Ahad, September 07, 2008

 7 Ramadhan 1429H

Salam untuk semua,

Hari ini hari ketujuh puasa. Ini bermakna sudah masuk seminggu aku berada dibulan Ramadhan. Hari ini hari Ahad. Aku masih cuti. Hari ini aku membuat sedikit kerja rumah. Membasuh pakaian, kemas bilik, basuh pinggan mangkuk antara aktiviti aku. Rasa puas melihatkan bilik yang dah dikemas. Kalau sebelum ni ia seolah-olah semacam stor. Namun selepas dikemas rupa-rupanya ada penghuni juga rupanya bilik ini. Hehehehe aku le tu. Bukan apa, kalau hari bersekolah, tak sempat nak kemas. Balik je terus landing atas katil kepenatan.Sebelah malamnya buat kerja sekolah yang ada.Begitulah selalunya. Bila hujung minggu macam nilah baru berkesempatan.

Masuk waktu zuhur, aku kemasjid menunaikan solat zuhur. Balik dari solat, aku kekedai kunci untuk duplicate kunci. Deli suruh aku duplicatekan kuncinya. Balik dari kedai tersebut, aku kekedai serbaneka. Tinjau wayar untuk kettle kat rumah aku. Asyik wayar power komputer aku je yang jadi sasaran. Tak boleh jadi ni. Aku Tengok harganya. 10 ringgit. Kedai sebelah lagi mahal. 11 ringgit. Aku berlalu macam tu aje tanpa membelinya pun. Tunggu ketua rumah aku balik bagitau kat dia suruh dia beli pakai duit rumah. Selepas tu, aku pun terus pulang kerumah. Oleh kerana agak kepenatan, aku terlena sampai pukul 5 petang.

Bangun dari tidur terus pergi solat. Lepas tu aku tolong deli hidupkan api untuk bakar ikan. Saman tengah mencuci ikan. Hari ini nak masak istimewa. Ikan bakar cicah air asam. Lepas tu aku terus bergegas ke bazar Ramadhan untuk membeli martabak dan air soya berserta buah mulong.

Dibazar Ramadhan, tgh aku dok melilau cari beldo...tiba-tiba aku disapa oleh satu suara..rupa-rupanya Kak Sarah. Dia sekeluarga dtg bidor cari juadah berbuko. Lepah aku beli martabak dgn air soya aku gi isi minyak 6 ringgit. Balik dari isi minyak aku pegi lagi cari beldo. Tapi takdop. Jadi aku pun beli la buoh mulong atau pun onde-onde kato budak tu hehehe...

Balik dr bazar Ramadhan aku tolong2 untuk hidangkan makanan. Kami berbuka bersama-sama. Malam ni aku gi terawih dgn deli naik motor aku. Lepas balik terawih terus aku ngadap komputer buat borang dgn isi borang KWAPM.



Juadah untuk hari ini..:)

0 respon: