NUFFNANG

Monday 3 August 2009

Antara GMI (Gerakkan Mansuh ISA) dan GMA (Gerakkan Mansuh Arak) : Antara Arak dan ISA lebih kritikal untuk ummah Islam?

Antara Arak dan ISA

Berita tentang demonstrasi oleh kelompok Melayu yang berjuang untuk memansuhkan ISA sudah banyak diceritakan di blog-blog mahupun media cetak dan elektronik dengan versi masing-masing. Dan kita sudah tahu bahawa kelompok yang menganggap penentangan terhadap ISA adalah suatu jihad biarpun berlawanan dengan kaedah dan perintah Rasulullah s.a.w dalam menangani masalah seperti ini.

Bagaimanapun, antara berita yang 'disorokkan' dan hanya diperkatakan oleh blog-blog penentang kerajaan negeri Selangor ialah berita tentang rampasan arak dan minuman keras daripada kedai serbaneka di Shah Alam yang dijual secara terbuka tetapi kemudiannya 'difatwakan' tidak mudarat oleh Exco PBT Selangor, Big Taiko Ronnie Liu.

Sehingga saat artikel ini ditulis, belum terdengar lagi sebarang ulasan atau komen daripada mana-mana pemimpin berbangsa Melayu dan beragama Islam dari PAS dan PKR berhubung tindakan Ronnie Liu menghentak meja dan memerintahkan agar arak-arak tersebut dipulangkan semula selain Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad (baca sini). Kalau ada pun cumalah daripada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang dengan nada LEMBUT memberitahu media bahawa Ronnie Liu akan DIMINTA penjelasannya di dalam mesyuarat Exco Negeri berhubung tindakannya itu.

Agak aneh, arak yang merupakan antara larangan terbesar Allah Taala di dalam al Quran dan Nabi s.a.w di dalam sunnah, kurang mendapat perhatian penunjuk-penunjuk perasaan Melayu/Islam berbanding ISA yang penentangannya lebih kepada BUGHAT yang sangat jelas. Tiada sebarang perarakan, demonstrasi, tunjuk perasaan atau menghantar memo kepada Ronnie Liu dan jamaah DAP yang begitu bersungguh-sungguh menentang pengharaman jualan arak di Shah Alam yang memberi alasan, TIDAK ADIL kepada golongan bukan Islam.

Peralihan kuasa di Selangor antara lain adalah kerana janji hendak memansuhkan kilang arak di Petaling Jaya dan Shah Alam. Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, pelbagai alasan diberikan bagi mewajarkan kehadiran kilang-kilang berkenaan, bahkan disabitkan pula kepada kerajaan terdahulu kerana membenarkan kewujudannya, biarpun janji yang dibuat oleh kerajaan sekarang ketika berkempen ialah memansuhkannya.

Agak terkilan kerana Melayu-Melayu tolol itu sekadar berani berarak dan tunjuk perasaan di kawasan orang berniaga, dan bukannya di hadapan kilang arak. Hanya berani melakukan kekecohan yang kemudiannya dituding kepada pihak berkuasa biarpun sebelum itu lagi telah diberi amaran bahawa tindakan keras dan tegas akan diambil kepada mereka sekiranya demonstrasi tetap hendak dijalankan. Lebih malang ialah, ISA lebih ditentang berbanding PENGHALALAN bir oleh 'mufti' Selangor yang baru, Big Taiko Ronnie Liu tanpa berani disanggah atau dibangkang oleh mulut-mulut Melayu Islam yang mewakili tiga kerusi DUN dan Parlimen kawasan terbabit.

Pejuang apa namanya itu?

Cucu Tok Wan

5 comments:

daaksaytunk said...

apa faedahnya menyertai demontrasi mansuh ISA? adakah rakyat benar-benar kesah pasal ISA ni? atau pemimpin pembangkang yang mempergunakan rakyat untuk melaksanakan dasar dan matlamat mereka? Tentunya jawapannya adalah RAKYAT DIPERGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PEMBANGKANG..

Detguaq said...

La ni depa dok kalut cari Pak Tua untuk dapatkan fartwa untuk menghalalkan tindakan loni liu.

Now you kan TAKE BEER?

Yes!!!

TAKE BEER! TAKE BEER! TAKE BEER!

Arrr...Bir bukan arak(fartwa loni liu)!

poyosede said...

Sedih,sungguh memalukan, bangsa Melayu yang paling ramai...sesungguhnya mereka ini dalam kerugian....

Gen-X said...

inilah akibatnya bila Melayu amalkan Islam apa yang mereka nak ambik saja..macam PAS pun sama,kalau ada hadis Nabi atau ayat al-Quran yang boleh depa gunakan untuk halalkan apa yang depa baut,depa guna..kalau yang lain tu depa buat diam saja!
Kan Malaysia ni negara berbilang kaum,dah tau arak tu haram,buat apa orang Islam minum jugak??takkan sapa langgar hukum Allah tu salah BN jugak?mcm mana dengan pelajar sekolah menengah agam yang buang bayi serta perempuan yang bertudung labuh melahirkan anak luar nikah?????selagi melayu Islam kat Malaysia ni tak sedaq diri sendiri,selagi itulah PAS serta PKR salah kan BN/UMNO atas apa yang terjadi!!!kalau tak buat salah nak takut apa ISA?lantak p lah!..awat depa demonstrasi minta kerajaan naikkan elaun bulan untuk golongan miskint egar kat Malaysia ni??hak asasi konon!
PIRAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH...

Anonymous said...

Mana dia taliban-taliban yang dok bercakap pasal hukum Allah. Hukum arak pun nak kena bincang lagi ka? Bukan dah ada dalil qati'e ka?

Oo, lupa, hangpa ja mengaji tinggi, orang lain bodoh. Kalau tanya hangpa hak hangpa taktau jawab, hampa kalih tuduh orang pertikai Hukum Allah, walhal hangpa taksub buta.

Itu belum lagi kedai nombor ekor. Kalau kedai nombor ekor pun di tutup, lagi la merana lebai-lebai bermusim ni.Bukan aku taktau, lepaih musin pilihanraya, hangpa paling kuat beli nombor. Hipokrit.

Tapi aku lupa, hukum judi pun kena bincang dulu.Pasai dah dapat ambik alih kerajaan, kena bincang dulu. Kalau hangpa dok jadi pembangkang, hangpa kata hukum dah turun 1400 tahun dah, tak perlu bincang.

Orang Tebengau.

source : depa-kata.blogspot.com

----------------------------------

Arak : Ronnie Liu lebih berkuasa daripada Khalid Ibrahim

Dinilai 5.0 oleh seorang [?]

Tindakan Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu mengarahkan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbaneka di sini kelmarin akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu depan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu dan mendapatkan penjelasan daripada Ronnie yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri tentang apa yang sebenarnya berlaku.

''Saya akan menyiasat perkara ini dan mendapatkan penjelasan daripada Exco terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2009 di Auditorium Sirim di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ronnie yang mengarahkan anggota penguat kuasa MBSA memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini kelmarin.

Mengulas isu penjualan minuman keras di bandar raya ini yang menimbulkan perbezaan pendapat antara wakil rakyat Pas dan DAP, Khalid berkata, minuman keras masih boleh dijual di premis di bandar raya ini tetapi perlu mempunyai lesen dan dibuat secara tertutup.

Bagaimanapun ujar beliau, kerajaan negeri masih dalam proses untuk menentukan garis panduan supaya penjualan minuman keras dibuat secara tertib dan berhemah bagi mengelak kesan sampingan khususnya kepada orang Islam.

Jelasnya, asas kepada peraturan yang masih dalam kajian itu ialah orang Islam diharamkan membeli dan menjual arak dan penjualan minuman keras kepada bukan Islam pula perlu dibuat secara tertib.

''Kita baru mengadakan perjumpaan dengan operator dan pengendali premis yang beroperasi di sini kira-kira dua bulan lalu. Kita jangka dalam tempoh tiga dan empat bulan akan datang baru kita boleh buat keputusan.

''Kita perlu melihat dan faham apa peraturan yang dibuat di negeri lain termasuk yang dipraktikkan di Kuala Lumpur," jelasnya.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat Pas dan DAP berbeza pendapat mengenai peraturan penjualan minuman keras di bandar raya ini berikutan Pas mahu kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan yang majoriti penduduk beragama Islam.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan keras wakil rakyat DAP dengan alasan peraturan itu tidak adil bagi orang bukan Islam.

sumber - malaysia instinct

--------------------------------------




No comments: