnya membuatkannya bertambah gementar.

“Sebenarnya saya berhadapan dengan tekanan yang tinggi kerana mereka telah memasang beberapa peralatan keselamatan untuk saya.

“Terdapat juga skrin besar yang mempunyai ketinggian 50 meter dan panjang 30 meter bagi membolehkan orang ramai menyaksikan pendakian itu dan ini sebenarnya memberi tekanan besar kepada saya,” katanya.

http://zollotech.com/wp-content/uploads/2010/01/burj-khalifa.jpg

Robert telah ditahan banyak kali di beberapa negara kerana pihak berkuasa biasanya tidak memberi kebenaran untuk beliau membuat pendakian yang berbahaya itu.

Dia mula memanjat bangunan sejak berusia 12 tahun ketika kunci apartmennya tertinggal di dalam rumah dan memutuskan untuk memanjat apartmen setinggi lapan tingkat itu untuk memasukinya melalui tingkap yang terbuka.



Robert dilaporkan telah memanjat lebih 80 bangunan di seluruh dunia termasuk Menara Kembar Petronas, Sears Tower di Chicago dan Taipei 101 di Taiwan. – REUTERS

Sumber: utusan.com.my


Fakta Berkaitan Burj Khalifa.
(Maaf.. Tidak sempat nak terjemah ke Bahasa Melayu. InsyaAllah akan diusahakan suatu hari nanti)



The Burj Khalifa, which officially opened in Dubai on Januari 2010, is the world's tallest building and the highest structure ever made by man. The following list of facts has been gathered from a variety of sources.

Burj means tower in Arabic. Construction began in 2004 and took 1,325 days.

The building cost US$1.5 billion, but is part of a $20 billion, two square-kilometre (490-acre) development called Downtown Dubai which is described by the developer as a "new urban masterpiece".

The official height is 828 metres (2,717 feet), a staggering 328 metres higher than the world's second-highest tower, the 500-metre Taipei 101 in Taiwan, and 275 metres taller than Toronto's 553-metre CN Tower, which had been the tallest man-made structure on Earth since 1976.

The owner is Dubai-based developer Emaar Properties. The architect was Chicago-based Skidmore, Owings, and Merrill. The primary contractor was South Korean construction company Samsung C&T, which also built Taipei 101 and Kuala Lumpur's Petronas Twin Towers.



The Burj Khalifa's 200 storeys house a hotel, residential apartments and retail space. Prices for the apartments when they went on sale in March 2009 reached US$37,500 per square metre. If you want one you're too late, they're all gone.

The building contains 330,000 cubic metres of concrete, 39,000 tonnes of reinforced steel, 103,000 square metres of glass in 24,000 windows, and 15,500 square metres of embossed stainless steel.

It weighs 500,000 tonnes. It has 57 elevators.

It has the world's highest observation deck, highest swimming pool, highest elevator, highest restaurant and highest fountain.

The contract to clean the 24,000 windows was won by an Australian company named Cox Gomyl. All the windows will get washed once every three months.

The Armani Hotel in the tower is described as an "ultra-luxe seven-star" hotel. It self-proclaims itself as the world's most luxurious hotel, which will annoy the folks at the Burj Al-arab, Dubai's famous sail-shaped hotel which makes the same claim.

At the Armani Hotel, you can slum it in one of the 160 guest rooms down on levels five through eight, or you can go upmarket in the suites on floors 38 and 39, where room rates are probably measured in oil tankers rather than mere money.

The name of the building was Burj Dubai until the global economic crisis became a cash crisis for Emaar Properties. The company was heading for collapse until a white knight appeared. He was Sheikh Khalifa bin Zayed al Nahyan, current President of the UAE and ruler of Abu Dhabi. With his help, Emaar survived, and Burj Khalifa was renamed in gratitude.

Although there are 200 storeys, 40 are uninhabited and unnumbered. The top floor is therefore the 160th floor, immediately below the spire. It is full of mechanical stuff. Floors 156 to 159 are used for communication and broadcast purposes and 155 is more mechanical stuff. The best people can do is floors 139 to 154, which house corporate suites.

Sumber: theblogoflists.com

29 Mac 2011

Khasiat Buah-Buahan


Amalan makan buah-buahan sebelum hidangan
bantu kurang berat badan,
hindari penyakit.

MAKAN buah-buahan sebelum makan makanan berat adalah tabiat yang baik, tetapi yang lazimnya berlaku, buah sering dijadikan sajian pencuci mulut atau hidangan terakhir selepas makanan utama.

Hakikatnya, mendahulukan buah-buahan adalah baik berdasarkan konsep mengalas perut kerana ia tidak menjejaskan kepadatan tenaga makanan dan pengambilan tenaga menyeluruh biarpun seseorang itu dalam fasa menyekat pengambilan kalori.

Malah, ada bukti klinikal yang menunjukkan bahawa penurunan berat badan yang ketara dapat dicapai bila individu dapat mengalas perut dengan tenaga yang rendah kepadatannya (misalnya buah) sebelum makan makanan utama.


Menurut Pakar Khidmat Diet dan Pemakanan Hospital Columbia Asia Cheras, Cindy Chua Shiu Sinn, buah-buahan dapat membantu individu mengisi perut selain mengurangkan jumlah suapan sepanjang waktu makan.

“Pada masa kini, kurang kajian yang dijalankan bagi menyelidik hubungan secara langsung antara pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan berat badan. Namun, dalam kajian pengurusan penyakit kronik, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dianggap sebagai bahagian penting dalam pengurusan penyakit secara keseluruhan (termasuk penurunan berat badan dan untuk tujuan penyelenggaraan berat badan),” katanya lagi.

Individu tidak boleh menyekat apa yang mereka ambil berdasarkan kalori semata. Dan rasa kenyang adalah satu alasan untuk seseorang berhenti makan.

Kata Chua, pada tahap kalori yang sama, kepadatan makanan bertenaga rendah seperti buah-buahan, menyediakan jumlah makanan yang lebih besar. Ini dapat membantu seseorang merasa cepat kenyang semasa makan sambil mengambil jumlah kalori yang lebih rendah.

“Air dan serat boleh meningkatkan jumlah makanan dan mengurangkan kepadatan tenaga. Dalam keadaan semula jadi, buah-buahan mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi. Oleh itu, buah adalah sumber baik yang rendah dalam kalori dan kepadatan tenaga,” katanya.

Jelas Cindy, penyelidikan menunjukkan bahawa buah-buahan boleh meningkatkan rasa kenyang terutama bila diambil secara menyeluruh. Jika dibandingkan secawan 250 mililiter jus oren yang menyediakan 88 kalori dengan buah oren dengan hanya 37 kalori, lebih baik dimakan buah oren yang juga mengandungi lebih banyak lagi serat dan mampu mengenyangkan.

“Semua jenis buah-buahan boleh diambil sebelum makanan berat tetapi sebaik-baiknya buah yang segar. Serat dapat mendorong bahan makanan tadi melalui sistem pencernaan dan memberikan jumlah yang konsisten setiap kali membuang air,” katanya.

Bagaimanapun, kata Chua, sebelum makan makanan berat, elakkan makanan yang ada kepadatan tenaga yang tinggi yang biasanya merujuk makanan tinggi lemak atau gula. seperti makanan manis, hidangan makanan segera dan gula-gula.

INFO: Khasiat buah-buahan:
* Sumber baik untuk sistem pencernaan kerana kaya serat.
* Perlu diambil sekurang-kurangnya 30 gram serat sehari.
* Bantu kurangkan risiko penyakit termasuk jantung atau kanser usus

Sumber: bharian.com.my

Ujian Memandu Guna Transmisi Auto

http://202.76.226.180/images/31/3124770779.jpg

Pelatih yang mahu mendapatkan lesen memandu akan dibenarkan menjalani latihan dan ujian menggunakan kenderaan transmisi automatik tidak lama lagi selepas kerajaan meluluskan penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu sedia ada yang menggunakan kenderaan transmisi manual.

Mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata, kurikulum baru itu sudah siap sepenuhnya dan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi selepas Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima peruntukan daripada kerajaan.


“Kerajaan mendengar permintaan orang ramai berikutan penggunaan kenderaan transmisi automatik semakin meluas di negara ini. Saya tidak menjangkakan institut memandu akan menghadapi masalah untuk menjayakan sistem baru itu nanti,” katanya.

Sumber: Bharian.

p/s: Kereta Auto senang nak dikendali... Terutama ketika dikendali semasa ujian memandu... Tapi harga kereta auto lebih mahal berbanding kereta manual...

28 Mac 2011

Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad



Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu. Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga kini.

"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya lagi

Sumber: kosmo.com.my

Pokok dipenuhi sarang labah-labah


DUA batang pokok dipenuhi dengan sarang labah-labah di wilayah Sindh, Pakistan.

KARACHI, Pakistan - Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan, lapor sebuah akhbar semalam.Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.

Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.

Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu.

Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh. - Agensi

Sumber:  kosmo.com.my

27 Mac 2011

Titik gempa hampiri Malaysia?

Ini tentu suatu berita gempar ....



Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini. (Rujuk: Kosmo Online.)


Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.

Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.

Walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.

"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). (Rujuk: Kosmo Online.)

Malaysia 'mangsa' gempa jiran



PETA menunjukkan kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik menyebabkan ada kemungkinan turut menerima kesan jika berlaku gempa bumi kuat di negara-negara jiran.

Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina.

Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina.

“Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif.

“Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam. (Rujuk: Kosmo)

'Earth Hour' Malaysia 2011

Bergelap sejam tanda sokong Kempen 'Earth Hour'



26 Mac, 2011 (Sabtu); Beberapa mercu tanda di ibu negara, universiti, premis perniagaan dan syarikat korporat, pusat beli-belah termasuk stesen pengangkutan awam utama bergelap selama sejam pada malam 26 Mac sebagai tanda sokongan Kempen Earth Hour 2011.

Ini termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Plaza Alam Sentral, Sunway Giza Mall (Dataran Sunway Damansara), Planetarium Negara, Sunway Pyramid Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyertai kempen menyelamatkan dunia daripada pemanasan global ini.

Mereka memadam lampu dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai simbol keprihatinan masing-masing terhadap isu pemanasan global dan perubahan iklim.



Menara Petronas Sebelum Jam 8.30

Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia hasil cetusan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan pada tahun berikutnya, ia disertai 50 juta masyarakat di 35 negara.

Earth Hour adalah acara tahunan yang mengajak isi rumah serta pemilik syarikat memadamkan lampu serta peralatan elektrik selama sejam untuk memupuk kesedaran orang ramai mengenai isu perubahan iklim dan sebagai simbol betapa pentingnya mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Pengarah Komuniksi Pemasaran PWTC, Fadzilah Said, berkata semua lampu yang tidak penting di bangunan itu termasuk di Menara Dato Onn akan dipadam selama sejam sempena kempen itu.


Menara Berkembar Petronas serta sebahagian besar bangunan dan pusat membeli-belah di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur bergelap selama sejam mulai pukul 8.30 malam.

Beliau berkata, sokongan yang diberi itu penting untuk menunjukkan betapa pentingnya bumi diselamatkan daripada mengalami kesan akibat perubahan iklim.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Sri Che Khalib Mohamad Noh, menerusi kenyataannya menjelaskan program Earth Hour sebenarnya lebih dari hanya aktiviti memadamkan lampu selama 60 minit.

“Bijak menguruskan tenaga di rumah adalah semudah memadamkan apa saja peralatan elektrik yang tidak diperlukan, selain bertukar kepada mentol dan peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga dan menetapkan suhu pendingin hawa pada bacaan di antara 22 hingga 26 darjah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ketua Pegawai Esekutif MRCB, Mohamed Razeek Hussain, berkata sebagai syarikat pemaju hartanah seperti Stesen Sentral dan Alam Sentral pihaknya bukan saja bertanggungjawab meningkatkan kesedaran mengenai pemanasan global tetapi memainkan peranan lebih proaktif dalam penerapan elemen yang boleh diguna secara berterusan dalam pembangunan hartanah.

Menara Petronas Sepanjang Kempen 'Earth Hour'.

“Sejak 2009 iaitu tahun pertama Earth Hour diraikan, MRCB sudah mula menerapkan elemen hijau dalam pembinaan projeknya dengan aplikasi mengikut standard pensijilan antarabangsa. Kami juga menggalakkan warga kerja MRCB untuk menyebarkan mesej sejagat ini secara lebih dekat lagi kepada anak-anak, rakan taulan dan saudara mara dalam usaha mewariskan sebuah dunia yang indah kepada generasi mendatang.

Sumber: bharian.com.my

Kempen ”Earth Hour” yang dijalankan di Planetarium Negara mendapat sambutan menggalakkan terutama dari kalangan generasi muda yang belum memahami apa yang dimaksudkan sebagai pencemaran cahaya.


Kebanyakan mereka yang datang ke Planetarium Negara di sini menyatakan rasa teruja untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan termasuk pencerapan matahari, lawatan ke balai cerap, tayangan filem mengenai sistem solar serta aktiviti ”Earth Hour Lantern”, ”Earth Hour Glow in the Dark” dan ”Light Shield”.

Ketua Pengarah Planetarium Negara, Dr. Mustafa Din Subari berkata, kempen yang diadakan oleh pihaknya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar daripada kemusnahan akibat aktiviti harian manusia.

Sumber:  kosmo.com.my

p/s: Dalam menyertai kempen 'Earth Hour' tak semestinya dengan bergelap sambil memasang lilin. Tetapi menngunakan elektrik seminima yang mungkin. Hanya menggunakan elektrik mengikut keperluan. Sebagai contoh memasang lampu yang perlu sahaja, menutup kipas atau penyaman udara jika tiada sesiapa di bilik atau sesuatu ruang.

Cubaan Bunuh Diri



24 MAC 2011: Detik-detik cemas ketika para anggota bomba berusaha memujuk dan menyelamatkan seorang remaja perempuan yang bertindak nekad terjun dari bangunan KB Mall, di Kota Bharu, Kelantan. Remaja terbabit terselamat. - Utusan

Sumber:
http://www.utusan.com.my

Renungan:

Rasulullah S.A.W. bersabda, Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Sejarah dan Mekanisme Penerbangan Belon Udara Panas

Pada malam minggu 26 Mac, 2011, Majalah 3, di TV3 menyiarkan kisah tentang penerbangan belon udara panas di Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011. Di sini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi rencana berkaitan belon udara panas.



PADA 19 September 1783, seorang saintis dari Perancis, Pilatre De Rozier mengejutkan penduduk bandar Metz apabila dia memperkenalkan belon udara panas pertama di dunia yang digelar Aerostat Reveillon.

Penumpang belon udara panas itu pula terdiri daripada beberapa ekor haiwan seperti kambing biri-biri, itik dan ayam jantan bahkan, belon berkenaan berada kira-kira 15 minit di udara sebelum terhempas ke tanah.

Bagaimanapun, dua tahun kemudian, nasib tidak menyebelahi De Rozier apabila percubaan untuk menyeberang Selat Inggeris gagal, setelah belon ciptaannya meletup setengah jam ketika berada di ruang udara Wimereux, Perancis sehingga menyebabkan dia terkorban.

26 Mac 2011

Myanmar Pula Dilanda Gempa Bumi

Selepas New Zealand adalah Jepun. Kini di Myanmar. Di mana pula selepas ini.



YANGON, 25 Mac, 2011:  Sekurang-kurangnya 74 orang maut apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan timur Myanmar manakala beratus-ratus bangunan musnah selepas gempa bumi dengan ukuran 6.8 skala Richter di kawasan Segi Tiga Emas, berdekatan sempadan Thai malam kelmarin.

Gegaran dirasai sejauh Bangkok, hampir 800 kilometer dari pusat gempa di kawasan pergunungan Myanmar, serta Hanoi di Vietnam dan beberapa bahagian China apabila gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada 8.25 malam tadi (9.55 malam waktu Malaysia).




Radio Myanmar mengumumkan 74 orang terbunuh dan 111 lagi cedera tetapi angka kematian dijangka meningkat. Ia melaporkan 390 rumah, 14 kuil Buddha dan sembilan bangunan kerajaan rosak teruk.

Pegawai daripada Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan teruk berlaku di kampung Mong Lin, lapan kilometer dari Tachileik dengan 29 dilaporkan terbunuh dan 16 lagi cedera.

"

Bangunan-bangunan yang berdekatan pusat gempa bumi ranap manakala penduduk yang ketakutan lari meninggal kediaman sejurus gegaran susulan berlaku semalam. Hampir 400 buah rumah musnah di empat kampung selain sembilan buah bangunan pemerintah ranap dan beberapa biara musnah di bandar Tarlay.



Kawasan bergunung ganang berdekatan sempadan antara Thailand dan Laos, dikenali sebagai Segi Tiga Emas kerana banyak perniagaan dijalankan di kawasan ini.

Gempa bumi itu berpusat 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer ke timur timur laut Chiang Mai, destinasi popular pelancong di Thailand.

Gempa bumi pernah melanda Myanmar beberapa kali antaranya pada 1975 yang cuma menyebabkan seorang terbunuh.

Sumber:
bharian.com.my, utusan.com.my, kosmo.com.my

Renungan:

Firman Allah bermaksud:

Dan musibah apa sahaja yang menimpa kamu, maka disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan kamu). (Asy-Syura: 30).

25 Mac 2011

Waktu Mustajab Doa



Allah SWT berfirman bermaksud:
Mohonlah (berdoalah) kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan permohonan (doa) kamu itu.” (Surah Ghafir, ayat-60).

Dalam surah al-Baqarah ayat 186 bermaksud:
Aku perkenankan doa orang yang berdoa apabila ia memohon (berdoa) kepada-Ku.”

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud:
Doa itu adalah ibadat.”

Ibnu ‘Atha’ berkata:
Doa itu mempunyai beberapa rukun (sendi) yang kuat, mempunyai beberapa sayap mampu naik ke langit tinggi, mempunyai beberapa sebab menyebabkan diterimanya. Menurutnya lagi, rukun doa itu ialah hadir hati bila berdoa serta tunduk menghinakan diri kepada Allah SWT. Sayapnya ialah berdoa dengan sepenuh kemahuan dan keikhlasan yang timbul daripada lubuk jiwa dan bertepatan dengan waktunya. Sebab ia diterima ialah berselawat kepada Nabi sebelum berdoa."

24 Mac 2011

Bilangan Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf Semakin Menggusarkan

~ Gambar Hiasan ~

Berita Harian, Isnin, 21 Mac 2011.

PUTRAJAYA: Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga 2010. Jumlah keseluruhan kelahiran anak tidak sah taraf yang didaftarkan dalam tempoh tersebut adalah 234,647 daripada lebih dua juta (iaitu 2,481,276) kelahiran didaftarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ianya bersamaan 9% daripada jumlah keseluruhan kelahiran.

Sejumlah 80,979 drpd 234,647 anak tidak sah taraf atau bersamaan 34.5% adalah bayi yg ibu kandungnya adalah Islam.


Bilangan terperinci kelahiran anak tidak sah taraf mengikut tahun:
2006: 38,258
2007: 44,234
2008: 46,822
2009: 52,378
2010: 52,982

Bilangan terperinci kelahiran anak tidak sah taraf drpd pasangan islam:
2006: 13,545
2007: 16,100
2008: 16,541
2009: 17,303
2010: 17,490

Mengikut Seksyen 7, Akta pendaftarn Kelahirn dan kematian 1967, setiap kelahiran yg berlaku di dalam Negara perlu didaftarkan.

Mengikut Seksyen 13 akta yg sama menetapkan pendaftaran juga perlu dibuat ke atas kelahiran anak tidak sah taraf.

Anak tidak Sah Taraf di sisi Islam didefinasikan sebagai Bayi yg lahir hasil drpd hubungan tanpa akad nikah yg sah.

Sebagai tambahan kepada definasi di atas, Anak tidak Sah Taraf juga ditakrifan oleh JPN sebagai bayi yg lahir dlm tempoh kurang drpd 6 bulan calendar Qamari dari tarikh akad nikah ibu dgn pasangannya.

JPN menetapkan dlm sijil lahir anak ini tidak boleh dicatatkan nama bapa. Sebaliknya bagi yg beragama islam nama bapa akan menggunakan mana-mana nama daripada Asmaul Husna (99 nama Allah).

p/s: Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, kita yang sedang dalam proses membesarkan anak-anak pasti akan merasa gerun. Bagaimana nanti cabaran anak-anak kita dalam menghadapi kehidupan dan persekitarannya di masa hadapan. Pasti cabarannya akan lebih hebat lagi dengan gejala sosial lebih menggusarkan.

Kita semua mahukan pembangunan dan kemajuan. Kebanyakan daripada kita memperjuangkan hak kebebasan bersosial. Tetapi bukan angka-angka di atas yang kita jadikan sebagai KPI kepada pembangunan yang kita capai.

Angka-angka yang sebegini dipaparkan bukan untuk tujuan dibangga-banggakan, tetapi untuk direnung dan diambil tindakan. Yang pastinya, sesuatu perlu dilakukan untuk membendung masalah ini daripada berterusan.

Moga Allah melindungi generasi anak-cucuku daripada perkara-perkara mungkar seperti ini. Moga Allah memberikan kepada ku kekuatan dalam mendidik anak-anak ku agar tetap dalam ketaqwaan yang teguh dan sentiasa berada di jalan yang lurus.

23 Mac 2011

Penjawat Awam Pilih Bersara Awal Diberi Ganjaran Penuh

~ Gambar Hiasan ~

PUTRAJAYA, 22 Mac, 2011: Kerajaan menarik balik penangguhan bayaran sebahagian ganjaran berkaitan persaraan pilihan kepada penjawat awam berkuat kuasa 1 Februari 2010.

Berikutan itu, penjawat awam yang memilih bersara pilihan akan menerima bayaran sekali gus atau 100 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju supaya semua penjawat awam yang mengambil Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara wajib atau bersara mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239, termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan perubatan secara percuma.

Keistimewaan ini juga boleh dinikmati mereka yang bersara wajib oleh kerajaan Persekutuan atau negeri atau pihak berkuasa berkanun dan tempatan.

Bagaimanapun keistimewaan ini tidak akan membabitkan mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.


"Keputusan itu dibuat berkat usaha kakitangan kerajaan membantu kerajaan menguruskan kewangan negara dengan bijak, sehingga mampu memulihkan negara daripada masalah ekonomi," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Pada 1 Februari 2010, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan keputusan kerajaan menangguh bayaran sebahagian ganjaran membabitkan permohonan bersara pilihan bagi kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan.

Ia berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Antara syarat itu, kakitangan yang ingin bersara pilihan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi berbanding bayaran sekali gus seperti sebelumnya.

Mengenai Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia, Najib berkata, satu kaedah `exit policy' akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

"Kaedah baru ini bakal diperkenalkan berikutan masalah sistem pool yang dibangkitkan sebelum ini bertujuan memastikan pegawai yang terbabit tidak teraniaya dengan mengamalkan sistem penilaian yang bebas dan berkecuali.

"Mengikut kaedah baru ini, pegawai berkenaan akan diberikan tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka," katanya.

Mengikut sistem penilaian baru yang bakal dilaksanakan mulai Jun 2011, Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan diberikan fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA.

Najib turut mengumumkan cadangan kerajaan memperkenalkan satu lagi anugerah khas bagi menghargai penjawat awam yang menunjukkan mutu kerja tinggi di pejabat dan pada masa sama bergiat aktif dalam kegiatan sukarelawan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, tahap prestasi kerja dan pembabitan aktif penjawat awam dalam semua aktiviti sepanjang 2011 akan dinilai bagi tujuan berkenaan

Sumber: BHarian.

Keputusan SPM 2010 Terbaik Sepanjang Empat Tahun

~ Gambar Hiasan ~

Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010, berbanding 7,987 calon pada 2009 (iaitu peningkatan seramai 1,252 calon).

368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun 2009.
Keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009. Calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.


Bilangan calon yang memperoleh pencapaian semua A, meningkat bagi calon yang mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran sementara pencapaian calon yang mendapat semua A bagi yang mengambil 11 dan 12 mata pelajaran adalah menurun.

Bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009.

Bagi calon yang berkeperluan khas pula, 319 calon berjaya mendapat sijil SPM dan daripada jumlah itu tujuh calon mendapat keputusan semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Mengenai pencapaian mata pelajaran pula 55 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi melebihi tiga peratus untuk gred cemerlang, 39 lagi stabil dan sembilan menurun. Bagi gred kepujian (B+,B,C+,C) sebanyak 18 mata pelajaran meningkat, 43 stabil manakala 42 menurun dan kategori lulus pula (D dan E) sebanyak lima mata pelajaran adalah stabil dan 31 lagi menurun melebihi tiga peratus.

Sumber: ILuvIslam

Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, jelas menunjukkan program Tawaran Baru yang dilaksanakan antara sekolah dan Kementerian Pelajaran memberikan kesan positif dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata ini berdasarkan kepada penurunan bilangan sekolah dengan pencapaian sekolah berpotensi pada tahun lalu melebihi 50 peratus berbanding 2009 iaitu daripada 143 sekolah kepada 66 sekolah.

Rumusan kementerian mendapati sebahagian besar sekolah berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan.

Pada tahun lalu, 67 sekolah dikategorikan cemerlang berbanding 66 pada 2009, 340 baik berbanding 278 dan 1,683 lagi sekolah di bawah kategori memuaskan berbanding 1,654.

Tawaran baru atau bai'ah itu adalah empat bidang kecil di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan, menawarkan guru besar ganjaran RM7,500, diikuti lima peratus daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah terbabit menerima RM1,800 manakala baki guru lain mendapat RM900, petugas sokongan seperti kerani juga diberi imbuhan setimpal.

Sumber: BHarian

P/S: Tahniah kepada semua Calon SPM 2010 yang berjaya dengan cemerlang terutama yang berjaya memperolehi 5A dan ke atas.

Tahniah: 7A (Fhashihah & Husna), 6A (Aina, Hanun & Atikah), 5A (Aimi, Dahlia, Adilah Nazurah, Norhawa, Anis Adibah & Khairunnisa)

Tahniah Puteri Serikandi: Peningkatan GPS 3.87 (SPM 2010), berbanding 4.85 (SPM 2009).

Tahniah juga kepada para guru yang berjaya mendidik dan membimbing pelajar-pelajar tersebut tanpa mengenal rasa jemu demi memastikan kecemerlangan mereka di dalam SPM.

Tahniah dan Terima kasih: Pn. Siti Rokayah, Pn. Hanizah, Pn. Eriniwati, En. Fazil dan Pn. Normela.

Kepada semua pelajar, harus selalu ingat jasa guru. Tanpa guru kejayaan tersebut pasti akan kekal sebagai impian yang tidak akan menjadi kenyataan.

Terima kasih kerana masih ingat: Aina, Ainol, Akid, Nazatul Nazira, Raudah, Hazimah, Adam, Dahlia, Farah Syuhada, Hanun, Israaq, Adilah Nazurah, Hidayah, Norhawa, Husna, Yusniza, Anis Adibah & Syaidatul Akma.

Fiesta Belon Udara Panas Putra Jaya 2011

3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011



Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011 kembali lagi. Fiesta belon kali ke-3 ini bertemakan '1World, 1Malaysia and 1Fiesta'. Tarikh Fiesta ini adalah 17 hingga 20 Mac 2011, diadakan di Monumen Alaf Baru atau Millennium Monument di Putrajaya Boulevard, Precinct 2. (Rujuk: http://blog.malaysia-asia.my/2011/02/putrajaya-international-hot-air-balloon.html)


Nordin Hussain, Naib Presiden Majlis Leisure dan Rekreasi Malaysia (Marfima) berkata, bermula pertengahan 1970-an, sejarah terukir apabila belon udara panas dicipta dalam pelbagai bentuk.

Antaranya hot dogs, kapal angkasa serta beraneka bentuk produk komersial namun, bentuk asal tetap popular dalam kalangan peminat sukan itu.

Penganjuran kali ini di Putrajaya juga tidak terlepas dengan pelbagai rupa belon. Antaranya belon berbentuk pokok dari Amerika Syarikat, watak kartun Doremon (Jepun) dan watak filem Drath Vader (Perancis).

“Sebanyak 27 belon udara panas daripada 14 buah negara yang dihiasi dengan pelbagai corak dan bentuk mewarnai ruang udara Putrajaya. Daripada jumlah itu, sebanyak tiga buah belon adalah dari Malaysia.
(Rujuk: Kosmo.)



Belon Yang Mengambil Bahagian:


Balloon Pilot of 10 years

















































http://www.myballoonfiesta.com/participating-balloons.html