NUFFNANG

Thursday 15 August 2013

DI ANTARA PAK LAH DAN TUN DR MAHATHIR

DI ANTARA PAK LAH DAN TUN DR MAHATHIR

Tun Abdullah, mantan PM kita ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan terhadap beliau sempena penerbitan buku ” Awakening” telah memberikan pandangan beliau dengan nyata dan jelas tanpa ada halangan. 
Diharap ini tidak akan digunakan sebagai bahan perbahasan dalam menghadapi perhimpunan agung UMNO nanti.
Yang penting ialah isu sebenar yang menjadikan perbalahan diantara Dr Mahathirdan Pak Lah yang sangat serius seolah-olah mereka telah berputus arang sekarang ini. 
Walau bagaimanapun kita berharap ini sebagai satu daripada usaha-usaha untuk merubah UMNO.
Tun Dr Mahathir dilaporkan kesal kerana memilih Tun Abdullah sebagai penggantinya sebagaimana Tun Hussein Onn yang kesal memilih Dr Mahathir sebagai pengganti beliau. 
Kita tahu bagaimana Tun Dr Mahathir begitu berkesan menjadi Timbalan PM atas lantikan Tun Hussein Onn dan menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO hasil dari kekuatan’ Dr Mahathir sendiri.
mahathir baru
Kita juga teruja bagaimana setelah berjaya menurunkan Hussein Onn, Tun Dr Mahathir telah berjaya menurunkan pengganti beliau sendiri, iaitu Abdullah Badawisetelah beliau meletakkan Abdullah sebagai penggantinya. 

Pendeknya Dr Mahathir dalam sejarah politik beliau mampu melakukan sesuatu apabila diperlukan demi keutuhan parti dan negara.

Perkara ini perlu difahami untuk mengetahui bagaimana pengaruh Tun Dr Mahathir berupaya dan berkesanggupan menjatuhkan pemimpin yang tidak mampu menjalankan tugas dengan baik. 
Tentunya Dr Mahathir mempunyai ‘kemahiran’ luar biasa kerana berjaya menjatuhkan orang yang menaikkan beliau dan menurunkan orang yang menjadi pilihan beliau sendiri.
Tun Dr Mahathir terpaksa menggunakan masa yang panjang itu untuk kegunaan dan kepentingan negara sungguhpun dirasakan negara menghadapi ketandusan kepimpinan yang tidak mungkin dapat diselesaikan jika tidak ada kemahuan dari ahli-ahli UMNO untuk melakukannya. 
Jika ramai pun dikalangan ahli-ahli UMNO mahukan perubahan mereka tidak pun memahami apa yang hendak diubah. Budaya yang terbentuk dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang ini tidak memungkinkan UMNO itu mampu diubah dan di lakukan transformasi terhadapnya.
Wawancara Pak Lah  dengan penerbit dan editor buku ‘The awakening’ ini, memberikan peluang baginya untuk sesiapa yang mahu tahu bagaimana perkara yang dilakukan terhadap Pak Lah itu boleh berlaku. 
Bahkan bukan setakat itu sahaja, ia juga boleh memberikan jawapan kenapa mereka yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin negara dijadikan pemimpin sehinggalah pemimpin yang ada pada hari ini.
Apa yang berlaku terhadap Tun Abdulah itu sebenarnya hanya lah sekelumit dari masalah yang beliau dan ramai yang lain menghadapinya. 
Untuk memahami dengan lebih jelas eloklah kita mulakan mengikuti sedikit rentetan sejarah yang menyebabkan Tun Dr Mahathir menjadi PM dan apa-apa yang terhasil dari beliau menjadi PM yang paling lama dalam rantau ini.
Kelab Veteran MAYC Malaysia amat rapat dengan Tun Dr Mahathir dan beliau sentiasa akan menerima undangan kita untuk memberi ceramah dan mengambil bahagian dalam wacana kita. 
Kita berharap Tun akan terus dapat bersuara dan memberi pandangan untuk kebaikan negara dan bangsa.

No comments: