NUFFNANG

Friday 15 August 2008

My letter to PM - Noh (From BD with love)

My letter to PM

Contributed by miklobd

Ikhlas,
Noh (From BD with love)


Hi Abdullah,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas diatas kejayaan BN dalam PRU12 yang lepas. Alhamdullilah BN masih lagi dapat menerajui pemerintahan Malaysia. Walaubagaimanapun, PRU12 bukan lah satu kemenangan untuk BN, ianya adalah satu balasan rakyat kepada kerajaan yang diterajui oleh anda. Secara keseluruhan, PRU12 membuktikan rakyat tidak lagi menyokong kerajaan BN. Mengapa ia terjadi? Berikut adalah pandangan dan ulasan saya.

Segalanya berpunca dari kepimpinan dan cara politik BN dilaksanakan. Pimpinan dan perlaksanaan dasar yang dilaksanakan oleh anda dan parti tidak lagi fokus memperjuangkan hak rakyat. Kerajaan dan pimpinan anda leka dan angkuh. Dalam kehidupan masyarakat, rakyat telah pun menyuarakan masalah-masalah mereka tetapi kerajaan dan pimpinan anda telah gagal memenuhi atau menyelesaikan masalah-masalah mereka. Malah kerajaan dan pimpinan anda membiarkan masalah-masalah yang disuarakan berlalu dengan begitu saja. Sebaliknya, kerajaan dan pimpinan anda berkata rakyat Malaysia masih menyukai dan berpuas hati dengan kerajaan pimpinan anda. Secara keseluruhan telah terbukti kerajaan dan pimpinan anda GAGAL.

Kerajaan dan pimpinan anda memandang isu-isu seperti yuran persekolahan, kenaikan harga tol dan barang-barang keperluan asas seperti gula, minyak, tepung dan barangan makanan lain merupakan masalah kecil. Isu-isu ini adalah perkara serius dan rakyat amat memerlukan penyelesaian yang bijaksana. Rakyat faham dengan keadaan ekonomi dunia pada masa kini yang mengalami kelembapan dan isu kenaikan harga pasaran minyak dunia meningkat dengan mendadak. Tetapi penyelesaian yang kerajaan dan pimpinan anda telah buat adalah satu jalan mudah dan tidak bijaksana.Mengapa ini berlaku?

Ia berlaku kerana kerajaan dan pimpinan anda leka dan angkuh. Secara umumnya,rakyat tahu anda tidak bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah-masalah ini. Mungkin kerana anda terlalu percaya dengan penasihat-penasihat dan penyokong-penyokong anda. Zahirnya,barisan kepimpinan kerajaan anda selepas PRU11 juga merupakan satu barisan yang kabinet yang lemah dan anda tidak memantau dengan rapi pergerakan dan gerak kerja mereka.Anda juga tidak mampu membuat keputusan yang cepat, tegas dan bijaksana. Jadi apakah fungsi dan peranan anda sebagai PM dalam negara Malaysia?

Pentadbiran kerajaan dan perlaksanaan dasar kerajaan nampaknya dilakukan dengan mudah tanpa memikirkan kesan jangka masa pendek atau panjang keatas semua pihak. Saya berasa amat sedih sekali kerana semua ini berlaku. Imej kerajaan BN di mata masyarakat tidak lagi sebaik dulu, Kerajaan BN dilabel sebagai kerajaan korup, kroni, nepo, tamak, kaki perempuan dan hingga pemimpin-pemimpinnya dilabel sebagai munafik. Tetapi kerajaan dan pimpinan anda tidak mengambil dan mengkaji kritikan atau kutukan itu. Sebaliknya, kerajaan dan pimpinan anda memandang ianya hanya mainan politik pembangkang. Realitinya itu adalah rungutan rakyat jelata seperti saya. Saya bekerja dalam sektor swasta di Kuala Lumpur. Rungutan-rungutan dikalangan masyarakat yang saya dengar saya cuba ketengah kan kepada pemimpin-pemimpin umno dalam exco pemuda umno di bahagian dan pusat. Tetapi pandangan-pandangan dan laporan ini tidak diendahkan. Lama-kelamaan saya sebagai ahli umno dan rakyat malaysia biasa berasa putus asa atau hingga naik meluat atau getik dengan maklum balas yang tidak bijaksana dari pihak anda. Ini membuktikan kerajaan atau pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tidak bertanggungjawab dan tidak ikhlas bekerja.

UMNO dan pemimpinnya tidak lagi bertanggungjawab dengan amanah rakyat walhal kuasa yang anda dan pemimpin-pemimpin yang dijawat itu adalah hasil dari sokongan kami. Anda telah mensia-siakaan amanah dan harapan kami. Sebagai ahli UMNO di Cawangan Parit 11, Hutan Melintang, Bagan Datok, Perak saya merayu kepada anda dan pemimpin-pemimpin lain supaya meletakkan jawatan dan mengundurkan diri. Kami dan rakyat telah memberi peluang kepada kerajaan dan pemimpinan anda sebelum ini dan nyata kerajaan dan pimpinan anda telah gagal. Punca kegagalan yang BN terima bukan disebabkan oleh masalah teknikal atau kekuatan pembangkang tetapi rakyat Malaysia sudah tidak lagi yakin dan percaya kepada kerajaan dan pimpinan anda. Ini merupakan perkara yang amat serius, sekiranya kerajaan dan pemimpinan anda masih menerajui pemerintahan, saya percaya keadaan akan jadi semakin buruk. Saya yakin dan percaya masih ramai lagi pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan bertanggungjawab didalam UMNO dan BN yang mampu dan layak mentadbir pemerintahan Malaysia.

UMNO dan BN perlu dibersihkan dan diubati.UMNO dan BN perlu melakukan satu perubahan drastik kerana disebabkan keputusan drastik PRU12. Rakyat telah hilang percaya kepada BN dan pimpinannya. Saya sebagai anak negeri Perak berasa kecewa dan malu kerana negeri kami telah jatuh kepada pembangkang. Sekali lagi saya merayu, minta tolong Datuk Seri Abdullah dan pemimpin-pemimpin lain dan keluarga berundur. Kami telah hormati anda dan kerajaan sebelum ini dengan memberikan mandat dan amanah. Jadi untuk kali ini tolong lah hormati hak kami sebagai rakyat Malaysia. Kami perlukan pemimpin dan kerajaan yang amanah, ikhlas, bertanggungjawab, berkaliber, bijak, cekap dan kerja keras menerajui Malaysia. Kami tidak mahu kerajaan dan pemimpin yang malas, lemah dalam membuat keputusan, politik keluarga, tamak, monarki,retorik, kroni dan nepotisme. Malaysia Boleh!

Sekian.

kzso - over to you ydp pm pl and all umno/bn leaders

No comments: