NUFFNANG

Sunday 6 July 2008

PPPIM khuatir DEB akan dihapuskan jika Anwar berkuasa

PPPIM khuatir DEB akan dihapuskan jika Anwar berkuasa

from bharian.com.my

PETALING JAYA: Pertubuhan Pergerakan Persatuan Islam Malaysia (PPPIM) khuatir Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dihapuskan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri.

Pengerusinya, Datuk Zulkifli Mohamed berkata beliau amat terkejut dengan kenyataan Anwar mengenai niatnya untuk menghapuskan dasar tersebut di dalam satu temuramah dengan Majalah Asian Incoporated keluar Mei/Jun 2008.

"Anwar Ibrahim terlalu obses untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menghapuskan DEB bagi menguasai parti pembangkang dan meraih undi bukan Melayu", katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Bulan lalu, Anwar memberikan satu wawancara kepada majalah Asian Inc keluaran Mei/Jun dan antara isi wawancara tujuh muka surat berkenaan, Anwar berhasrat mahu menggantikan DEB dengan dasar metokrasi sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam masa terdekat.

Zulkifli berkata, jika DEB digantikan dengan dasar metokrasi, jurang ekonomi di antara kaum akan menjadi lebih besar dan bangsa Melayu akan menjadi lebih terpinggir.

Mengikut hasil penyelidikan yang dikemukakan dalam Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Baharu pada Mei lalu, hanya tiga peratus orang Melayu memegang ekuiti kekayaan dan 15 peratus dipegang oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), katanya.

Zulkifli yang mengenali Anwar sejak zaman menjadi pemimpin pelajar di Universiti Malaya sekitar 1970-an, turut mempersoalkan persahabatan Anwar dengan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz.

"Apa yang menjadi tanda tanya, apakah rahsia di antara persahabatan antara Anwar dan Wolfwitz yang juga madalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika yang merancang peperangan di Iraq?", tanya beliau.

Beliau turut membidas pelaksanan dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang bertentangan dengan sensitiviti orang Melayu.

"Sebaik saja menang, Pakatan Rakyat mengumumkan pelaksanaan ladang ternakan babi terbesar di kelilingi enam buah kampung Melayu sedangkan kerajaan sebelumnya hanya di peringkat kajian kemungkinan," katanya.

Beliau menentang lokasi projek yang diwartakan itu kerana akan membawa kemudaratan kepada penduduk kampung serta tidak sensitif terhadap perasaan orang Melayu. - Bernama

No comments: