Wednesday, March 23, 2011

Akhirnya....


Pagi,membelah kesibukan bandar Sg.Buloh ditemani
anak menuju satu matlamat.... Sek ERT Setapak.Hati
ibu dag dug,hati anak apa lagi.Untuk hilangkan stress
buka radio IKIM dgn celoteh Siti Rohani dan Pian
Saujana.Kebetulan topiknya tentang harga sebuah sijil.
Yelah..apa2pun kena terima dengan redha dan itu bknlah
akhir sebuah kehidupan.Kadang2 orang yang takde SPM
pun boleh berjaya dari orang yang ada PHD.Hai...sabarlah
hati.Sampai sekolah kul 10.30.Tunggu hingga kul 12.30
hari,masih belum kluar kputusan.Perut dah rasa lapar
kenyang.Pelajar2 mula bising.Oder nasi dan air utk isi
perut.Baru sesuap dua pengetua bagi pengumuan soh
budak2 tu beratur ikut kelas.Suapan jadi terhenti.Rasa
takleh nak telan.Mataku melihat Cik Siti beratur.
Kedengaran jeritan kegembiraan dari mereka yang
dapat keputusan cemerlang.Cik Siti masih belum ambil
keputusannya.Makanku jadi terhenti.Mataku tak lepas
memandang barisan Cik Siti.Tiba2 Cik Siti bawa slip
dengan linangan airmata meluru kearahku.Ah...sudah,
apapun keputusannya aku terima dengan reda.
Kupakai cermin mata untuk melihat lebih jelas......
Alhamdulillah.....anakku..atas usahamu dan doa dari
keluarga dan sahabat serta izin allah akhirnya membuah kejayaan.
Syukur kepadamu tuhan kerana memperkenankan
doa kami.Namun sebelum keputusan kluar
diriku adalah seperti dalam gambar ini.