NUFFNANG

Wednesday 16 July 2008

MT putuskan jawatan presiden, timbalan tidak dipertandingkan

MT putuskan jawatan presiden, timbalan tidak dipertandingkan – Ali Rustam

16/07/2008 4:50pm

MELAKA 16 Julai –

Keputusan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan telah diputuskan oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) parti dan keputusan itu sepatutnya dihormati oleh semua pihak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, walaupun perlembagaan parti menyebut semua jawatan adalah terbuka untuk dipertandingkan tetapi keputusan MT itu telah dibuat pada mesyuaratnya minggu lalu.

``Memang dalam perlembagaan (parti) semua jawatan adalah terbuka (untuk dipertandingkan). Tetapi MT putuskan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

``Lagipun Perdana Menteri sudah mengumumkan transisi yang akan dibuat beliau. Jadi saya harap semua pihak termasuk bahagian-bahagian seluruh negara dapat memberi sokongan,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang mahukan kedua-dua jawatan tersebut terbuka untuk dipertandingkan pada pemilihan pucuk pimpinan parti Disember ini.- Utusan.

kzso - yes the transition 'agreement' was made. but it's between current president and his deputy. another flip flop by abdullah. he said the posts can be contested but now mt does no t allow it. tun dr. mahathir was right again.... abdullah treats umno like it's belongs to him (and his family). what is muhyiddin, shafie apdal, rais yatim, khir toyo, zahid hamidi comments on this?

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Tak tahula kalau UMNO masih lagi faham maksud demokrasi... Terlampau banyak orang-orang yang terlalu selesa sehingga melupkan perjuangan bangsa...