NUFFNANG

Saturday 8 August 2009

Tahnniah Khalid Ibrahim; kemenangan di Pihak DAP. Arak Boleh Di Jual di Bandaraya Melayu. Siapa Nak Beli Silalah ke 7-Eleven di Bandaraya Shah Alam!

Tahniah Khalid Ibrahim, Arak bebas diniagakan di mana-mana sahaja di Selangor..

Cekati Tembaga menulis..

Hari ini selepas mesyuarat majlis ekonomi negeri di Shah Alam, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa tiada pengharaman penjualan alkohol di negeri itu tetapi penjual harus mengamalkan "kawalan diri".

Maknanya kerajaan gabungan PKR+DAP+PAS Selangor membenarkan ARAK diniagakan di mana-mana tempat pun di Selangor. Maknanya juga, di kawasan majoriti orang Islam pun ARAK tidak akan disekat dari jualan.

Wah hebat sekali Selangor sekarang pada zaman gabungan 3 parti ni, ARAK pun berleluasa.

Jadi secara automatik apa yang dilaungkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga Exco Hal Ehwal Islam Selangor, mendesak pengharaman menyeluruh jualan arak di kawasan berpenduduk majoriti Islam hanya buat kering air liur sahaja.

Kita bersangka baik terhadap desakan Dr Hassan Ali itu, moga-moga beliau ikhlas sekurang-kurangnya atas sifat seorang Exco yang menjaga agama Islam di Selangor. Tetapi kita nak tahu reaksi beliau atas keputusan Khalid Ibrahim itu.

Apakah Dr Hassan Ali akan terima begitu sahaja atau adakah sekarang beliau sedang menyiapkan alasan apabila ditanya wartawan nanti?

Lebih penting dari itu, adakah rakyat Selangor yang berbangsa Melayu dan beragama Islam akan akur dengan keputusan kerajaan yang mereka pilih itu?

Suka juga untuk mendengar komen Nik Aziz tentang hal ini.. cuma harap-harap bukan komen selamatkan diri lah... "Saya tak campur, itu urusan Selangor"...

Apa macam Tok Guru..
.
Posted by Cekati Tembaga



Keputusan MB Selangor: Kemenangan di Pihak DAP. Arak Boleh Di Jual di Bandaraya Melayu. Siapa Nak Beli Silalah ke 7-Eleven di Bandaraya Shah Alam!

Kerajaan Negeri Selangor, khususnya Menteri Besarnya, bertindak tegas, pantas dan cepat di dalam menangani isu berkaitan dengan rampasan Arak yang dijual di kawasan majoriti Melayu baru-baru ini. Ketika sensitiviti berkaitan dengan perkara ini memuncak, MB TS Khalid berpendapat, ianya dibolehkan atas alasan "self-regulation".

C-bOk rasa, alasan yang sama mungkin digunakan di dalam "membiarkan" rumah-rumah urut/SPA tumbuh dengan pesatnya di negeri Selangor. Kerajaan Negeri selangor sebenarnya yakin bahawa pelanggan-pelanggan tegar rumah urut/SPA ini (termasuk orang Melayu) mempunyai kekuatan untuk "mendisiplinkan diri" walaupun "ayam bogel" terbaring depan mereka. Tokey-tokey rumah sundal ini juga mempunyai kekuatan diri (self-refulation?) untuk menolak pelanggan-pelanggan mereka yang berbangsa Melayu Islam (ye ke?)

Atas keyakinan bahawa polisi "self-regulation" adalah langkah penyelesaian terbaik, Tan Sri Khalid merasakan ianya adalah penyelesaian kepada kemelut yang amat sensitif kepada orang Melayu dan Islam.

Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri tidak mempunyai tanggungjawab sosial untuk memastikan yang terbaik kepada rakyatnya? Khususnya di kawasan Shah Alam di mana majoriti pendudukanya adalah Melayu yang beragama Islam. Sekiranya arak tersebut tidak dijual di premis-premis berkenaan, 7-Eleven dan KK Shoppe akan bungkus? Adakah jualan arak di kawasan Melayu Shah Alam ini begitu penting kepada kedai-kedai serbaneka 24 jam ini? Apa yang menjadi kemusykilan ialah, sekiranya majoriti penduduk adalah Melayu Islam, siapa pula yang membeli arak-arak berkenaan? Sekiranya orang Melayu Islam yang membeli, siapa pula yang membuat pemantauan dan penguatkuasaan?

Seingat C-bOk, nak buka panggung wayang pun tidak dibenarkan di Shah Alam kerana tidak diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor untuk mengelakkan bandaraya ini menjadi lokasi aktiviti yang menghampiri kepada maksiat. Namun kini, maksiat yang lebih besar berlaku apabila arak di jual berleluasa di depan mata kita. C-bOk tertanya-tanya - tidakkah Tan Sri Khalid mendapatkan pandangan DYMM Sultan sebelum beliau membuat keputusan terhadap isu yang sensitif ini?

Walaubagaimanapun, tahniah C-bOk ucapkan kepada pengundi-pengundi Melayu Islam di Shah Alam kerana anda kini telah dapat "kebebasan" yang diinginkan. Kini, satu-satunya Bandaraya Melayu Moden [Shah Alam] sedang diperkosa oleh DAP yang sedang perlahan-lahan memerdekakan Shah Alam dengan cara mereka. Namun apakah kemerdekaan boleh jual/minum arak, mengunjungi spa sundal dan lain-lain lagi kebebasan yang kita inginkan?

Jual arak atas kesedaran peniaga - Khalid Ibrahim
07/08/2009 4:40pm

SHAH ALAM 7 Ogos — Kerajaan negeri Selangor memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli dari kalangan orang Islam dan remaja.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata menerusi peraturan sendiri itu, ia turut bermakna penjual tidak perlu menjual minuman keras di premis mereka yang terletak di kawasan yang tidak mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya akan memberi tempoh sebulan kepada premis terbabit supaya tidak menjual minuman keras kepada masyarakat Islam.

“Sebagai permulaan kita mulakan dengan kawasan Shah Alam untuk melaksanakan

“self regulation” iaitu apa yang kita lakukan ialah untuk fahami bagaimana boleh kita wujudkan satu keadaan di mana penjualan ini dapat dilakukan kepada mereka yang hanya boleh membelinya dan bukan kepada yang tidak sepatutnya membeli termasuk orang Islam dan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), KK Group of Companies dan kedai 24 jam 7-Eleven di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata 7-Eleven seperti contoh telah pun mempraktikkan ’self regulation’ di mana sebanyak 10 cawangannya di Shah Alam telah pun menghentikan penjualan minuman keras berikutan tiada permintaan daripada penduduk setempat yang majoritinya beragama Islam.

Justeru, beliau berkata draf cadangan berhubung penjualan minuman keras yang dikemukan oleh PAS adalah tidak relevan untuk dilaksanakan memandangkan kerajaan negeri perlu turut mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Untuk melakukan sesuatu perkara, kita kena ambil kira beberapa pihak termasuk penjual, pembeli, masyarakat sekeliling serta mengimbangkan keadaan di mana walaupun Selangor negeri mesra perniagaan tetapi pada masa yang sama sangat prihatin tentang masalah sosial di negeri ini.

“Jadi kita tidak boleh nak tahan (jualan minuman keras). Menghentikannya tidak akan menyelesaikan masalah sosial. Tidak payahlah kita ada banyak undang-undang, kita hormat perniagaan dan kita juga hormati masyarakat dan fahami kehendak budaya dan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Nor berkata MBSA akan mengikut seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar iaitu pelaksanaan mekanisme peraturan sendiri dalam usaha menyelesaikan perkara itu.

“MBSA akan adakan kerjasama erat dengan masyarakat peniaga. Apapun keputusan kerajaan negeri kita ikut dan kita akan tengok dalam masa sebulan ini bagaimana keputusannya. Dalam tempoh sebulan ini penumpuan kita hanya di 17 cawangan kedai serbaneka di Seksyen 1 hingga 24,” katanya Ketua Pegawai Eksekutif KK Group of Companies, Datuk Dr Douglas KK Chai berkata keputusan yang dibuat Menteri Besar adalah baik kerana tidak dinafikan minuman keras juga menyumbang kepada hasil jualan keseluruhan syarikat itu.

“Sekarang kita tunggu, selepas sebulan kita akan lihat bagaimana ia berjalan dan sama ada peraturan ini boleh berfungsi atau tidak.

“Tetapi ia adalah langkah baik yang kita ambil,” dan menambah syarikat itu mempunyai kira-kira 40 cawangan kedai serbaneka di Selangor.

Posted by Zainal A. Kasim



PAS SELANGOR IBARAT MELUKUT...

Berita jam 8 malam, 7hb ogos 2009, tersiarlah berita dari MB Selangor yang menolak cadangan PAS Selangor dan PAS pusat bagi menghadkan penjualan arak di Negeri Selangor. Tan Sri Khalid berkata, “ kita tak perlu undang-undang baru penjualan arak di Selangor, penjualan ikut keadaan”.

Kalau orang UMNO yang buat kenyataan begini, tentu orang PAS akan menuduh, UMNO jahil, UMNO menentang hukum Tuhan, UMNO tolak Islam dan UMNO kafir. Sekarang apa orang PAS nak kata ?. Hassan Ali dah buat kenyataan, Mustafa Ali pun dah buat kenyataan meminta Kerajaan Selangor mengharamkan penjualan arak di kawasan majoriti orang Melayu. MB PKR Selangor menolak mentah-mentah cadangan PAS. Lebai nak dengar pula apa kata pejuang Islam dalam dalam PKR Sheikh al Anwar Ibrahim.

Di Selangor sekarang, 7Eleven dah jual arak, pasar raya kecil kawasan Melayu pun dan jual arak, mungkin tak lama lagi, seluruh setesen minyak di Selangor akan di benarkan oleh Khalid untuk menjual arak. PAS bagilah hukum dari segi Islam. Takbirlah PAS kuat-kuat.

Dalam tulisan yang lalu, Lebai ingatkan PAS tentang perentah Allah dalam surah al Imran, ayat 118. Kali ini lLbai akan turunkan satu lagi ayat Allah dari surah al Mujadallah, ayat 22, yang membawa maksud:

“ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perentah) Allah dan RasulNya”

Di Selangor ada Ronnie Liu dan di Pulau Pinang ada Jeff Ooi kawan setia PAS yang boleh dipeluk cium. UMNO menghulurkan tangan perdamaian, PAS menolak dengan megah. Lebai dah ingatkan PAS, siapa itu DAP. Lebai rasa PAS tetap akan mempertahankan keputusan Kerajaan Selangor demi jawatan EXCO mereka.

Di mana laungan JIHAD PAS selama ini?


Lebai Pondok Chegar

Posted by jeanbara

No comments: