Selasa, Jun 30, 2009

 Perjalanan Ini, Entah Bilakan Berakhir...

Salam...

Baru berkesempatan untuk update...hurmm...hidup ni, memang penuh liku...hari ni aku gembira sangat sebab aku telah berjayaa...berjaya meluluskan diri ini setelah beberapa kali failed huhuhu....terasa nikmatnya bila terpaksa mengharungi liku untuk mencapai kelulusan itu...sesuatu yang diperolehi dengan susah payah mungkin akan lebih dihargai berbanding sesuatu yang diperolehi secara mudah..(madah aku le tu...:)

Tarfikir sejenak aku...diakhirat nanti luluskah aku...kadang-kadang kita terlalu merisaukan hal-hal Duniawi berbanding Ukhrawi...melebihkan yang Duniawi...sampai ada yang menangis2...frust tertonggeng...dan macam-macam lagi...tetapi adakah begitu bila contohnya kita terlewat untuk bersolat...tidak sempat untuk berjemaah...jarang bersedekah dan lain-lain lagi yang melibatkan ukhrawi kita...yang melibatkan amalan kita...sedangkan semua itu akan menjamin kita sama ada lulus ataupun tidak kita diakhirat nanti...dihari pembalasan...

Aku mengigatkan aku terutamanya dan juga kepada saudara, kenalan dan taulan serta yang sudi membaca tulisan ini...moga-moga kita lebih mengutamakan destinasi sebenar kita berbanding persinggahan yang sementara ini...perjalanan kita ini, entah bilakan berakhir...moga sama-sama beringat...

Ahad, Jun 21, 2009

 Penat Yang Amat...

Salam...

Lama dah tak update...aku sebenarnya baru beransur pulih dari demam...namun...tak sempat nak berehat sbb terpaksa pula pg ke perkhemahan TKRS...Mujurla demam ini tak datang balik...namun begitu tubuh ini kurasakan masih lemah...mungkin disebabkan kepenatan...yelah..cuti Sabtu dan Ahad pun tak dapat nak dok rumah...nak buat mcmana, sudah itu tugas aku...moga aku akan tambah sihat selepas ini...sesungguhnya nikmat kesihatan yang dianugerahi Illahi itu sangat berharga...gunakanlah sebaiknya sebelum ianya ditarik balik...Hidup ini hanya kerana Allah.

Khamis, Jun 11, 2009

 Dah hampir 2 minggu..

Salam,..

Dah hampir dua minggu aku berada dirumah...cuti semakin susut...esok lusa aku akn kembali kemedan pencarian rezekiku...dalam hampir 2 minggu ini...banyak yang berlaku...ada satu titik perubahan yang besar berlaku dalam arus hidupku dalam masa hampir dua minggu ini...moga titik perubahan arus itu menjadikan aku lebih matang dalam meniti hidup yang berliku ini...Moga Allah permudahkan segala urusanku...apapun, aku riang gembira....:34: