NUFFNANG

Friday 1 August 2008

Ezam sedia berdepan Anwar dalam pilihanraya kecil

Ezam sedia berdepan Anwar dalam pilihanraya kecil


Ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berkira-kira sama ada mahu bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Kulim Bandar Baharu atau Bandar Tun Razak, bekas setiausaha politiknya, Ezam Mohamad Nor sudah bersedia berentap dengan beliau di mana sahaja.

“Ingin saya tegaskan lagi, saya sedia dan tidak gentar langsung berdepan atau bertarung dengan Anwar,” katanya.

Menurut bekas Ketua Pemuda PKR itu, beliau hanya ahli biasa UMNO namun sanggup berdepan Anwar jika diminta mewakili parti dalam pilihan raya kecil yang sedang diuar-uarkan penasihat PKR itu.

Ditanya cadangan Anwar untuk bertanding, Ezam berkata, “ Itu hak dia, sesiapa sahaja boleh buat keputusan (bertanding) di mana-mana. Ini negara demokrasi, dia ada hak nyatakan padangan dan kesediaan beliau.

“Begitu juga saya. Saya ingin tegaskan, saya tidak gentar langsung berdepan dengan Anwar,” katanya kepada pemberita selepas siding media pengumuman pelantikan beliau sebagai pengerusi bersama Yayasan Generasi Baru Nusantara di, Petaling Jaya, Isnin.

Bercakap kepada Agendadaily kemudiannya, Ezam yakin Anwar akan memilih bertanding di kerusi parlimen Bandar Tun Razak kerana mahu sokongan pengundi-pengundi Cina.

“Kita tak ada masalah untuk menang di Kulim (Bandar Baharu). Tetapi saya percaya Anwar akan tanding di Bandar Tun Razak kerana jumlah pengundi Cina banyak di kawasan itu,” katanya.

Kerusi Bandar Tun Razak kini diwakili Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor manakala kerusi Kulim Bandar Baharu sedang menunggu keputusan mahkamah berikutan petisyen mengenai pilihan raya umum mac lalu.

Beliau juga tidak nampak kesediaan Datuk Seri Wan Azizah Ismail mahu melepaskan kerusi parlimen Permatang kepada Anwar begitu juga dengan Nurul Izzah di Lembah Pantai.

Ezam tidak menolak cita-cita Anwar mewujudkan pembangkang tiga beranak apabila mahu bertanding pilihan raya kecil dalam masa terdekat ini.

Terdahulu, Ezam mengakui wujud komunikasi antaranya dengan kepimpinan parti lain termasuk, PKR dan PAS di beberapa negeri termasuk di Perak kerana beliau memang mempunyai hubungan sebelum ini.

Katanya, perbincangan sudah tentu menjuruskan persoalan politik kerana mereka rasa tidak senang dengan perkembangan politik mutakhir ini.

“Mereka mahu pandangan saya dan tentunya saya tekan kearah perkuatkan BN serta kemungkinan ujud permuafakatan, muzakarah Pas dan UMNO,” ujarnya.

Malah, pertemuan itu turut membabitkan pemimpin bukan Melayu bagi membincangkan kepentingan negara, agama dan bangsa.

Mengenai cerita perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya pada 16 September ini, Ezam mengulangi ketidakyakinan perkara yang sering digembar-gemburkan Anwar jadi kenyataan.

“Saya ada maklumat dan kenal mereka yang rapat dengan beliau. Cerita 16 September ke Putrajaya hanya cerita atau agenda mengalih tumpuan mengenai dalaman parti. Ini jelas macam rasa curiga DAP terhadap Pas berhubung isu muzakarah,” katanya.

Katanya, Anwar tahu ujud banyak perkara sejak hari pertama selepas pilihan raya umum dan sebagai pemimpin politik senior, beliau tahu Pakatan Rakyat akan rampuh maka beliau perlu ada igiminansi untuk pikat Pakatan Rakyat.

“Tidak pernah ada angka. Bagi saya, tak lebih lima (ahli parlimen) yang serius (lompat parti sertai Pakatan Rakyat). Kalau mahu sangkal dakwaan saya, saya cabar Anwar sebutkan siapa 30 ahli parlimen yang nak bersama.

“Kalau tak nak sebut nama takut soal keselamatan, sebut negeri dan parti mana dah cukup. Ini cerita lama Anwar. Tidak ada bukti kukuh. Ianya tak serius sama sekali kecuali gimik politiknya,” ujar Ezam.

Mengulas mengenai pertemuan UMNO dan Pas, beliau berharap pucuk pimpinan kedua-dua parti bersikap matang bagi merealisasikan tujuan penyatuan orang Melayu.

“Saya juga harap mereka mempunyai negarawan yang pernah ditunjuk pemimpin terdahulu yang berjaya membina negara sehingga stabil dan makmur,” katanya.

kzso - ezam can campaign for umno. get the locals to fight anwar. anwar is hoping from chinese votes especially dap and splinters from mca and gerakan. the malay votes are split between umno, pas and pkr.

No comments: