NUFFNANG

Wednesday 12 August 2009

Terkini dan gempaq!! Pakatan Rakyat Di Ambang Senja Yang Merah..

Pakatan Rakyat Di Ambang Senja Yang Merah

Pada saat-saat populariti Najib meningkat, krisma dan populariti Anwar Ibrahim semakin merudum. Pakatan Rakyat pula semakin mendekati gigi senja.
.
Anwar Ibrahim hanya ingin mempastikan ia berada di pelantar PAS untuk meneruskan perjuangannya. Bila dia berada di atas pelantar itu, dia hanya perlu mempastikan bahawa ia menhafal nas-nas dan surah yang dapat menaikkan bulu roma penyokong-penyokong PAS untuk melayakkannya dilihat sebagai ”bayang-bayang ulamak” yang dikagumi dan dihormati anggota PAS. Ramuan hujahnya tidak akan lengkap dan ”menaikan telinga” dan amarah penyokong PAS jika tidak dengan cacamerbanya membalun UMNO dan Perdana Menteri dengan cercahan zalim dan rasuah terutama kepada rakyat Kelantan, serambi Mekah, dan PAS dan orang Melayu. Pak Lah tidur, Najib Moggolia!. dan korek! korek!

Kini semua itu sudah ”tidak lagi upaya”. Kini Anwar lemas dan lemah. Ketua Umum Pakatan Rakyat ini bagai harimau sakit gigi yang tak terubat dan tanggal kukunya. Kredibilitinya sebagai Ketua Umum merudum mendadak bermula dari disuruh taubat oleh Karpal Singh, diikuti perangainya seperti lipas kudung menghalang Kerajaan Perpaduan yang disokong isterinya Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Keputusan PRK Manek Urai dan kegagalannya menunjukkan kepimpinan dalam mengawal kebejatan kepimpinan DAP.

Bila DSAI meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, itu pertanda umum yang besar bahawa DSAI sudah melupakan politik Sabah. Sekurang-kurangnya dia tidak dianggap gagal memimpin kerana PKR Sabah masa itu dan kini bagaikan tidak wujud.

DSAI menumpukan pula perhatiannya ke Sarawak yang bakal mengadakan PRU. Ramai yang membuat penilaian bahawa kekalahan PKR dalam PRK di Batang Ai dengan teruk adalah disebabkan oleh kehadiran DSAI. Ternyata DSAI berada di situ sekelip mata sahaja dan pulang ke Bukit Gantang. Sarawak telah mengenalpasti misi DSAI untuk Sarawak yang hanya berpaksikan kepentingan peribadi; sebagai pencukup kepada ramuannya untuk jadi Perdana Menteri dan bukan untuk kepentingan Nasional. Jauh sekali untuk keberadaan Malaysia di pelantar pembangunan Negera di peringkat global. Apakah kehadiran DSAI di Sarawak pada PRU yang akan datang ini benar-benar diperlukan atau dia yang desperado simpati Sarawak? Para dermawan dan taycoon Sarawak sudah membaca semua ini. Mereka tahu, DSAI tidak berkuasa dan tidak berupaya membantu mereka.

Pengerusi Penyelaras PKR bagi Sabah dan Sarawak, Dr. Jefrey Kitingan pula sudah diketahui umum kepakaran dan corak kepimpinannya. Lemah selemah-lemahnya. Kalau Sabah dia tidak dapat kawal, mustahil dan jauh ke beras dekat ke ubi dia dapat menyelaras PKR Sarawak dan Sabah. Bila isu bumiputera dilanyak DAP, pertanda besar Sarawak akan menghukum Pakatan Rakyat dengan langkah pahlawan Najat, sumpit berbekalkan bario dan terubuk di asap,...Pakatan Rakyat.....Lupakan saja...!

”Saya sangat kecewa dengan keputusan YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menolak usul yang dikemukakan oleh PAS Selangor supaya dilaksanakan larangan menyeluruh ke atas penjualan arak di kedai serbaneka dan peruncitan di Shah Alam khususnya, dan Selangor amnya. Ianya telah menukar status Selangor daripada negeri Darul Ehsan kepada Selangor Darul Khamar!!”- YB Zulkifli Nordin ADUN PKR di Selangor, salah seorang ahli dari pasukan Peguambela DSAI dalam Kes Liwatnya yang Pertama.

Ini adalah suara pemimpin PKR Selangor kapada MB Khalid Ibrahim-PKR, pemimpin emas dan kanan DSAI. Derau ombak ini, seluruh Malaysia telah dengar. Retak tebing Pakatan Rakyat semakin merkah dan menanti belah. Agaknya Tsunami Politik Lim Kit Siang telah berubah ke arah benteng Pakatan Rakyat!

“Tugas PAS-Hasan Ali bertambah berat apabila PAS di peringkat pusat juga tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pengharaman arak, seperti yang ditegaskan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali”- (Anwar sudah songsang, tidak relevent- Blog Belantan http://belantan.blogspot.com/2009/08/anwar-sudah-songsang-tidak-releven.html)

Sebenarnya bukannya PAS tidak mahu camputangan, tetapi keadaan di Selangor sudah tidak dapat dikawal DSAI sebagai Ketua UMUM Pakatan Rakyat dan pada hakikatnya amat mengecewakan seluruh ahli-ahli PAS. Sekurang-kurangnya menguris luka hati mereka.

Perbuatan segelintir pemimpin DAP dan DAPPKR yang dimulai dengan dengan kes bogel Elizabeth Wong, disusuli oleh Perbuatan Ronnie Liu yang menghadapai tuduhan melindungi kegiatan pelacuran dan kini berhadapan isu arak dan dominasinya dalam DUN Selangor semakin mengeruhkan keadaan. Lebih pedih lagi bila segelintir ADUN-ADUN DAP mula tumbuh tanduk dan gigi taring dengan menghina kesucian agam Islam dan Raja-Raja Melayu. Pihak yang menerima padah dan parah ini ialah PAS sebagai ahli Pakatan Rakyat. Semua tahu, duniapun tahu bahawa PAS bagaikan bom jangka yang akan meletup bila-bila sahaja.

DAP sebenarnya sudah bersedia. Mereka memiliki Pulau Pinang dan Selangor tanpa PAS. Soalnya di mana kepimpinan Dato Seri Anwar Bin Ibrahim? Mengejar jawatan PM di Sarawak?

Demonstrasi anti ISA menunjukkan bahwa perjuang sebenar Pakatan Rakyat hanyalah bergantung penuh kepada sokongan dan dokongan PAS. Di mana DAP dan pemimpin dan penyokongnya masa itu? Sebok mengumpul wang?

Kiranya Anwar dicap sebagai “Pengkhianat Perjuangan Melayu” di Tanah Melayu, bumi tanah tumpah darahnya sendiri, saya fikir Bumi Kenyalang pasti akan menganggap DSAI hanyalah sebagai pemimpin yang akan memudaratkan peluang pembangkang di Bumi Kenyalang, Sarawak itu. Sabah is a gone case.

Kredibiliti Dato Seri Najib Tun Razak yang lebih mendepani pimpinan nasional dan meninggalkan DSAI jauh ke belakang menyebabkan Pakatan Rakyat lebih tersepit. Eratnya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan Najib semasa Najib melawat Kelantan sedikit masa lalu lebih meyakinkan bahawa mereka rela “mayat mereka dilangkah dulu sebelum Islam dan Melayu dikorbankan”.

Dalam saat genting inilah kepimpinan DSAI diadili dan diperhitung. Namun cahaya di hunjung terowong semakin jauh dan semakin tidak kelihatan. Yang ada hanyalah Pakatan Rakyat di dada langit di hunjung senja yang merah.
.
MORE........
http://depa-kata.blogspot.com/2009/08/anwar-memang-hipokrit-reformis.html

Anda mungkin juga meminati:
PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
MAMPUKAN MAJLIS PRESIDEN PAKATAN MEMBENDUNG KEHENDAK ...
PERSAMAAN SATU, PERBEZAAN SEGUNUNG.
LinkWithin

Posted by Senjaliza

source : senjaliza.blogspot.com

----------------------------------------

Pas tidur atau takut dengan Dap dan Pkr?

Pelbagai isu yang telah timbul di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pkr dan Dap yang mana PAS hanya menjadi temukut di tepi gantang. Pas hanya boleh riak di Kelantan dan Kedah sahaja.

Dap hari ini sudah bijak menguji kesetiaan Pas dengan menghina agama Islam , mempersendakan tentang isu bir , menghina raja. isu memperbanyak dan memperbesarkan gereja di Selangor dan lain-lain isu yang bakal ditimbulkan oleh Dap dan Pkr, Kesemua ini amatlah bertentangan dengan misi dan visi Pas.

Pas sepi dan menyepi tentang semua isu. Kasihan melihat Dr Hassan Ali berseorangan dalam mempertahankan maruah Pas. Mana Nik Aziz, mana Mat Put, mana Sallehudin Ayub? Baru-baru ini apabila ada blog Dap yang menghina wasiat raja melayu mat arop mat put pula bangun menyokong Dap dan Mat Put sendiri terus menghina raja-raja melayu. Mat Put tu makan gaji dengan siapa ? Bukankah kerajaan yang membayar gaji, elaun dan segala tuntutan perjalanan. Mat Put angkat sumpah menjadi wakil rakyat di hadapan siapa?

Patutlah bangsa lain berani menghina raja-raja melayu dan agama islam, rupa-rupa bangsa melayu sendiri yang lupa daratan. Kalau Anwar telah dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa, rasanya tidak jauh beza juga dengan Mat Put ini. Sama taraf dengan Anwar.

Sudah lah. Orang cina sudah tidak ada raja. Kalau nak tengok Maharaja China kena tunggu wayang cina di Tua Pek Kong saja atau di dalam filem Kung Fu. Kita bangsa melayu masih beraja dan adakah Mat Put ingin melihat raja-raja melayu disingkir kan dari takhtanya? Hari ini kita sendiri meratap kerana Melaka sudah kehilangan raja. Itu sejarah kita dimana sultan Melaka telah dikalahkan oleh Feringghi dan hilang sistem kesultanan Melaka hingga ke hari ini.

Melaka merupakan Negeri Selat bersama Pulau Pinang dan Singapura. Hari ini ketiga-tiga negeri ini sudah tidak beraja. P.Pinang memanglah hak Kedah dan di pajak oleh Francis Light. dan sampai sekarang kerajaan P.Pinang masih membayar sewa kepada Sultan Kedah. Sewaan nya selagi ada langit dan bulan.

Kesultanan Singapura juga menerima nasib yang sama. Istana Kpg Gelam dijadikan muzium dan keturunan sultan yang menuntut haknya dari LKY akhirnya menjadi pelarian di Kuala Lumpur.

Itu baru bab Sultan kepala agama Islam di tanah air kita.

Perdana Menteri Najib Atantuya (gelaran yang diberi oleh Pas) telah memberi lampu hijau tentang perkara ini dengan meminta polis menyiasat segera perkara ini, dan penulis blog tersebut juga telah terkencing kerana ketakutan dengan sedikit kata-kata dari Najib. Tahniah Najib Atantuya. tetapi bagaimana dengan pemimpin Pas yang lain? Nak tunggu Anwar bagi arahan baru berani buat bantahan. Minta maaf lah. Anwar mana berani buat benda tu semua. muka dia telah disedekahkan kepada CIA.

Sikap biadab Dap menghina Sultan dan Agama Islam boleh mengundang atau menggamit peristiwa 13 Mei kedua. Satu tindakan tegas hendaklah ditunjukkan oleh Pas saperti membuat demonstrasi 100 ribu menentang penghinaan terhadap Islam dan institusi raja.

KDN juga harus bertindak segera dengan mengISAkan mereka ini sebelum isu menjadi sejuk beku.MENGHINA ULAMAK SAMALAH MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW DAN ISLAM. MAKA WAJIB PERANG.


source : taipingmali.blogspot.com

No comments: