Selasa, 4 Jun 2013

keychain cabai

bahan-bahan:

kain merah
kain hijau
benang merah
tali hitam
gam
kapas
gelang kunci

cara buat
1. potong kain merah berbentuk segitiga
2. jahit di satu bahagian menjadi bentuk seperti kon
3. masukkan kapas kedalam kain dan jahitkan sehingga kapas tidak kelihatan
4. potong kain hijau bentuk bulat sebesar duit 50sen
5. potong sedikit dibahagian tengah kain hijau dan ikatkan tali hitam pada kain tersebut
6. lekatkan pada badan cili yang telah siap
7. masukkan gelang kunci pada tali hitam
8. siap untuk digunakan.

Isnin, 27 Mei 2013

keychain strawbery

bahan-bahan
kain warna merah
kain warna hijau
kapas
benang merah
manik hitam
tali hitam
gam
gelang kunci

cara buat
1. kain merah dipotong bulat dan dibelah dua
2. jahit supaya menjadi bentuk kon
3. masukan kapas ke dalam kain dan jahitkan supaya menutupi kapas
4. kain hijau dipotong bentuk bintang
5. ikatkan tali hitam pada kain hijau di bahagian tengah
6. lekatkan kain hijau yang dipotong ke atas kain merah bahagian jahitan tadi (sebagai tampok)
7. jahitkan manik hitam di badan strawbery yang telah di buat.
8. masukkan gelang kunci pada tali hitam
9. siap untuk digantung