NUFFNANG

Wednesday 3 July 2013

FOTO-ZZOOM patut diboikot, Cabul aurat orang Islam

FOTO-ZZOOM patut diboikot, Cabul aurat orang Islam






1/7/13 - Kuala Lumpur: Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, beliau dihubungi oleh kakitangan sebuah kedai rangkaian foto di Gombak, di sini untuk ditemuduga selepas memohon jawatan sebagai kerani pada pertengahan Jun lalu.


Katanya, sebelum melangkah masuk ke bilik temu duga berkenaan, dia dimaklumkan oleh seorang pekerja di situ supaya tidak terkejut sekiranya diminta menanggalkan tudung untuk bekerja.

"Dia perasan saya pelik dengan kenyataan itu dan menjelaskan sekiranya dia tidak memaklumkannya kepada saya, dia akan dimarahi pengurus kerana tidak memberitahu perkara berkenaan terlebih dulu.



"Saya juga dimaklumkan oleh pekerja itu seorang wanita bertudung yang terpaksa membuka tudungketika bekerja dan akan memakai semula selepas tamat waktu bekerja kerana desakan hidup untuk menyara keluarga," katanya kepada BH, baru-baru ini.

Minta tanggal tudung

Nora berkata, walaupun kecewa dia teruskan sesi temu duga itu untuk memastikan kata-kata pekerja itu benar dan ketika ditemuduga ternyata dia diminta untuk menanggalkan tudung serta memakai skirt hari tertentu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa diskriminasi, mahu dikenali sebagai Aein ketika dihubungi BH, berkata dia menerima tawaran sebagai jurujual di salah satu gedung di Suria KLCC pada Februari lalu.

Kena ikut dasar

"Ketika ditemuduga kakitangan premis itu meminta saya membuka tudung atas alasan ia sebahagian dasar yang perlu dipatuhi pekerja.

"Saya tidak menunggu lama di situ dan menolak jawatan berkenaan yang jelas bertentangan dengan agama," katanya.

-BH-

Foto-ZZoom Sdn. Bhd. (Headquarters)
No 7, 9, 11 and 13a (all three floors)
Jalan SG 1/3
Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves

Maklumat yang diterima, seramai 20 org staf Melayu terpaksa pakai skirt kerana polisi syarikat.

PPIM

PPIM

source : the unspinners

No comments: