Ahad, September 21, 2008

 21 Ramadhan 1429

Salam untuk semua,

Hari ke 21 puasa. Hari ini hari Ahad. Hari ini tidak ada apa yang menarik. Cuma sewaktu pagi,kawanku Khalid dari Besout ada datang kerumah bersama anak dan isterinya. Selepas itu, aku menjalani hari seperti biasa.

Dipetang hari, cuaca mendung dgn angin bertiup kencang. Hujan kemudian membasahi bumi. Ia berlarutan sampai kemalam. Selepas maghrib, ia berhenti seketika namun langit masih mendung. Kemudian lebih kurang pukul 10 mlm, hujan turun kembali. Nasib baik aku sempat balik kerumah dari kedai Mat selepas pekena air epal suam dan mee hailam. Hujan berlarutan sehingga waktu coretan ini ditulis walaupun dalam keadaan renyai-renyai...

0 respon: